Friday 27 March 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 18

AKU tergesa-gesa menuju ke Nando's. Kesian pada mama yang sudah lama menanti aku di sana. Dah janji nak temankan mama shopping di Mid Valley hari ni. Nasib baiklah jalan tak sesak mana. Kalau tidak lagilah seksa mama kena tunggu.

“Maaflah sebab Ad lambat. Kesian mama lama tunggu Ad.” kata aku pada mama sebaik melabuhkan duduk pada kerusi yang setentang dengannya.

“Taklah. Mama pun baru je sampai ni. Sorry kalau mama ganggu Ad.” balas mama lembut. Pandangannya dihalakan pada menu seketika.

Aku ambil lagi satu menu di atas meja dan terus tengok senarai minuman. Haus sangat! Dahlah cuaca panas yang amat sekarang. Rasa nak minum yang sejuk-sejuk saja.

“It’s okay, ma. Tak ganggu pun sebab Ad memang tengah free. Daripada duduk rumah je baik Ad keluar dengan mama.”

Ralit aku tengok menu. Dari ekor mata nampak macam ada seseorang yang berjalan menghampiri kami namun aku tak hiraukan. Tiba-tiba..

“Assalamualaikum.”

Macam kenal aje suara itu. Aku pantas mengangkat muka. Buntang mataku melihat gerangan yang memberi salam, tercegat di tepi meja sambil tersenyum ke arah kami berdua.

"Waalaikumussalam. Laa.. Ash buat apa kat sini?” tegur mama.

Ashman sengih. “Ash sepatutnya lunch dengan kawan kat sini tapi tiba-tiba dia ada hal pulak. Tak jadilah nampak gaya,”

“Kalau macam tu lunch dengan kita orang ajelah.”

Aku buat-buat sibuk tengok menu. Biasalah. Dah malas nak tengok muka mamat ni. Alahai, mama.. Kenapalah ajak Ashman join sekali? Ish!! Tak suka!! Hatiku menggerutu.

“Err.. tak ganggu ke?” soal Ashman teragak-agak, seakan keberatan. Mungkin sudah dapat mengagak apa yang aku rasa.

“Apa pulak ganggu? Dah alang-alang ada kat sini, makanlah sekali. Lagi ramai lagi meriah!” ujar mama lagi. Lupa yang aku ni seboleh-bolehnya mahu elak Ashman, tidak mahu bersua mata dengannya lagi.

Aku fikir Ashman akan menolak, tapi tidak. Sangkaanku meleset bila lelaki itu terus saja menarik kerusi di sebelah mama. Ok good! Nasib baik tak duduk sebelah aku. Kalau tidak memang ada yang kena karate kejap lagi.

“Mama datang shopping ke?” soal Ashman. Sesekali matanya melirik ke arahku.

“Belum lagi. Isi perut dulu. Kejap lagi baru shopping. Nasib baik Ad ada, kalau tak bosanlah mama jalan sorang-sorang.”

“Ooo..” Ashman senyum.

Fon dalam beg aku ambil dan buat-buat khusyuk surfing internet. Mak dengan anak di depanku ini rancak bersembang, tapi yang si anak tu matanya asyik pandang sini. Ingat aku tak perasanlah tu. Nak sembang dengan mama tu sembang ajelah, sibuk usha aku buat apa? Menyampah!

“Mama nak pergi toilet kejap. Nanti korang order untuk mama. You guys know my favourite, right?” perlahan mama bangkit dari kerusi.

Kami mengangguk serentak. Masa mama pergi toilet, aku tak bercakap langsung dengan Ashman. Buat dia macam halimunan. Aku dengan handphone aku, dia dengan handphone dia. Tak lama kemudian waiter datang ke meja kami untuk ambil order. Ashman order makan untuk dia dan mama. Aku pula masih lagi leka dengan telefon bimbitku.

“Isteri encik nak makan apa?”

Tersentak aku dengar perkataan yang satu itu. Isteri?! Aku dengan Ashman ni nampak macam laki bini ke? Aku berkalih pandang ke arah lelaki yang bertopi dan memakai uniform Nando's yang tersenyum, menanti respons dariku.

“No, no. Saya adik dia, bukan isteri.” Cepat-cepat aku membetulkan.

“Ohh.. maaf. Saya ingat husband and wife tadi.”

Ashman tersenyum pahit dan aku tetap dengan muka selambaku.

“It’s okay. Bagi saya mushroom soup dengan garlic bread, ya? Air pulak iced chocolate. Thank you.” beritahu aku seraya menyerahkan menu kepadanya.

Waiter yang mukanya ala-ala budak lepasan SPM itu mengangguk dan segera berlalu. Aku sambung fokus pada telefon semula. Bayang mama masih belum kelihatan. Manalah mama ni? Lama pulak pergi toilet. Aku dah mula rasa canggung bila berdua dengan Ashman begini.

“Makan tu je? Boleh kenyang ke?” tanya Ashman.

“Insya-Allah boleh.” jawab aku tanpa melihat ke mukanya.

“Bukan ke Ad suka makan pedas?”

“Well, people change. Kejap macam tu, kejap macam ni. Hari ni kata sayang, esok kata benci. Am I right, abang?” lancang mulutku menyindirnya. Sengaja 'sembur' dia. Kalau tak faham jugak tak tahulah.

Ashman tergamam, seakan terhenyak dek kata-kataku. Dia melepaskan keluhan berat.

“Please, Ad. Abang taknak bergaduh. Lebih-lebih lagi depan mama.”

“Siapa kata Ad nak gaduh? Ad cakap je. Plus, mama takde pun kat sini.” ujarku dengan nada yang agak menjengkelkan. Terus mengalihkan pandang ke lain.

Tidak mahu terus berbalah, Ashman membisu. Baru aku perasan yang kami sekarang dah jadi macam dulu balik. Tak ubah macam anjing dengan kucing. Pantang jumpa ada saja yang tak kena. Bilalah semua ini akan berakhir?

Selang beberapa minit, mama muncul semula. Aku menghela nafas lega. Thank you, mama! Mama penyelamat keadaan. Aku memaksa bibir tersenyum, cuba untuk memaniskan muka. Tak mahu mama syak apa-apa.

“Dah order dah, Ash?” tanya mama.

“Dah, mama.” jawab Ashman perlahan dengan wajah muram. Hilang moodlah agaknya tu.

“Hai.. monyok je nampak? Kenapa ni?” soal mama yang sudah terperasan akan perubahan pada riak wajah lelaki itu.

“Tak.. takde apa-apa.” Ashman menggeleng sambil tersenyum kelat.

Mama pandang aku pula, tapi aku cuma buat selamba. Kononnya tak ada apa-apa yang berlaku. Namun dari riak wajahnya aku yakin mama sudah dapat mengagak apa yang terjadi.






“KESIAN kau, Ad. Kalau akulah di tempat kau sekarang, entah macam mana nak hadapi semua ni.” luah Naura setelah aku menceritakan segala-galanya. Jelas dia juga turut bersimpati dengan nasibku.

Aku menyedut sedikit jus buah dalam gelas tinggi. Liar mata memerhati gelagat para pelanggan di Secret Recipe ini.

“Macam yang kau selalu cakaplah. Walau ke mana saja aku pergi tetap akan jumpa dia. Takkan boleh elak dia sampai bila-bila.”

Aku berjeda.

“Aku bertahan ni pun sebab family aku. Tuhan saja tahu betapa aku sayangkan mereka. Kalau tak kerana mereka jangan haraplah aku akan balik ke rumah tu lagi.” sambungku.

“Aku kagum dengan kau, Ad. Siapa sangka gadis ayu dan lemah-lembut macam kau ni memiliki jiwa yang sangat kental.” balas Naura.

“Nampak je kental tapi dalam hati Tuhan je tahu. Sakit hati aku setiap kali jumpa Ashman. Tak habis-habis cari gaduh dengan aku. Suka tengok aku naik angin tak tentu pasal.”

“Alaa.. dia nak perhatian la tu!”

“Nak perhatian pergilah mintak dekat Hanis. Ini tetap juga kacau aku. Benci!”

“Perempuan. Mulut saja yang kata benci, tapi dalam hati sayang.” Naura tersenyum mengusik.

Eh, cik kak seorang ni. Dah mulalah nak ejek aku pulak! Aku menjelingnya geram.

“Ejek lah ejek. Makan minum ni semua kau bayar. Tak kuasa aku nak belanja,” aku menggertak seraya tersenyum jahat.

“Janganlah wei! Aku tak cukup duit ni! Alaa.. tadi tu aku gurau je.”

“Tau takut!”

Kami tergelak. Sengaja aku usik Naura begitu walhal memang aku dah niat nak belanja dia. Bukan main banyak Naura makan. Tadi dah order lasagna, lepas tu nak makan kek Chocolate Indulgence pulak. Orangnya kecik tapi selera besar.

“Assalamualaikum.”

Tawa kami terhenti bila ada seseorang datang menyapa kami. Perlahan kami berpaling ke arah lelaki yang memakai kaca mata hitam, berkemeja dan berseluar jeans.

“Waalaikumussalam.” aku dan Naura menjawab serentak.

“Ini Cik Adryana, kan?” soal lelaki itu seraya tersenyum manis.

Keningku terjungkit. Aku dan Naura saling berpandangan seketika. Dia pun nampak terkejut.

“Macam mana encik tahu nama saya? Encik ni siapa?”

“Saya Hedzryn. Boleh cik ikut saya kejap? Bos saya nak jumpa cik.”

Aku terpinga-pinga. Memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Wajahnya aku amati tapi aku yakin yang aku tidak pernah melihatnya di mana-mana sebelum ini. Memang aku tak tahu siapa lelaki yang bernama Hedzryn ini. Aku mula terasa cuak. Entah dari mana munculnya tiba-tiba suruh aku ikut jumpa bos dia. Biar betul?

“Bos awak siapa? Apa tujuan dia nak jumpa saya?” dahiku berkerut seribu.

Hedzryn mengeluarkan fon dari poket jeansnya. Jari-jemarinya bergerak laju di atas skrin sesentuh Samsung hitam itu lantas dilekapkan ke telinganya. Sepertinya dia sedang menghubungi seseorang.

“Cik cakap dengan bos saya sendiri.” Hedzryn menghulurkan telefon bimbitnya ke arahku.

Teragak-agak aku ingin mengambilnya. Namun rasa ingin tahu mengatasi segala-galanya.

“Hello, Adryana.” sayup-sayup suara itu kedengaran. Suara lelaki. Pun aku tak tahu siapa. Tak boleh nak cam langsung.

“Hello. Siapa ni?”

“Awak tak kenal saya tapi saya kenal awak. Boleh kita berjumpa sekejap? Ada hal mustahak yang hendak saya cakapkan pada awak.”

“Tapi awak ni siapa? Apa benda yang mustahak sangat tu?” aku semakin bingung. Rasa takut dan berdebar-debar bercampur-baur. Nasib baiklah Naura ada. Zaman sekarang ni banyak orang tak waras. Kalau tak berhati-hati apa pun boleh terjadi.

“Awak akan tahu siapa saya nanti. Yang penting sekarang ni awak ikut bodyguard saya dulu. Jangan risau. Saya tak ada niat buruk pada awak, Adryana. Saya tunggu awak di The Royale Chulan Hotel.”

Perbualan kami tamat di situ. Telefon bimbit itu aku serahkan pada Hedzryn semula. Mulanya aku agak keberatan ingin mengikutnya namun mujurlah ada Naura sebagai peneman. Kami bergegas pergi. Terngiang-ngiang suara lelaki misteri itu di telinga. Saat ini aku diterjah dengan seribu persoalan di minda. Siapa dia yang sebenarnya dan apa pula perkara mustahak yang dimaksudkannya itu?






MATAKU tertumpu pada apartment 15 tingkat itu. Inilah tempat tinggal Hanis. Aku ke sini semata-mata mahu bertemu dengannya kerana ada benda yang hendak aku selesaikan dengan dia. Sejuk jugalah kaki tangan nak berdepan dengan perempuan tu. Faham-faham sendirilah kenapa.

“Beb, kau tunggu sini tau? Kalau mama aku call cakap aku ada hal.” Kata aku seraya menanggalkan tali pinggang keledar. Aku kerling jam tangan. Dah pukul 10 malam. Terpaksa kacau Naura tidur sebab nak suruh dia teman.

“Kau sure taknak aku temankan? Kalau betina tu buat apa-apa dekat kau nanti macam mana?” Naura mempamerkan riak risau.

“Janganlah risau sangat. Insya-Allah semuanya akan selamat. Dia takkan berani apa-apakan aku.” ujarku sekadar ingin menyedapkan hati Naura walhal aku sendiri gementar yang amat.

“Tapi aku tak sedap hatilah, beb..”

“Macam nilah, kalau dalam masa setengah jam aku tak balik kau call mama aku. Ok?”

“Kalau ada apa-apa kau jerit kuat-kuat tau?”

Aku tersengih macam kerang busuk. “I will.”

Kertas memo atas dashboard aku capai. Tercatat alamat rumah Hanis di situ. Sepintas lalu aku melihat nombor rumahnya dan aku bergegas keluar dari kereta. Terkumat-kamit mulut berdoa agar semuanya dipermudahkan. Aku datang bukan nak bergaduh pun. Cuma nak berbincang baik-baik dengan dia.

Tiba di tingkat lapan aku terus mencari rumahnya. Hanya beberapa langkah keluar dari lif, aku berhenti betul-betul di depan pintu gril yang berwarna putih yang tidak berkunci. Rumah nombor 5. Memang sah inilah rumahnya. Sama macam dalam alamat tu. Di depan pintu aku lihat ada beberapa pasang kasut miliknya dan juga sepasang kasut lelaki. Eh? Hanis ada tetamu ke?

Lama aku berdiri di situ. Teragak-agak ingin menekan loceng pintu. Aku memejamkan mata beberapa saat, menarik nafas panjang. Teringat pesanan Naura tadi menyebabkan aku sedikit cuak. Tiba-tiba rasa macam nak patah balik tapi tak boleh. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Ting! Tong!

Aku menekannya sekali. Tak ada respons.

Ting! Tong!

Sekali lagi aku tekan dan akhirnya pintu dibuka. Wajah Hanis yang pucat lesi tanpa solekan terjengul di sebalik daun pintu itu. Mencerlang matanya memandangku. Sikit pun aku tak hairan dengan reaksinya itu. Dah terbiasa.

“Kau lagi?! Apa kau buat kat sini?! Macam mana kau tahu rumah aku?!” soal Hanis dengan suara tertahan-tahan. Ternyata dia tidak senang dengan kehadiranku.

“Aku ada hal nak cakap dengan kau.” ujarku perlahan, antara dengar dan tidak.

Saat itu jugalah Ashman muncul, berdiri di belakang Hanis. Buntang matanya melihatku. Dia tampak seakan tidak terurus. Butang kemeja terbuka, rambut berserabai. Berderau darahku melihatnya. Sukar untuk aku percaya dengan semua ini. Oh Tuhan! Aku harap ianya tidak seperti apa yang aku bayangkan!

“Ad.. I.. I can explain...” tutur Ashman gagap. Cuba untuk menerangkan hal yang sebenar.

Aku tak pedulikan kata-kata Ashman. Aku tatap wajah Hanis yang cukup bersahaja. Makin lama aku pandang, makin pedih hati aku. Sikit pun tak nampak riak kesal di wajahnya.

PANGG!!

Pipi Hanis sudah berbekas merah. Perlahan dia berdesis, menahan perit akibat penampar berbisa dari aku. Ashman tergamam melihat aku yang bagaikan sudah dirasuk hantu. Nafasku mula tidak menentu, turun naik menahan marah.

"Kau kenapa??!!! Dah gila???!!" Hanis naik berang. Dia sudah mahu menyerang aku semula namun pantas dihalang oleh Ashman.

Aku tersenyum sinis. Puas hati aku! Akhirnya dapat juga aku ajar betina sundal ni!

“Dasar perempuan murahan!! Kau ingat aku tak tahu ini semua taktik kotor kau untuk perangkap Ashman?!”

Ashman yang hanya memerhati sudah terpempan. Wajah Hanis ditenung dengan rasa tidak percaya.

“Perangkap?! Perangkap apa yang Ad maksudkan ni, Hanis?!” tengking Ashman.

“No!! Perempuan ni cuba hasut you!! Please, jangan percaya cakap..”

PANGG!!

Tak sempat dia menghabiskan kata, satu lagi penampar hinggap di pipi kirinya. Terlalu kuat sampaikan kepalanya terteleng dan bibirnya pecah. Geram!!

“Itu ‘habuan’ untuk semua kejahatan yang kau lakukan pada kami!!” aku menengking. Tubuhnya aku tolak kasar menyebabkan Hanis terdorong ke belakang.

Tidak ingin terus membuang masa di situ, aku pantas mengajak Ashman pergi. Dia yang masih terpinga-pinga hanya menurut dari belakang.





****






Maaf lambat update. Berapa kali ubah bab ni sebab idea asyik tak menjadi. Hehehh! Tolong komen sikit ya? Thank u!

Sunday 15 March 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 17

SEWAKTU aku tiba di hospital tadi, tok pa baru sedar dari pengsan. Masa tu Ashman yang temankan tok pa sementara papa dan mama keluar makan. Terkejut juga bila tengok dia ada di sini sedangkan dia sepatutnya berada di Perak. Baru tadi dapat tahu dari mama yang Ashman tak jadi ke sana atas sebab-sebab tertentu.

Sempat aku melirik ke arah Jepp di sofa tidak jauh dari katil tok pa, leka berbalas mesej dengan kawan sekelas kami. Cuma kami bertiga saja di sini. Ashman Aidil dah lesap entah ke mana. Bagus jugaklah mamat tu tak ada. Ada pun buat sakit hati saja. Sudahlah masa kami sampai tadi, semacam saja dia pandang aku dengan Jepp. Macam tak puas hati. Kenapa entah?

“Tok pa nak apa-apa? Lapar tak?” soalku sambil duduk di birai katil. Memandang lembut ke wajah tok pa yang pucat dan lesu. Untuk beberapa hari tok pa akan berehat di sini, di bilik rawatan yang bertaraf presidential suite room. Lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan. Ada dapur, TV, ruang makan dan ruang tamu. Tak rasa macam dekat hospital tapi macam duduk hotel lima bintang!

“Tok pa haus. Nak air kosong je.” lemah dan perlahan sekali suara tok pa, namun masih jelas kedengaran.

Aku tuang air kosong ke dalam gelas lalu ku hulurkannya ke arah tok pa. Tok pa minum beberapa teguk sebelum gelas diberikan pada aku semula. Aku letakkannya di atas meja sisi katil.

“Ad risau betul lepas dapat mesej dari mama tadi. Kenapa tak cakap tok pa tak sihat?”

“Alah.. tok pa sakit kepala sikit je, tok pa taknaklah buat orang susah hati.”

“Kalau dah tahu tak sihat tak payahlah kerja. Kan semua urusan dekat ofis tu Abang Ashman boleh tolong selesaikan.”

“Tahu. Tapi Ad faham-fahamlah tok pa ni macam mana. Tak boleh duduk goyang kaki macam orang lain. Nanti tok pa bosan.”

Aku sengih saja. Seribu satu alasan diberi. Aku diam malas nak memanjangkan cerita. Lagipun dah faham sangat dengan perangai tok pa ni. Orangnya memang jenis yang tak boleh duduk diam. Sejak dari muda sampailah ke tua, tok pa ini sangat aktif dan cergas orangnya. Jarang jatuh sakit. Sebab itu bila jadi macam ni aku risau. Takut tok pa menghidap penyakit serius. Tetapi menurut doktor yang merawat tok pa, tok pa pengsan kerana terlalu letih dan kurang rehat. Itu saja. Lega aku mendengarnya. Jepp bangun dan menghampiri kami kemudiannya. Fon disimpan ke dalam poket baju.

“Tok pa, saya mintak diri dulu. Ada hal yang perlu diuruskan dekat kampus.” pamit Jepp penuh sopan. Sudah hampir sejam dia di sini.

Tok pa mengangguk lemah. “Terima kasihlah banyak-banyak sebab tolong hantarkan Ad.”

“Sama-sama, tok pa. Small matter. Semoga tok pa cepat sembuh.” ujar Jepp, lantas tangan tok pa diraih dan dikucup hormat.

Tok pa angguk, tersenyum memandangnya. Aku bangkit dari katil dan menghantar Jepp sampai ke pintu.

“Jepp, thank you sebab hantarkan saya. Allah je yang boleh balas jasa awak.” kata aku sedikit terharu. Lelaki ini sanggup bersusah-payah untuk aku. Entah macam mana aku nak balas budi baiknya itu.

Jepp senyum lebar. “Benda kecik je ni. Saya tolong ikhlas. Kalau tak ada apa-apa saya gerak dululah. If you need anything just call me, okay?”

“Insya-Allah. Again, thank you. Drive safely.”

Jepp angguk dan terus berlalu. Aku kembali mendapatkan tok pa di bilik. Risau nak tinggalkan dia walau sekejap. Takut terjadi apa-apa yang tidak diingini.

“Jepp dah pergi ke?” tanya tok pa.

Aku mengangguk perlahan.

“Err.. Tok pa tak kisahkan Ad bawak dia datang sini?” soalku teragak-agak. Sebenarnya tadi aku serba-salah nak ajak Jepp masuk jumpa tok pa bila teringat peristiwa lalu. Tok pa kan tak berapa senang dengan Jepp. Tetapi setelah melihat sendiri layanan baik yang tok pa berikan pada Jepp, aku berasa lega.

“Mestilah. Kenapa pulak Ad tanya macam tu?”

“Takdelah.. dulu kan tok pa tak suka Ad berkawan dengan dia.” kataku hanya ingin kepastian.

“Tak adalah. Jangan cakap macam tu. Lagipun tok pa rasa tok pa dah tersalah anggap dengan dia. Bila tengok air muka dia tadi, tok pa tahu dia ikhlas berkawan dengan Ad.” ujar tok pa.

Aku sengih. Senang hati dengan pengakuan tok pa.

“Dia memang baik. Ad selesa berkawan dengan dia.”

Tok pa menghela nafas perlahan. “Kalau lebih dari kawan pun tak salah, Ad. Kalau dia ikhlas sayangkan Ad, terima seadanya. Tok pa cuma nak tengok Ad bahagia. Bahagia Ad, bahagialah tok pa.”

Entah mengapa hatiku jadi sayu, terusik dengan kata-kata tok pa. Tabahlah, Ad. Jangan menangis.

“Ad faham, tok pa.” aku memaksa bibir tersenyum, biarpun dalam hati hanya Allah yang tahu. Andai saja tok pa mengerti apa yang aku rasa. Hati ini masih ada dia.

Aku mengerling jam tangan sekilas. Baru ingat tak solat Zohor pun lagi.

“Tok pa rehatlah dulu. Ad nak solat kejap. Nanti Ad datang balik.” ujarku lembut seraya membetulkan selimutnya.

Tok pa mengangguk perlahan. Matanya dipejam rapat. Perlahan aku menapak ke bilik air untuk berwudhuk.



BINGIT bunyi alarm handphone membangkitkan aku dari tidur yang lena. Dengan mata yang masih terpejam, aku menggagau fon yang aku letak atas meja kopi dan terus mematikannya. Terbeliak biji mata tatkala melihat angka yang terpampang pada skrin telefon. 9.30 AM!! MasyaAllah! Aku dah tersalah set masa! Sepatutnya 6.30, bukan 9.30! Tak pasal-pasal terlepas Subuh!! Sengalnya kau, Adryana!! Selesa sangat tidur dekat ruang tamu ni. Agaknya kalau ada gempa bumi pun aku tak terjaga.

Aku mengalih baju sejuk yang menutupi tubuhku. Lambat-lambat aku bangkit dari pembaringan dan mataku tertumpu pada baju sejuk yang masih di tangan. Dahiku berkerut. Sweater kelabu berjenama Armani Exchange itu ku tilik lama. Macam kenal je baju ni? Mulutku melopong luas. Oh no!! Ini Ashman punya!!! Macam mana sweater dia boleh ada kat sini?! Dia ada datang ke malam tadi? Aku bingkas bangun dan terus mendapatkan tok pa di biliknya.

“Tok pa, malam tadi Abang Ashman datang ke?” soalku.

“A’ah. Tapi kejap je. Masa tu Ad dah tidur.”

Aku tersengih kelat. Dah agak dah. Malam tadi lepas Isyak aku terus tidur. Dia selimutkan aku pun aku tak sedar. Teruknya, Adryana! Tidur tak ingat dunia! Aku kembali ke ruang tamu dan menghenyakkan tubuh di sofa berbentuk L. Bau haruman Calvin Klein yang melekat pada baju sejuk kegemarannya itu membuatkan aku sedikit terleka. Aku memeluknya kemas, lantas aku mencium bau wangi itu beberapa kali. Ini saja caranya untuk aku melepaskan kerinduan terhadap Ashman Aidil.

Tett!! Tett!!

Bunyi mesej dari telefon bimbitku menyedarkan aku dari khayalan panjang. Aku mencebik. Baru nak berangan sikit dah ada yang mengacau. Aku pandang sweater yang masih di dalam pelukan dengan bibir yang sudah mengoles senyum lebar. Kan best kalau Ashman yang ada dengan aku sekarang. Heh! Best? Bila dia ada kau tak endahkan, bila tak ada tercari-cari. Itulah manusia. Suara hatiku menggerutu. Cepat-cepat aku lipat sweater Ashman dan letaknya di atas kerusi. Nasib baik tak ada sesiapa di sini. Kalau tak kantoilah aku cium sweater Ashman tadi. Malu! Aku capai tuala dan terus ke bilik mandi.

Masa aku bersiap nak turun beli sarapan di kafe, Ashman datang. Aku dengar dia bersembang dengan tok pa. Katanya hari ni dia cuti semata-mata nak temankan tok pa. Ketika aku hendak ke bilik tok pa, aku lihat ada McDonald's atas meja makan. Ashman punya agaknya. Getusku dalam hati.

Perbualan mereka terhenti sejenak bila aku mengetuk pintu yang sedia terbuka. Serentak mereka berpaling ke arahku yang tercegat di muka pintu.

“Tok pa, Ad nak turun beli breakfast kejap. Tok pa nak apa-apa?” soalku yang hanya memandang ke wajah tok pa. Dari ekor mata aku nampak Ashman sedang merenungku, namun aku buat-buat tak tahu saja. Tadi bukan main aku peluk cium baju dia, tapi bila dia ada sebelah mata pun tak pandang. Ego.

“Tak payah beli apa-apa. Abang Ashman kata dia dah beli McDonald’s untuk Ad.”

Ooo.. dia beli untuk aku rupanya. Sungguh aku bingung dengan sikapnya yang aneh itu. Kejap baik kejap tidak. Malam tadi selimutkan aku, pagi ini belikan aku sarapan. Kenapa tiba-tiba saja dia berubah? Jangan mudah terpedaya, Ad. Entah-entah ada udang di sebalik batu.

“Yup. Itu untuk Ad. Makanlah.” beritahu Ashman.

Tanpa membalas kata-katanya, aku pantas meluru ke meja makan. Ada Egg Mcmuffin dengan coffee tapi aku langsung tak jamah sebaliknya aku ambil sebungkus roti coklat yang mama beli untuk aku semalam. Sengaja mahu menyakiti hati Ashman begitu. Biar dia tahu aku sudah tidak sudi menerima apa-apa darinya lagi.

Selang beberapa saat, tok pa keluar dari bilik, berjalan ke ruang tamu perlahan-lahan diikuti Ashman dari belakang. Bosanlah tu asyik baring memanjang. Kalau ikutkan tok pa, semalam juga dia nak balik tapi kami yang tak izinkan. Kami mahu tok pa rehat secukupnya.

“Ad tak ada kelas ke hari ni?” tok pa menyoal setelah dia duduk di sofa.

Aku yang baru hendak meneguk jus mangga dalam gelas mengangguk.

“Ada. Pukul 2 nanti. Kenapa, tok pa?”

“Kalau macam tu Ad baliklah. Nanti kalut pulak.”

“Takpe, tok pa. Ad dah mintak tolong kawan beritahu pensyarah yang Ad ada kecemasan. Ad nak jaga tok pa.” tutur aku. Dah minta tolong Naura maklumkan pada pensyarah kami yang aku ada kecemasan.

“Laa.. janganlah disebabkan tok pa Ad sanggup ponteng kelas. Nanti Ad ketinggalan kan susah?”

“Tok pa janganlah risau pasal tu. Nanti Ad study balik dengan kawan-kawan. Sekarang ni Ad nak jaga tok pa, nak temankan tok pa.” aku mematikan ayat. Selagi tok pa tak keluar wad, selagi itulah aku tak senang duduk. Kalau pergi kelas pun tak boleh fokus tak guna juga.

Tok pa senyum. “Pasal itu pun Ad tak perlu risau. Kat sini ramai nurse yang boleh pantau. Ad baliklah. Rugilah kalau ponteng.”

“Kalau macam tu Ad mintak tolong kawan datang ambil Ad nanti.” aku beralah. Nampak gaya terpaksalah minta tolong Naura atau Jepp datang ambil aku.

“Biar abang hantar Ad.” ujar Ashman tiba-tiba.

Aku terkesima. Haa? Dia nak hantar aku? Aku mimpi ke ni? Apa kes dia rajin sangat hari ni? Semua benda pun dia nak buat. Memang sahlah Ashman kena sampuk hantu.

“Thanks but no thanks. Ad boleh balik dengan kawan. Tak pun naik teksi je.” Selamba aku menolak. Jangan haraplah aku akan setuju.

Ashman mengeluh. “Dah alang-alang abang ada kat sini biarlah abang hantar.”

Haihh!! Apa la yang susah faham sangat dia ni? Kalau dah aku taknak tu, taknaklah! Ini main paksa-paksa pulak. Menyampah!

“Takpe, tak payah susah-susah. Ad boleh balik sendiri.” aku berkeras dengan wajah serius. Apa yang buat dia fikir aku akan terima pelawaan dia tu? Silap oranglah, Ashman.

Sekali lagi Ashman mengeluh. Tok pa tersenyum memandang kami bersilih ganti. Agaknya dia pun dah naik pening tengok kami bergaduh. Macam budak-budak.

“Jangan paksa dia kalau dia taknak, Ashman.” celah tok pa.

Aku sengih panjang. Thank you, tok pa!! Tok palah atuk yang paling best dalam dunia ini. Aku menghela nafas lega. Tok pa penyelamat keadaan.

“Fine.” Ashman mengalah akhirnya.

Aku memalingkan wajah ke lain, tersenyum puas. Padan muka dia! Dia ingat aku akan beri muka? Memang taklah jawabnya!







TEPAT jam 11 aku terus turun ke bawah dan tunggu teksi di depan main entrance. Tapi satu pun tak ada. Susah betul nak dapat teksi kat sini. Apalah nasib aku. Semuanya tak berjalan seperti yang dirancang. Ingat nak suruh Naura ambil, tapi dia pulak tak berapa sihat. Jepp pulak gagal dihubungi. Hendak tak hendak terpaksalah call teksi. Aku cari nombor telefon teksi dalam handphone. Tiba-tiba aku rasa macam ada orang datang berdiri di sebelahku. Aku toleh ke kanan. Lelaki yang berkulit putih kemerah-merahan itu hanya tersenyum memandangku. Dan senyumannya itu membuatkan aku berasa sedikit gementar.

“Jom, balik dengan abang.” ajak Ashman. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar.

Aku menggeleng laju sambil pandang terus ke handphone. Buat-buat sibuk cari nombor teksi. Kenapalah Ashman ni suka mendesak? Yang paling aku sakit hati dia tergamak biarkan tok pa seorang diri sedangkan tadi dia juga yang cakap nak temankan tok pa.

“Degilnya! Orang nak mudahkan dia, dia jual mahal pulak.” gerutu Ashman.

Aku mengetap gigi geram. Dah tak boleh bersabar lagi dengan kerenah Ashman yang macam-macam.

“Tadi elok je setuju sekarang nak paksa Ad lagi kenapa?” wajahku mencuka.

“Siapa kata abang setuju? Tadi tu abang malas nak bergaduh depan tok pa. Sudahlah dia tak berapa sihat. Dahlah. Balik dengan abang je. Jom.”

Aku geleng lagi. “Nanti buah hati abang marah pulak. Taknaklah. Ad naik teksi je.”

“Mana ada teksi kat sini? Nak tunggu sampai bila? Nanti lambat ke kelas kena marah dengan lecturer pulak,” balas Ashman tak mahu kalah.

Aku menyilangkan tangan ke badan dengan muka yang serius. Buat-buat tak dengar apa yang dia cakap.

“Dah. Abang taknak dengar apa-apa alasan dah. Biar abang hantar Ad. Fullstop.” tegas Ashman.

Tak sempat aku nak berkata apa-apa, dia segera meraih lenganku, memaksa aku ikut dia ke kereta. Tangannya ku tepis kasar. Biarpun sedikit keberatan, namun kaki ini tetap jua melangkah, menurutinya dari belakang.

Dalam kereta, aku hanya membisu seribu bahasa. Tak tahu apa yang perlu dibualkan. Janggal. Itu yang aku rasa. Maklumlah, dah lama tak berdua dengan dia macam ini. Serta-merta semua memori indah itu menerjah ke ruang ingatan. If only I could turn back the time.

“Tadi abang tengok McDonald’s tu tak terusik pun. Kenapa tak makan?” Ashman memecah keheningan.

“Sebab taknaklah.” jawab aku dingin seraya melemparkan pandangan ke luar kereta. Tak ada hati dah nak pandang orang sebelah ni. Benci!

“Tak baik tolak rezeki. Abang beli tu pun sebab tahu itu favourite Ad.”

“Ad tak suruh pun. Kalau taknak membazir, abang je makan. Habis cerita.”

Senyap sekejap. Malaikat lalu kut? Volkswagen yang dipandu laju dibrek perlahan-lahan bila lampu isyarat bertukar merah. Alahai.. lambatnya nak sampai!

“Hari tu mama cakap Ad tak sihat. Betul ke?” Ashman buka topik lain pula.

“Ermmm..” acuh tak acuh aku menyahut.

“Kenapa tak beritahu abang?”

“Buat apa cakap dekat abang? Bukan boleh baik pun kalau abang tahu.” jawab aku sinis. Ini namanya cari pasal.

Ashman melepaskan keluhan kecil. Ditenungnya wajah aku beberapa saat. Aku pantas memalingkan wajah ke lain. Kereta kembali bergerak laju di atas jalan raya. Signal diberi dan Ashman terus membelok ke kanan. Alhamdulillah. Dah nak sampai.

“Bukan macam tu. Maksud abang, kalau abang tahu bolehlah abang pergi jenguk Ad.” ujar Ashman dengan nada lembut. Sabar betul dia. Seteruk mana pun aku layan dia, dia masih boleh cakap baik-baik dengan aku. Pelik. Mama kata Ashman dah berubah tapi apa yang aku lihat dia masih seperti dulu. Tak ada perbezaan pun.

Penjelasan yang cukup membingungkan aku. Kata-katanya itu menunjukkan bahawa dia sebenarnya masih lagi mengambil berat tentang diriku. Aku fikir bila kami sudah putus, dia tak pedulikan aku lagi. Mungkinkah Ashman masih sayangkan aku seperti dulu? Heh! Jangan perasanlah, Ad. Ashman tu cuma ambil berat sebagai seorang abang kepada adiknya saja, tak mungkin lebih dari itu.

“Kenapa abang buat Ad macam ni?”

“Ad cakap apa ni? Abang tak faham.”

“Tak faham atau buat-buat tak faham?! Abang sengaja nak memperbodohkan Ad? Let me guess, Hanis yang suruh?!” aku semakin beremosi. Geram melihat riak bersahaja di wajah itu. Seolah-olah tiada apa langsung yang dikesalkan.

“Ad, abang betul-betul tak faham. Kenapa cakap macam tu?”

“Kan abang sendiri yang buang Ad. Abang kata abang dah bosan dengan Ad tapi hari ini abang tiba-tiba berubah sikap. Sanggup buat apa saja untuk Ad. Atau ini satu lagi muslihat abang? Abang sengaja nak mempermainkan Ad!” bentakku kasar. Terasa seperti dipermainkan.

Riak wajah Ashman berubah, seakan terpukul dek kata-kataku itu. Aku pantas membuka tali pinggang keledar. Tak sedar yang kami sudah pun berada di depan rumah. Aku cuma nak cepat masuk dan tak mahu tengok dia lagi. Aku sudah ingin membuka pintu kereta tapi Ashman terlebih dahulu menekan butang kunci, tak bagi aku keluar. Aku memandangnya tajam.

“Bukaklah!!!” ujar aku separuh menjerit. Kesabaranku menipis.

Ashman menggeleng tak mahu. Tetap tak mahu beralah. Ashman tampak tenang walaupun aku dah macam dirasuk iblis. Asyik nak melenting saja. Tapi dia tetap selamba, macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Don’t get me wrong, Ad. Abang betul-betul ambil berat tentang Ad. Tak ada niat pun nak mempermainkan Ad..” tutur Ashman seakan tak puas hati.

Aku tersenyum sinis. “Tak ada niat konon! Sedar atau tidak, abang dah pun lakukannya.”

Ashman menunduk. Matanya dipejamkan seketika. Dia menarik nafas panjang, lalu dihembus perlahan-lahan.

“Ad, sebenarnya abang..”

Belum sempat Ashman menghabiskan ayatnya, kami dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang baru saja berhenti di depan rumah Kak Miza, jiranku. Kawan Kak Miza agaknya. Aku melihat jam di dashboard. Dah pukul 1.

“Dahlah. Tak elok kita berdua-duaan macam ni. Kalau Hanis tahu nanti dia salah faham pulak.” kata aku dengan nada yang sedikit mengendur. Mataku tertumpu pada wajah muram Ashman. Tiba-tiba saja rasa tak sedap hati. Macam mana kalau ada yang kenal Hanis kat sini? Tak pasal-pasal nanti ada pula yang mengadu dekat Hanis yang boyfriend dia berdua-duaan dengan perempuan lain. Kan kes naya tu?

Ashman diam tak berkutik. Berat hati ingin menurut namun terpaksa akur jua akhirnya. Butang unlock ditekan. Aku segera menggalas beg tangan yang aku letak atas peha.

“Terima kasih sebab hantarkan Ad. Maaf jugak sebab dah menyusahkan abang. Ad masuk dulu.” kataku tanpa riak.

Kelu lidah Ashman, sudah tidak mampu hendak menghalang. Tanpa menanti sesaat pun, aku turun dari kereta dan meluru masuk ke dalam rumah. Enjin kereta Ashman juga tidak lagi kedengaran menandakan dia juga sudah pergi. Aku tersandar lemah pada pintu. Satu keluhan berat aku lepaskan. Rasa bersalah pula sebab tinggikan suara pada dia tadi. Itu semua takkan jadi kalau aku pandai kawal emosi. Salah sendirilah sebab terlalu ikutkan perasaan. Tiba-tiba aku teringat pada perbualan kami tadi. Apa yang Ashman nak beritahu aku sebenarnya?



****

Terima kasih utk semua feedback anda. KYKT tinggal lagi beberapa bab saja. Jgn lupa tinggalkan sedikit komen ya? Syg semua! Thank u! ;)

Tuesday 10 March 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 16

SETELAH hampir tiga bulan aku tak balik ke rumah, baru hari ini aku ada kekuatan untuk jejakkan kaki ke sini lagi. Itu pun lepas mama beritahu yang hari ni Ashman ke Perak dan akan berada di sana untuk tiga hari. Lama aku tunggu peluang ni. Bila dia tak ada baru aku balik. Nak mengelak punya pasal.

“Assalamualaikum, mama!” laung aku sambil menanggalkan kasut di muka pintu.

“Waalaikumussalam. Sampai dah anak mama.” mama meluru ke arahku dengan senyuman manis di bibir.

Kami berpelukan erat, lama. Ingin melepaskan rindu. Selama tiga bulan ni berapa kali sangatlah aku jumpa mereka. Setiap kali jumpa mesti dekat luar dan bukannya di sini.

“Sorry sebab lambat. Tadi ada discussion dengan kawan-kawan sekelas.”

“Tak apa. Mama tahu Ad busy. Jomlah kita makan. Semuanya dah terhidang. Mama masak udang masak lemak cili api, your favourite.”

Kami segera bergerak ke meja makan. Dengar udang masak lemak cili api saja dah cukup untuk buat aku kecur air liur. Kami ambil tempat masing-masing. Tengahari ni kami cuma makan berdua saja. Papa sibuk dengan kerjanya, tok pa pula lunch dengan klien.

Dua kali aku menambah. Dah tak kisah langsung pasal diet. Yang aku tahu aku nak makan puas-puas. Hari ni je aku dapat makan sedap-sedap macam ni. Nak tunggu lain kali entah bila lagi? Suka betul mama bila tengok aku makan dengan begitu berselera sekali. Lepas makan nasi, mama hidangkan pencuci mulut yang dibuat khas untuk aku. Pulut mangga, my all time favourite! Puas hati betullah dapat balik sini. Semua yang aku nak semua dapat. Alhamdulillah rezeki.

“Sayang tok pa tak dapat join. Mesti dia suka cucu kesayangan dia ada kat sini.” luah mama seraya meletakkan pulut mangga ke dalam mangkuk kaca, kemudian diberikan pada aku.

Aku senyum, mengangguk setuju. Mangkuk di tangan mama aku ambil. Aku menuang sedikit kuah santan perlahan-lahan ke dalamnya. Pulut mangga ni memang tak sah kalau tak ada santan.

“Sunyi rumah ni bila Ad tak ada. Ad pun dah jarang sangat nak balik sini. Semuanya dah tak sama macam dulu.”

Senyumanku pudar. Hati dijentik sayu.

“Maaf, mama. Sebenarnya, Ad..” ayatku tergantung di situ.

“Mama faham. Ad bukannya taknak balik tapi cuma nak jauhkan diri dari Abang Ashman, kan?”

Soalan mama itu sebenarnya tak perlu dijawab kerana mama sendiri memang dah tahu jawapannya. Aku menundukkan pandangan.

“Bila dia nak kahwin?” Perit rasa hati tatkala menyebut perkataan itu. Kahwin? Lepas ni Hanis jadi kakak ipar aku? Oh Tuhan, tabahkan hati ini. Ada kalanya aku berharap ini semua hanyalah igauan ngeri.

Mama jungkit bahu. “Entah. Mama pun malas nak tanya. Sebenarnya mama tak berapa berkenan dengan budak Hanis tu.”

“Mungkin dah itu jodoh dia.”

“Selagi tak lafaz akad, selagi itulah tak boleh kata yang Hanis tu jodoh dia. Anything can happen, right?”

Aku senyum hambar, jauh di sudut hati aku bersetuju dengan kata-katanya. Nampaknya mama sendiri pun tak boleh terima Ashman dengan Hanis, namun andai sudah ini ketetapan Tuhan, redha saja.

“Sebenarnya mama risaukan abang tu. Dia dah lain sangat sekarang ni.” wajah mama kelihatan risau. Seolah-olah ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

“Lain macam mana?” dahiku berkerut.

“Dia jadi pemarah. Baran. Tok pa kata dekat ofis tu ada saja staf yang kena marah. Buat itu salah, buat ini pun salah. Pendek kata semuanya serba tak kena. Mama pun tak fahamlah kenapa dia jadi macam tu. Dulu taklah kronik sampai macam tu.”

Kerutan di dahi bertambah. Apa sebablah Ashman jadi macam tu agaknya ya?

“Tekanan kerja agaknya.” Aku menebak. Logiklah sebab aku pun pernah juga kena marah dengan dia. Alasannya stress kerja.

“Papa pun cakap macam tu. Tapi mama perasan, dia jadi macam tu semenjak Ad pergi. Sebelum ni dia okey je.”

Aku tercengang. Apa kaitannya dengan aku? Atau mungkin maksud mama akulah puncanya Ashman bersikap begitu.

“Itu perasaan mama je kut. Mungkin dia ada masalah dengan Hanis. Tak ada kaitan dengan Ad pun.” aku menggeleng, ingin menafikan.

“Entahlah. Mama runsinglah tengok dia. Kalau mama tanya dia tak pernah dia cakap apa-apa. Suka sangat berahsia.”

“Insya-Allah abang akan okey. Mungkin dia tengah ada problem. Mama jangan fikir banyak sangat. Nanti mama pulak yang sakit.” aku pantas menenangkan mama. Belakang tubuhnya ku usap perlahan-lahan.

Aku minta diri untuk ke bilik dan solat. Selesai solat, aku terus bersiap-siap nak balik ke rumah sewa. Lepas ni nak keluar jumpa Jepp pulak. Fon atas meja solek aku capai. Masa nak turun itulah aku dengar ada seseorang yang sedang bercakap dengan mama di bawah. Suara lelaki. Tak semena-mena jantungku berdegup kencang, terkejut mendengar suara itu. Ashman ke tu? Bukan ke dia sepatutnya ke Perak hari ni? Apa dia buat kat sini? Bencinya!! Punyalah nak elak dia, alih-alih jumpa jugak! Aku menarik nafas panjang, mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan lelaki itu.

Keluar dari bilik, aku terserempak dengannya di tangga. Dia nak naik, aku nak turun. Kami sama-sama terpaku. Ada debaran di dada saat mata bertemu mata. Lembut matanya merenungku, buat hati tak keruan. Tidak pernah menyangka ini akan terjadi. Setelah sekian lama tidak bertemu, hari ini dia muncul lagi di depanku.

Pandangannya jatuh pula ke jari manisku yang tidak bercincin, kemudian matanya melirik ke wajahku semula. Tidak ada sepatah kata pun yang kedengaran, baik aku mahupun dia, dua-dua kelu membisu. Hanya mata saja yang berbicara. Riak wajahnya sukar untuk aku tafsirkan. Bagai ada sesuatu yang tersirat di fikirannya. Deringan dari Iphone di tanganku mematikan lamunan panjang. Jepp telefon.

“Hello, Ad. Awak kat mana? Jadi ke nak jumpa?”

“Ya, Jepp. Jadi. Saya baru nak keluar dari rumah mama ni. Awak tunggu saya dekat tempat biasa, ok? Bye.” Ujarku panjang lebar. Penuh hati-hati aku menuruni anak tangga. Berjalan melepasi Ashman yang masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri tanpa menghiraukannya.

Aku bergegas mendapatkan mama di ruang tamu. Meminta diri untuk segera pergi. Sudah tidak sanggup untuk terus berlama di situ bila Ashman ada. Aku sudah tidak ingin melihat wajahnya lagi.





LEPAS saja keluar dari rumah mama tadi, aku asyik terkenangkan Ashman. Semuanya gara-gara pertemuan yang tidak diduga itu. Tak pasal-pasal jiwa kacau.

“Menungkan apa tu?”

Aku tersedar dari khayalan panjang. Jepp mengukir senyuman nipis ke arahku. Pertanyaannya itu aku jawab dengan senyuman hambar. Mataku tertumpu ke arah beberapa orang gadis yang baru masuk ke The Red Beanbag, tempat kami selalu lepak sejak beberapa bulan yang lepas.

“Dari tadi saya tengok awak monyok je. Is something bothering you? Ceritalah dekat saya itu pun kalau awak tak kisah.”

Aku masih tak membuka mulut. Jepp bersandar ke kerusi sambil menyilangkan tangan ke badan. Sabar menanti. Selain Naura, dialah pendengar setiaku. Apa saja masalah aku luahkan pada dia. Tak dinafikan kami semakin akrab, tapi hanya sebagai kawan biasa dan tidak lebih dari itu. Dan aku rasa ianya akan kekal begitu kerana pintu hati ini sudah tertutup buat insan bergelar lelaki. Serik.

“Tadi saya balik rumah mama..” aku berhenti sejenak.

“Go on. I’m listening.”

Aku tarik nafas dalam-dalam. Part ini yang paling susah hendak aku ceritakan.

“Ashman. Dia balik masa saya nak keluar tadi.”

“Ooo.. patutlah awak muram sangat. Sebab Ashmanlah ni?”

Aku angguk perlahan. Mengacau-ngacau iced lemon tea dengan straw.

“Awak ada cakap apa-apa dengan dia?” soal Jepp lagi sambil menopang dagu. Memandang tepat ke mataku.

Aku geleng seraya menundukkan wajah.

“Saya ingat saya kuat, rupanya tak. Lepas saja jumpa dia tadi buat saya sedar tentang sesuatu.”

“Apa dia?”

“Saya sedar yang saya masih sayangkan dia. Yang sebenarnya saya tak boleh lupakan dia, Jepp.” tutur aku. Ya, itulah yang aku rasa. Mulalah aku terkenangkan kisah lalu. Sumpah hati ini terlalu rindukan kebahagiaan kami yang dulu. Namun semuanya diragut dalam sekelip mata. Dia yang mengajarku erti bahagia, dia jugalah yang mengajarku erti derita. Tak aku nafikan apa yang telah terjadi di antara kami meninggalkan luka yang amat dalam, namun jujur aku katakan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta yang masih utuh buatnya. Biarlah.. biar aku simpan saja cinta ini di hati.

“Ingat tak apa yang saya pernah beritahu awak dulu? Ashman cinta pertama awak. Dan cinta pertama itu sememangnya sukar untuk dilupakan. Percayalah, saya faham apa yang awak rasa. Only time will heal.”

Aku hanya mengangguk tanpa kata, bersetuju dengannya. Jepp berhenti sejenak, kemudian dia menyambung lagi.

“Awak kena move on. Buka pintu hati awak untuk yang lain, barulah awak boleh lupakan dia.”

Kata-kata Jepp buat aku berfikir panjang. Move on dan cari yang lain? Boleh ke aku? Susah nak cari pengganti Ashman. Kalau boleh aku nak yang sebijik macam Ashman Aidil. Aci tak kalau aku klon dia? Alahai.. Adryana dah mula nak merapu! Perbualan kami terbantut bila telefon Jepp tiba-tiba berbunyi. Ada panggilan dari seseorang. Dekat 15 minit jugaklah Jepp bergayut.

“Siapa?” soalku setelah Jepp selesai berbual di telefon.

“Aleesya. Dia ajak jumpa.”

“Kalau macam tu awak pergilah. Kita pun dah lama sangat dekat sini.”

“No, it’s okay. Saya cakap saya ada hal. Lagipun, tak boleh jumpa dia selalu. Bahaya.”

“Saya tak faham. Kenapa bahaya?”

Jepp mengeluh panjang. Tiba giliran aku pula untuk bertanya mengenai kisah cintanya yang juga kecundang di tengah jalan. Selama ni aku tak pernah tanya. Bukan taknak tanya, tapi tak berani. Takut nanti Jepp kata aku busy body.

“Cinta terlarang. Orang tua Aleesya tak merestui hubungan kami sebab mereka dah ada pilihan lain untuk Aleesya, yang lebih layak dan setaraf dengan Aleesya. Saya ni tak ada apa-apa. Setakat ada kereta buruk tu tak padan jadi kekasih Aleesya. Sebab itulah saya tak boleh jumpa dia. Kalau ayah dia tahu matilah saya!”

Aku terpempan. Terkejut mendengar kisah cinta Jepp yang ala-ala kisah cinta Romeo & Juliet. Teringat pula aku pada bait-bait lirik lagu Fauziah Latiff. Cinta terhalang oleh orang tua. Sedihnya!

“Kisah awak ni dah macam filem Antara Dua Darjat.” ujar aku yang turut bersimpati dengannya. Dapat rasa apa yang Jepp rasa.

“Kan? Sekarang ni saya tengah pening. Saya cuba nak jauhkan diri tapi Aleesya dua puluh empat jam cari saya. Dia tetap tak mahu lepaskan saya. Sudahnya saya turutkan saja kehendak dia. Berhubung senyap-senyap.”

“Habis selama ni awak selalu dengan saya, dia tak cemburu?”

“Cemburu jugaklah. Tapi terpaksa tahan perasaan. Kami kan dah tak boleh jadi macam dulu.”

Aku menelan air liur. Gulp!! Maknanya selama ni Aleesya tak sukalah tengok aku dan kekasihnya 24/7 berkepit macam belangkas. Bahaya! Nasib baik dia tak datang serang aku. Gerutuku dalam hati. Kami saling membisu untuk beberapa saat.

“Kita senasib. Cinta tak kesampaian.” kata aku pilu. Aku dengan Jepp sama saja. Bezanya cinta aku musnah kerana adanya orang ketiga. Kira aku ni beruntung sikitlah sebab mama dan papa bagi restu.

“Tulah. Dulu kita nak kat dia, dia jual mahal. Cuba kalau kita couple, agaknya dah bahagia sampai sekarang.”

Aku sengih kelat, langsung tidak membalas kata-kata Jepp. Nak buat macam mana? Semuanya dah tertulis. Siapalah kita untuk menolak takdirNya.





“KAU pergi dating kat mana petang semalam?” Naura sudah mula hendak mengorek rahsia. Dia ni tak ubah macam wartawan Melodi. Suka bagi soalan-soalan panas, yang kurang enak didengar. Saman baru tahu!

Laptop di atas meja aku tutup. Dah penat menaip. Perut pun dah lapar. Aku tengok jam sepintas lalu. Dah nak pukul 1. Lunch time!

“Mana ada dating. Lepak ajelah.” sangkalku sambil menggeliat, membetulkan urat. Baru perasan yang sekarang ini cuma tinggal kami berdua saja dalam kelas. Yang lain dah lama cabut. Kami stay sebab nak buat kerja. Kalau tak jangan haraplah nak duduk sini lama-lama. Fon dalam beg aku ambil dan terus buka Instagram. Tengok balik semua gambar yang aku dah post. Ada beberapa gambar aku dengan Ashman yang dah aku padam. Kami kan dah tak ada apa-apa. Simpan pun tak guna.

“Eleeehh.. malu-malu kucing pulak dia!” Naura mula hendak mengusik.

“Kan aku dah cakap aku masih belum bersedia untuk serahkan hati pada orang lain. Masih terlalu awal.”

“Yelah, yelah. Tapi andai kata pintu hati kau dah terbuka, couplelah dengan Jepp. Mamat tu pun tak kurang hebatnya. Lawyer dengan lawyer. Sesuai sangat dah tu!”

Ini yang aku malas nak dengar ni. Tak ada benda lain dia nak buat selain kenenkan aku dengan Jepp, sedangkan dah berkali-kali aku kata yang aku dan Jepp cuma kawan biasa. Tapi dia tetap juga nak gosip aku dengan Jepp tu.

“Apa kata kau je couple dengan dia. Kau kan tengah mencari?” aku tersenyum nakal. Naura asyik fikir nak kenenkan orang tu dengan orang ni. Diri sendiri tu taknak pula cari calon.

“Ke situ pulak! Aku cakap pasal kaulah.”

Aku tertawa kecil. Tiba-tiba Jepp datang dan perbualan kami berhenti setakat itu. Kalau dia dengar nanti perasan terlebih pulak. Panjang umur dia! Baru je sebut, dia dah muncul.

“Korang busy ke? Jom lunch.” ajak Jepp.

“Tak. Memang nak pergi kafe dah pun.” aku segera berkemas. Laptop kesayangan aku simpan ke dalam beg galas.

Masa kami nak ke kafeteria, ada satu mesej yang masuk ke telefonku. Mama rupanya.



Ad, Ad kat mana? Datang Gleneagles sekarang. Tok pa masuk wad! Dia pengsan kat ofis tadi.



Mataku membuntang luas dan langkahku juga terhenti. Berdesup darah naik ke kepala. Aku membaca mesej itu berkali-kali dengan rasa tak percaya. Ya Allah, apa sudah jadi dengan tok pa?!

“Beb, asal kau ni?” Naura yang sudah berjalan jauh ke depan menerpa ke arahku.

“Tok pa... tok pa sakit! Aku kena pergi hospital sekarang jugak!” aku bernada cemas. Hilang terus rasa lapar. Sekarang cuma fikir nak cepat pergi ke hospital. Terbayang-bayang wajahnya di mata. Ya Allah, janganlah jadi apa-apa pada dia.

“Biar saya hantar awak, Ad. Awak tak boleh drive dalam keadaan macam ni. Bahaya!” Jepp juga sudah kaget.

Tanpa berfikir panjang aku terus bersetuju. Kami berlari anak menuju ke tempat parkir. Dalam hati aku berdoa supaya tok pa tak akan apa-apa. Semoga semuanya baik-baik saja.


****
Komen pliss!! thanks! ;)

Friday 6 March 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 15

MELAKA. Sudah hampir dua minggu aku di sini. Alhamdulillah, mujurlah ada sahabatku Naura yang tidak pernah meninggalkan aku dalam apa jua keadaan. Di saat aku kesusahan, dialah yang paling banyak membantu. Untuk sementara waktu ini, aku diberi tempat tinggal percuma di resort milik keluarganya. Mulanya aku menolak sebab ayah Naura langsung tak kenakan bayaran. Segan jugak aku. Tapi Naura yang beriya sangat suruh aku duduk di sini, terpaksalah akur.

“Kat sini rupanya kau! Jenuh aku cari.” Naura datang duduk bersila atas pasir di sebelahku.

Aku sengih, melemparkan pandangan jauh ke arah air laut yang membiru. Boleh dikatakan setiap hari aku akan keluar ke pantai. Jalan kaki je sebab dekat gila dengan resort. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini aku sudah jatuh cinta dengan keindahan panoramanya. Resort di tepi laut menjadi tarikan pelancong. Jauh dari kesibukan kota. Cukup mendamaikan sampaikan aku rasa macam dah taknak balik ke KL langsung! Ermm.. kalau boleh memang taknak balik. Kalau balik pun buat apa? Buat sakit hati je!

“Kan aku dah cakap, kalau aku tak ada dekat bilik itu maknanya aku datang sini.” aku membalas.

Naura mengangguk faham. Plastik berisi roti sosej diletakkan di depanku.

“Nah, makan ni. Aku beli tiga untuk kau.”

“Banyaknya!! Kau saja nak suruh aku gemuk ke?” mataku sedikit membulat.

“Alaa.. gemuk apa bendanya? Bukannya suruh kau makan semua sekali. Simpan sikit untuk malam nanti, buat stok kat bilik. Mana tahu kut kau lapar tiba-tiba. Lagipun dari tadi kau tak makan apa-apa pun. Aku risau! Kalau jadi apa-apa, macam mana aku nak menjawab dengan family kau nanti? Terutamanya Ashman. Mesti teruk dia marahkan aku.”

Senyumanku mati. Pilu hati ini setiap kali mendengar nama itu.

“Ashman risaukan aku? Kalau dulu mungkin, tapi sekarang..” Aku menundukkan muka. Tak semena-mena rasa sebak. Dia mana sudi nak ambil tahu pasal aku lagi.

Naura mengusap-usap bahuku lantas dirangkul erat. Ingin menenangkan.

“Parents kau tahu kau ada dekat sini?”

“Tak. Aku taknak sesiapa pun cari aku dan aku tak mahu diganggu. Aku cuma nak bersendirian.” jelas aku. Hari tu mama ada tanya aku kat mana, tapi aku tak cakap pun. Sebab aku takut mereka datang cari aku dan pujuk aku balik. Taknaklah aku.

“Aku faham. Tapi kalau boleh janganlah langsung tak call. Cuba bayangkan apa perasaan mereka sekarang, lebih-lebih lagi tok pa. Mesti dia runsing. Dahlah tak tahu kau kat mana, lepas tu jarang telefon. Sekurang-kurangnya biar dia orang tahu kau okey kat sini.”

“Kau ni buat aku rasa bersalahlah..” luah aku. Mahunya tidak? Apa yang Naura kata tu memang betul. Boleh kira berapa kali aku telefon mama. Kalau tak salah kali terakhir aku call, lima hari lepas. Tuhan saja tahu betapa aku rindukan mereka. Dua minggu berjauhan. Tak pernah aku buat macam ni. Dulu kalau merajuk, paling teruk pun berkurung dalam bilik je. Lepas itu okey semula. Tapi kali ni, sampai ke Melaka perginya. Nasib baik tak ambil tiket flight terbang ke luar negara. Lagi haru nanti!

“Kalau dah tahu macam tu, call lah. Tunggu apa lagi? Tanya khabar je pun, bukannya suruh bergayut sampai minggu depan.” omel Naura panjang lebar. Roti sosej digigit sikit-sikit.

Aku hanya menurut. Fon dalam poket dikeluarkan. Aku telefon handphone mama tapi tak jawab. Mama tak perasan agaknya. Aku cuba call rumah pula. Tak sampai beberapa saat, panggilanku berjawab.

“Hello.”

Terkedu sejenak tatkala mendengar suara itu. Suara yang amat aku rindui. Ashman!

“Hello. Siapa ni?” soal Ashman lagi. Lama menunggu respons dariku.

Bibirku terkunci rapat. Sengaja mendiamkan diri kerana aku sudah tidak ada hati untuk berbicara dengannya lagi. Aku tertanya-tanya sendiri, bagaimana agaknya reaksi Ashman kalau tahu aku yang menelefon? Teruja atau sebaliknya?

“Hello! Jangan main-main boleh tak?!!” tengking Ashman. Hampir luruh jantung dibuatnya.

Tut tut tuttt tutt tuttt...

Talian terputus. Dia dah letak.

“Kenapa, beb?” Naura kehairanan melihat aku membisu seribu bahasa.

“Ashman.”

“Ashman?”

“Dia yang jawab.”

“Laa..!! Habis tu kenapa kau tak cakap?”

Aku menggeleng lemah. Sukar untuk aku jawab pertanyaan Naura. Dia tak berada di tempat aku sekarang, jadi kalau aku jelaskan pun dia tetap takkan faham. Aku tenung handphone di tangan, lama. Setelah beberapa minit berlalu, aku telefon lagi sekali. Harapnya janganlah Ashman lagi yang angkat.

“Hello.” suara mama perlahan kedengaran.

Aku menghela nafas lega. Nasib bukan dia.

“Assalamualaikum, mama!” ucap aku sedikit teruja. Terubat rindu dapat dengar suara ibu tercinta.

“Waalaikumussalam, anak mama! Panjang umur!! Mama baru je terfikirkan Ad. Ad kat mana ni, sayang? Ad sihat tak? Anak mama ni baik-baik aje, kan?” soal mama bertubi-tubi. Jelas dia begitu risaukan anaknya ini. Semua pun terkejut bila dapat tahu yang aku dengan Ashman dah putus, apa lagi semuanya berpunca dari Hanis.

“Alhamdulillah, Ad okey sangat-sangat, mama. No worries. Ad tengah lepak kat tepi pantai, ambil angin. Nak tenangkan fikiran. Mama, papa dengan tok pa sihat?” aku mula terasa sebak. Satu per satu wajah insan tercinta terbayang-bayang di mata. Kalau sebelum ni rasa macam taknak balik, tapi bila terkenangkan mereka aku jadi tak sabar mahu pulang semula. Ashman aku tak tanya langsung. Tak ingin ambil tahu pasal dia lagi. Dah sah-sah dia tengah bahagia dengan Hanis kat sana. Tak tanya pun tak apa.

“Alhamdulillah, kami semua ok. Cuma tok pa tu selalu sangat tanya Ad. Dia risau sebab langsung tak dengar khabar berita dari cucu dia. Kalau dia tahu Ad call ni mesti dia suka.”

“Maafkan Ad, ma. Ad tak ada niat nak susahkan hati sesiapa. Cuma Ad perlukan masa..” kata-kataku terhenti di situ. Aku yakin mama sudah faham, lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang. Mereka sendiri pun tak menyangka yang Ashman sanggup meninggalkan aku untuk Hanis. Namun aku yakin Allah sedang merancang yang terbaik untukku. Setiap yang pahit itu pasti ada manisnya.

“Mama faham, sayang. Tapi kalau boleh telefonlah kami selalu. Dapat dengar suara Ad sekejap pun jadilah.” Suara mama bergetar menahan tangis.

Aku sudah dihimpit rasa bersalah yang menggunung. Dalam hati aku tak henti-henti menyumpah diri sendiri. Anak jenis apalah aku ni? Sanggup buat mama menangis. Nur Adryana pentingkan diri!! Langsung tak fikirkan hati mama dan papa jugak. Maafkan Ad, mama. Maafkan Ad, papa. Ad anak yang tak kenang budi!!

“Maafkan Ad, mama. Maafkan Ad.” Luah aku perlahan, hampir tidak kedengaran. Mata sedikit berkaca. Sebak dengar mama nangis.

“Tak apa, sayang. Mama tahu Ad sangat-sangat terluka sekarang. Dan mama tahu Ad perlukan masa untuk melupakan semuanya.”

Tersentuh hati ini setelah mendengar kata-kata mama. Bertuahnya aku kerana dikurniakan seorang ibu yang penyayang dan sangat memahami sepertinya.

“Thanks, mama sebab faham Ad.”

“Tentulah. I’m your mother. Oh ya, tadi yang mula-mula tu Ad ke call?”

“A’ah. Kenapa, mama?” aku mengerut dahi. Macam mana mama tahu?

“Abang Ashman tulah, dia kata bila dia hello tak ada yang menyahut. Marah betul dia sebab ingat orang sengaja main-main. Kenapa Ad tak cakap je dengan dia?”

Patutlah. Ada orang report kat mama rupanya. Aku serba-salah. Tak tahu macam mana nak jawab soalan mama.

“Mama.. err.. nanti Ad call lagi, ya? Kredit dah nak habis ni.” dalih aku. Nak mengelat. Dan-dan habis kredit walhal baru tadi top up RM 30.

“Ok, sayang. Nanti mama suruh papa masukkan duit untuk Ad. Kalau tak cukup beritahu kami tau?”

“Ok, ma. Thank you very much. Kirim salam sayang dekat papa, tok pa dengan Mak Jah.” Pesan aku. Tetap tak sebut nama Ashman. Kalau dia boleh ‘buang’ aku, kenapa tidak aku? Sekali dia dah sakitkan hati aku, jangan harap aku akan memaafkan dia begitu saja.

“Insya-Allah nanti mama sampaikan. Take care ya, sayang? We love you so much!”

“I love you guys too! A lot!! Bye, ma. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”



“AD, bangunlah! Aku bawakkan breakfast untuk kau ni!”

Aku membuka mata bila terasa bahuku ditepuk-tepuk perlahan. Dah bangun lama dah sebenarnya. Tapi saja nak relaks-relaks atas katil. Aku memicit-micit kepala yang berdenyut-denyut sejak malam tadi. Comforter putih yang menyelimuti tubuh aku alih sedikit, lantas bersandar di kepala katil.

“Kau masak untuk aku ke? Aww... my bestfriend is so sweet!! Sayang kau sangat!” ujar aku sedikit terharu. Nasi goreng ayam dalam bekas Tipuware dan sekotak macarons berwarna-warni diletak atas meja sisi katil.

“Aku memang sweet, tapi belum sampai tahap nak masakkan untuk kau lagi. Hahahaa!!” Naura tertawa sakan.

Aku mencebir bibir. “Habis mana kau dapat semua ni? Jatuh dari langit?”

“Sebenarnya ada orang yang kasi. Bukan aku masak.”

“Siapa bagi?” keningku bertaut.

“Ni ada kad. Bacalah!” Naura menyerahkan sekeping kad yang dilekatkan pada kotak macarons tadi.

Kad bertukar tangan. Aku membukanya penuh dengan debaran di hati. Tak sabar nak tahu siapa pengirimnya.



Get well soon, Nur Adryana.
-Ashman



Mataku membulat. Ashman?! Macam mana dia tahu aku ada kat sini? Dia intip aku ke?

“Ashman? Dia ada kat sini ke?” soal aku sedikit teruja. Gembiranya hati bukan kepalang. Baik terus sakit kepala ni. Tak sangka Ashman masih ambil berat pasal aku.

“Ashman?!” Naura mengerut dahi.

“Wei!! Kau ni dah rabun ke apa? Cuba baca betul-betul! Itu nama Jepp lah!! Jepp yang bagi!!” Naura menunjukkan nama yang tertulis di situ.

Senyumanku mati. “Hah? Jepp?”

Naura angguk. Aku tengok kad itu semula. Ya, memang Jepp dan bukannya Ashman. Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Nur Adryana dah tak waras!

“Kau ni rindukan Ashman sangatlah aku rasa. Semua benda pun buat kau teringatkan dia.”

Aku tersenyum pahit. Memang benar kata Naura. Aku terlalu rindukan Ashman sebab itulah aku jadi macam ni. Selama aku di sini, cuma dia saja yang aku fikirkan.

“Jepp ada kat sini? Macam mana dia tahu aku tak sihat?” aku mengalih topik.

“Dia ada urusan dekat sini jadi untuk beberapa hari ni dia akan stay dekat resort ni jugak. Sebenarnya malam tadi berpuluh kali dia call kau, tapi kau dah tidur. Aku yang jawabkan. Aku cakaplah kau tak sihat.”

Ye tak ye. Malam tadi lepas telan ubat terus pengsan. Kuat betul effect ubat yang Naura bagi tu. Sejak akhir-akhir ini aku selalu sangat tak sihat. Faktor cuaca mungkin.

“Habislah. Lepas ni mesti Jepp beritahu kat parents aku pulak.” Aku mula gelisah.

“Jangan risaulah. Aku dah pesan dekat dia jangan beritahu orang lain.”

Aku tersenyum lega. Naura ni memang boleh diharap. Pandai simpan rahsia.

“Kau makanlah dulu. Aku nak pergi lobi kejap. Nanti aku datang balik.” Ujar Naura sebelum hilang dari pandangan.

Aku baca semula kad tadi. Bibir menarik senyum lebar. Terharu dengan keprihatinan Jepp yang tak pernah lupakan aku. Agak-agak kalau Ashman tahu aku tak sihat, dia akan buat macam ni tak? Entah-entah dia buat tak tahu je. Tak semena-mena, aku teringat semula apa yang pernah Ashman luahkan pada aku dulu.

“Bercinta dengan abang ajelah. Insya-Allah tak kecewa!”

Air jernih dan hangat mula bertakung di kolam mata. Setitik demi setitik ia berguguran ke pipi. Tak kecewa konon!! Dasar lelaki. Semuanya sama! Hanya tahu menabur janji. Ad benci abang!! Ad takkan maafkan abang sampai bila-bila!! Hatiku menjerit.

Aku baring semula di katil, menangis teresak-esak. Cukuplah, Ad. Berhentilah menyeksa diri sendiri. Lelaki seperti Ashman tidak layak ditangisi. Lupakan dia, lupakan segala-galanya.





PETANG itu Jepp ajak aku keluar pusing-pusing bandar. Katanya rasa nak makan ikan bakar yang sedap-sedap. Yang si Naura pulak taknak ikut, banyak kerja katanya. Macamlah aku tak tahu taktik dia. Saja nak suruh aku berdua-duaan dengan Jepp la tu. Sabar jelah!

Jepp yang paling seronok. Sebelum ni kalau dia ajak aku keluar, aku selalu menolak. Tapi hari ini lain pula ceritanya. Lagipun dah tak ada apa yang nak dirisaukan. Jepp dengan aku sama-sama single. Tak perlu takut kalau-kalau ada yang cemburu. Ya. Tiada siapa yang akan melarang. Dan aku rasa aku dah langgar janji aku pada tok pa. Dulu kata taknak keluar dengan Jepp, tapi ini dah jadi terbalik. Maafkan Ad, tok pa. Ad cuma nak hiburkan hati yang luka. Mujurlah ada Jepp dengan Naura. Kalau tak mati kebosanan aku sorang-sorang kat Melaka ni.

Kereta Honda Jazz putih meluncur laju menuju ke Pernu Umbai. Naura kata dekat situ famous dengan ikan bakar dan nasi lemaknya yang pedas, sedap hingga menjilat jari. Bukan setakat ikan bakar je, segala macam seafood pun ada. Itu yang buat aku pun tak sabar nak sampai sana. Nak makan puas-puas. Alang-alang dah ada orang nak belanja ni, elok jangan lepaskan peluang. Hehe!

Tiba-tiba, aku jadi jiwa kacau. Semuanya gara-gara lagu yang sedang diputarkan di ERA.FM.



Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi
Masih terabadi




Hish! Ini kan lagu yang Ashman nyanyi tu? Bencilah!! Radio ni ejek aku ke apa? Cepat-cepat aku tukar ke Hot.fm.



Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia
Walau tak bersama dia...



Tap!! Terus aku tutup radio. Taknak dengar apa-apa lagi!! Semua lagu pun macam tertuju pada aku!

“Are you okay, Ad?” soal Jepp kehairanan.

Aku sengih kelat. Mesti Jepp perhati je dari tadi. Kesian dia. Terpaksa hadap kerenah aku yang seakan tidak waras lagi. Dia dah tahu semuanya tentang aku dan Ashman. Jelas dia juga memahami apa yang aku rasa kerana kami senasib. Selalu kalah di dalam bercinta. E’eh, itu macam lirik lagu je?

“Entahlah. Saya pun tak tahu saya okey ke tak.”

“Relaks. Tarik nafas. Istighfar banyak-banyak dan ingat Allah selalu. Insya-Allah awak akan okey nanti.”

Aku tersenyum hambar, mengangguk tanpa kata. Aku menyandarkan kepala ke cermin tingkap sambil berpeluk tubuh. Menumpukan pandangan ke jalan raya. Sedari tadi, aku langsung tak bercakap. Sepatah Jepp tanya, sepatah aku jawab. Perjalanan ke Pernu Umbai juga terasa begitu panjang sekali walhal Naura kata tempat tu tak jauh. Tetapi entah kenapa semuanya membosankan.

“Saya rindu sangat dekat awak, Ad.” Luah Jepp tiba-tiba.

“Dah ada depan mata pun rindu lagi?”

“Maksud saya, saya rindukan Nur Adryana yang dulu. Yang ceria, yang peramah, yang..”

“Yang bodoh? Terlalu bodoh sehinggakan begitu mudah diperalatkan lelaki?” aku mencelah tanpa sempat Jepp menghabiskan ayat.

Jepp menggeleng. “Awak tak bodoh, Ad. Ashman yang bodoh. Sanggup melukakan hati insan yang sebaik dan sesempurna awak hanya untuk perempuan macam Hanis.”

“Sebab saya tak cukup sempurnalah dia nekad tinggalkan saya.”

Aku berjeda.

“Apa yang berlaku mengajar saya tentang sesuatu. Sayangkan seseorang biar berpada, bila kecewa taklah merana.” Sambungku lagi. Kata orang, pengalaman mengajar. Selepas ini aku harus lebih berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan mulut manis lelaki.

“I couldn’t agree more.” Balas Jepp.

Aku menghela nafas berat. “Dahlah. Saya tak mahu cakap pasal dia lagi. Malas nak serabutkan kepala fikirkan orang yang tak pernah fikirkan saya.”

Jepp angguk dan dia langsung tak ungkit apa-apa lagi tentang Ashman selepas itu. Mungkin tidak mahu lihat aku terus bersedih. Cincin pemberian Ashman yang masih di jari aku tilik lama. Pergi ke mana-mana pun aku pasti akan memakainya. Itu janji aku pada Ashman. Namun itu semua sudah tidak penting lagi. Aku pakai ke, tak pakai ke, Ashman dah tak kisah. Dia dah ada yang lain.

Cincin perak itu aku tanggalkan dan aku simpan dalam beg. Nekad tidak akan memakainya lagi. Sudah tiba masanya untuk aku singkirkan dia dari hati. Sedih memang sedih namun apakan daya andai ini sudah takdirnya. Harus terima dengan redha. Ashman Aidil, terima kasih untuk segala-galanya. Walau di mana saja dia berada, aku harap dia bahagia di sisi yang tersayang.


****

Sudi2kanlah komen hehehehehee ;p thank u.

Wednesday 4 March 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 14

SEJAK kebelakangan ini, Ashman Aidil dingin benar dengan aku. Entah apa puncanya aku sendiri tak pasti. Semua orang pun bingung dengan perubahan sikapnya yang mendadak itu. Boleh kira berapa patah perkataan yang keluar dari bibirnya bila bercakap dengan aku. Kalau bercakap pun, yang penting-penting saja. Apa yang boleh aku katakan hubungan kami sudah tidak seperti dulu. Segala-galanya terasa hambar sekali.

Lama aku mengelamun di depan komputer. Naik serabut kepala memikirkan tentang Ashman yang seolah-olah cuba menjauhkan diri. Aku ingatkan dia jadi macam ni sebab stress dengan kerja. Tapi dah nak masuk seminggu, tetap juga macam itu. Apa puncanya dia jadi begini? Aku ada buat salah atau dia yang memang dah tak mahukan aku lagi? Aku menghela nafas berat. Aku harap andaian ini salah. Aku harap Ashman takkan berubah hati kerana aku tidak sanggup kehilangannya.

Sudah penat hendak terus berteka-teki. Aku bingkas bangun dan turun ke bawah. Seminggu macam ni dah cukup untuk buat aku kena migrain tahap kronik. Semuanya harus diselesaikan di sini juga. Aku dan Ashman perlu berbincang. Kalau tidak sampai bila kami nak macam ni?

“Mama, mana Abang Ash?” soalku pada mama di dapur.

“Ada dekat luar tu. Tengah buat apa entah?”

“Biar Ad pergi tengok dia kejap.”

Laju aku melangkah ke pintu. Seketika, aku tercegat di situ. Ralit merenung Ashman yang sedang duduk bersila di tepi swimming pool. Mengelamun jauh nampaknya tu. Aku menggeleng perlahan. Apa dah jadi dengan dia ni? Dia ada masalah ke? Termenung memanjang. Naik runsing aku melihatnya. Ashman langsung tak sedar akan aku yang sudah berdiri di belakangnya. Berkhayal tak ingat dunia!

“Ehem!”

Ashman yang sedikit terperanjat, berpaling. Aku mengukirkan senyuman paling manis buatnya, namun Ashman hanya membalasnya dengan riak keruh di wajahnya. Dia memandang ke depan semula. Sedikit tersinggung dengan layanan dinginnya itu. Tidak ada lagi tawa atau gurau senda. Hubungan kami kian renggang dari hari ke hari dan itu menyebabkan aku semakin tertekan. Entah di mana silapku sehinggakan dia tergamak menyisih aku begini.

“Boleh Ad duduk sini?”

Ashman hanya mengangguk. Masih juga tak bercakap walau sepatah. Ada berlian agaknya dalam mulut tu! Segera aku duduk bersila di sebelahnya. Sejuk betul malam ni. Nak hujan agaknya. Laju tanganku mengusap-usap lengan sendiri. Aku membisu sejenak. Tercari-cari ayat untuk diluahkan. Buntu. Tak tahu bagaimana harus aku memulakan kata.

“Abang, esok kita keluar tengok wayang nak? Ada cerita hantu baru keluar. Abang mesti suka. Ad tengok trailer dia aje pun dah rasa seram. Kita pergi ya?” aku memulakan perbualan. Entah apa-apa Adryana ni. Tiba-tiba je ajak tengok wayang. Lantaklah! Janji ada topik untuk dibualkan okeylah.

Ashman mengeluh kecil. “Malaslah.”

“Keluar jumpa kawan boleh. Dengan Ad malas. Sampai hati..” aku buat-buat merajuk. Tapi memang terasa pun sebenarnya. Pelawaanku ditolak! Baru-baru ni empat malam berturut-turut dia keluar dengan kawan. Keluar lepas Maghrib, tengah malam buta baru balik. Bila tanya jumpa siapa, taknak cakap. Itu yang aku tak sedap hati tu. Dia dah lain sangat sekarang. Dulu Ashman mana nak keluar rumah. Yelah, awek depan mata. Nama pun serumah.

Ashman membungkam lama. Pandangannya dilemparkan terus ke arah kolam renang di depan. Aku kat sebelah dibuatnya macam tak wujud. Nampak gaya taktik aku tak menjadi. Ingatkan naklah dia pujuk, tapi hampeh! Sikit pun dia tak peduli! Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Apa yang harus aku lakukan agar dia kembali seperti dulu?

“Apa dah jadi dengan kita? Semuanya dah tak sama macam dulu. Abang tiba-tiba je berubah, sisihkan Ad. Ad tak tahu apa salah Ad. Sakit kepala Ad fikirkannya.” Terluah jua akhirnya apa yang dipendam selama ini.

“Kalau macam tu jangan fikir apa-apa. Habis cerita.”

Aku memandang lelaki itu dengan rasa tak percaya. Dari cara percakapannya itu sudah cukup untuk menjelaskan semuanya. Dia memang dah tak mahu pedulikan aku lagi! Wahai hati, bertabahlah!

“Abang memang dah berubah. Let me guess, mungkin Hanislah puncanya abang jadi macam ni, kan?” lancar aku melontarkan kata-kata. Memang inilah apa yang aku rasa. Tentu saja perempuan itu puncanya. Dah lama aku perasan, Ashman jadi macam ni sejak dari hari yang tok pa cakap Hanis pergi jumpa dia tulah.

“What are you talking about?” soal Ashman sedikit terkejut.

Aku tersenyum sinis. “Abang ingat Ad tak tahu dia pergi jumpa abang hari tu? Kalau tak kerana tok pa yang beritahu, rasanya sampai kiamat pun abang tetap akan berahsia dengan Ad. Am I right?”

Ashman kelu membisu. Dan kebisuannya itu telah menjawab segala-galanya. Aku dah tak perlukan apa-apa penjelasan lagi. Semuanya dah cukup jelas! Terang lagi bersuluh!!

“Apa yang dia nak dari abang?” soalku lagi.

Pertanyaanku dibiarkan sepi tanpa jawapan. Dia seakan keberatan hendak bersuara. Selang beberapa saat, telefon bimbit di atas pehanya berbunyi. Membuntang mataku tatkala terlihat nama pemanggil yang tertera di skrin Iphone miliknya. Hanis!!

Panggilan itu segera dijawab. Dia bingkas bangun dan terus meluru masuk ke rumah, tidak mahu perbualannya didengar. Aku ditinggalkan terkulat-kulat di situ. Sukar untuk aku percaya dengan semua ini. Kenapa dia nak kena lari macam tu? Tak boleh ke cakap je depan aku? Atau sebenarnya ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuanku? Ya Allah, sesak dadaku memikirkannya.

Sejak akhir-akhir ini, kerap benar Hanis mencarinya. Kenapa agaknya ya? Ashman ada hubungan sulit dengan dia ke? Tak!! Tak mungkin!! Bukan ke Ashman tak suka dia? Kan Ashman kata dia tak pernah cintakan Hanis!! Atau mungkin saja dia sudah mula membuka pintu hatinya buat gadis itu pula. Tidak!! Aku harap ini semua hanyalah mimpi ngeri!! Ianya pasti akan berakhir nanti!!



SELESAI membeli-belah di Pavilion, aku singgah sebentar di KZ Holdings. Tujuan aku ke sini sebenarnya untuk bertemu Ashman dan mengajaknya makan tengahari bersama-sama. Mulanya ingat nak ajak tok pa sekali, tapi baru ingat hari ni tok pa puasa sunat Isnin. Tok pa memang rajin buat puasa sunat ni, tiap-tiap minggu pulak tu. Tabiklah! Tinggal beberapa minit saja lagi nak ke pukul 1. Tapi sebelum tu wajib jumpa tok pa dulu. Aku bergegas ke biliknya. Sempat bertukar senyuman dengan beberapa orang staf tok pa yang sibuk dengan urusan masing-masing.

“Assalamualaikum, tok pa. Sibuk ke?” soalku setelah pintu dikuak sedikit.

“Waalaikumussalam. Taklah sibuk sangat. Masuklah.” arah tok pa sambil matanya tertumpu pada dokumen di atas meja.

“Kenapa tak cakap nak datang?” tanya tok pa lagi setelah aku duduk di kerusi yang bertentangan dengannya di meja itu.

“Bukan taknak cakap, tapi tadi masa nak telefon kredit pulak tak ada. Ingat nak jumpa Abang Ashman. Dia ada ke?”

“Ada. Pergilah jumpa dia.”

Aku angguk. Segera bergerak ke bilik Ashman, bersebelahan dengan bilik tok pa. Berdebar semacam nak jumpa Ashman kali ni. Apa lagi lelaki itu sudah tidak sama seperti dulu. Setiap kali hendak bersua mata dengannya, buat aku terasa kekok dengannya.

“Hai, abang.” sapaku sebelum masuk ke biliknya. Walaupun aku ni bukan orang lain dengan dia, tapi tak bolehlah main redah saja. Selagi dia tak suruh masuk, aku takkan masuk.

Ashman yang leka menghadap komputer, memandang sekilas. Macam biasalah, langsung tak senyum.

“Hai..” balas Ashman acuh tak acuh.

“Boleh Ad masuk?”

Ashman mengangguk perlahan. Aku terus meluru ke mejanya dan duduk di situ. Seperti yang sudah dijangka, dia tak sikit pun mempedulikan aku. Diri ini tak ubah seperti tunggul kayu.

“Busy ke?” Takut-takut aku menyoal. Aku datang tak kena masa ke ni? Sibuk semacam dia ni. Ke buat-buat sibuk?

“Boleh tahan. Kenapa?” Mata Ashman masih tertumpu sepenuhnya pada skrin komputer. Jari-jemarinya bergerak laju menaip sesuatu.

Aku mengerling jam sepintas lalu. “Dah nak masuk waktu lunch ni. Makan sama-sama nak?”

“Maaf tapi abang tak boleh. Ad ajak tok pa jelah.”

“Tapi Ad nak makan dengan abang. Tok pa puasa.” Aku tak putus asa walau sedikit hampa. Bukan main banyak alasan dia sekarang.

“Ajaklah orang lain. Abang tak boleh. Abang dah janji dengan kawan.”

Aku mengeluh hampa. Kawan lagi. Sikit-sikit kawan. Selalu sangat keluar dengan kawan sampai aku pun terabai. Tergamak betul Ashman buat aku macam ni.

“Buat penat je Ad drive datang sini.” Aku sudah mula hendak merajuk.

“Abang suruh Ad datang ke? Takde, kan?!” Nada Ashman sedikit meninggi. Tajam matanya merenung wajahku.

Aku terpempan. Dah kenapa dengan Ashman ni? Tiba-tiba saja naik angin. Tahu nak marah orang je sekarang. Pantang salah cakap sikit terus melenting tak tentu pasal.

“Ad cuma nak luangkan masa dengan abang, takkan itu pun salah?” Situasi bertambah tegang bila suaraku juga naik satu oktaf. Selama ini aku sentiasa bersabar dengannya, tapi dia tak sudah-sudah ingin menyakiti aku. Sengaja cari pasal. Sejuknya penghawa dingin di dalam bilik ini langsung tidak mampu menyejukkan hati yang membara. Makan hati betul dengan Ashman Aidil ni.

Ashman melepaskan keluhan berat. Aku cuma diam, tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk tidak bergaduh dengan dia. Niat aku ke sini pun hanya satu, mahu menjernihkan hubungan yang semakin keruh. Tapi kenapa Ashman tak pernah nak layan aku baik-baik? Demi Allah hati ini teramat rindukan dia yang dulu.

Nada dering dari telefon bimbit Ashman memecah keheningan yang tercetus antara kami sejak beberapa saat tadi. Lambat-lambat dia mencapai fon di atas mejanya.

“Ya, Hanis. You dah sampai ke? Ok. I baru nak keluar ofis. Lagi 20 minit I sampai.”

Panas telingaku setiap kali nama itu meniti di bibir Ashman. Hanis rupanya. Barulah aku mengerti sekarang. Semuanya sudah jelas. Aku yakin, memang Hanislah penyebab Ashman bersikap dingin terhadapku. Hubungan ini kian goyah disebabkan perempuan itu.

Aku menundukkan wajah, cuba menyembunyikan anak mata yang sudah basah. Ashman tak tahu betapa sengsaranya aku ketika ini. Namun aku tidak mahu tampak lemah di matanya. Aku segera bangkit. Sedar yang aku sebenarnya tidak dialu-alukan di sini. Beg tangan atas meja dicapai dan aku terus beredar pergi. Jauh di sudut hati aku berharap dia akan mengejar dan memujukku semula, tetapi hampa. Itu tidak mungkin terjadi. Aku berlari anak meluru ke arah lif yang hampir tertutup. Sempat aku berpaling ke belakang, masih berharap dia akan muncul dan menghalang aku pergi. Namun bayangnya tetap tidak kelihatan. Tanpa aku sedar, air mata sudah mengalir membasahi pipi.



FON di tangan aku genggam kemas. Tak tahu nak telefon Ashman atau tidak. Mengingatkan kejadian di pejabat tadi membuatkan aku jadi tawar hati. Tapi merajuk pun tak guna sebab Ashman takkan pujuk. Nak telefon dia ni pun semata-mata nak ajak dia keluar lepas office hour nanti. Harapnya dia takkan menolak. Call sajalah, Ad. Dia setuju atau tidak itu belakang cerita. Yang penting cuba dulu baru tahu.

“Hello.” Lembut suara di hujung talian.

Dahiku berkerut. Aik? Macam kenal je suara ni?

“Hello. Kak Hanis ke tu?”

“Ya. Kau nak apa?” soal Hanis agak kasar.

Panas hatiku mendengarkan cara Hanis bercakap. Tak tahu hormat orang langsung! Tapi hati ini lebih sakit bila dapat tahu Ashman dah berani bagi orang lain pegang telefon dia. Siap tolong jawab call pula tu! Melampau sungguh!

“Ad nak cakap dengan Abang Ash. Mana dia?”

“Dia kat surau.”

“Macam mana pulak handphone dia ada dengan Kak Hanis?” terpacul soalan itu di bibirku. Kak Hanis, Kak Hanis. Orang macam dia ni tak layak panggil kakak. Tapi sebab fikir dia lebih tua dari aku, jadi aku kenalah hormatkan dia. Bimbang nanti dikatakan biadab.

“Hei, aku ni girlfriend dia! Mestilah dia bagi aku pegang fon dia!! Yang kau dengki sangat kenapa?!” jerkah Hanis. Nyaring suaranya menampar gegendang telingaku.

Berderau darahku mendengar perkataan yang terbit dari bibir Hanis.

“Girlfriend?”

Hanis tertawa sinis. “Terkejut? Kau tak tahu ke yang kami sekarang dah jadi pasangan kekasih?”

“Tapi.. kami..” kata-kataku terhenti di situ. Pasangan kekasih? Betul ke apa yang aku dengar ni? Sejak bila dia orang couple? Ashman tak beritahu apa-apa pun? Adakah apa yang aku takutkan selama ini sudah pun terjadi? Aku menggenggam cadar katil kemas dan kuat. Segala macam perasaan menjalar ke hati. Marah, geram, sedih. Semuanya bersatu.

“Ash kata korang dah lama putus! Jadi lepas ni tak payahlah terhegeh-hegeh cari dia lagi. Dia dah taknak kat kau dah! Ashman cakap dia dah bosan dengan kau. Tahu tak?!”

Hatiku rasa tersayat. Pedih. Teramat pedih! Sukar untuk aku mempercayainya. Tak mungkin Ashman sanggup buat macam tu. Tak mungkin!! Mataku terasa panas.

“Kak Hanis bohong!! Ad tak percaya Abang Ashman cakap macam tu!!” bergetar nadaku menahan sebak. Tanpa sedar air mata sudah mengalir laju di pipi.

“Terpulang. Belajarlah terima hakikat yang kau sebenarnya tidak ditakdirkan untuk Ashman. Aku yang menjadi keutamaannya sekarang. Dia pilih aku kerana dia sedar aku yang lebih layak untuk dia, bukan kau!!” sembur Hanis lagi. Puaslah hati dia sekarang! Apa yang diidamkan sudah menjadi miliknya.

Menggigil tubuhku menahan tangis. Aku menggeleng berkali-kali, menidakkan apa yang diperkatakan Hanis. Perempuan ini busuk hati. Mungkin saja apa yang dikatakan itu dusta belaka. Aku tak mahu percaya!! Namun seandainya memang itulah yang terjadi, bermakna aku sudah terpedaya dengan kebaikan Ashman selama ini. Rupa-rupanya dia sama saja seperti yang lain. Hanya tahu mempermainkan hati gadis seperti aku. Ashman kejam!!!

“Kami teramat bahagia sekarang dan aku takkan biarkan kau musnahkan hubungan kami! Ingat tu!!” sambung Hanis lantas talian segera diputuskan.

Aku menyembamkan wajah ke bantal, meraung semahu-mahunya. Tidak terkawal lagi esak tangisku. Bayangan wajah Ashman bermain-main di mata. Kenapa Ashman sanggup berbuat begini? Kenapa harus aku yang menjadi mangsanya? Apa dosa aku? Aku fikir dia benar-benar sudah berubah. Namun ternyata aku silap. Dia masih Ashman Aidil yang sentiasa ingin menyakiti hati Nur Adryana. Aku benci dia!! Benci!!!

Sabarlah, Ad. Ingatlah yang cinta itu tidak semestinya memiliki dan memiliki juga tidak semestinya cinta. Jika ini yang Ashman mahukan, jika ini yang membahagiakan dia, biarlah aku yang beralah. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya. Kalau dia sudah tidak perlukan aku, aku rela pergi membawa diri.

Perlahan aku bangkit dari pembaringan. Air mata di pipi aku seka dengan belakang tangan. Mata dah bengkak akibat terlalu banyak menangis. Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Tanpa berfikir apa pun lagi, aku segera mengambil luggage berwarna merah jambu di tepi wardrobe dan membawanya ke katil. Semua pakaian dalam almari aku capai dan sumbat ke dalamnya. Tak tinggal satu pun. Aku tidak tahu ke mana harus aku pergi. Yang aku tahu, aku harus segera beredar dari sini.


***************

Komen please. ;) Thanks!