Thursday 29 January 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 9

KELUAR dari kelas, aku terus mengambil fon dalam beg. Ada dua missed calls dari Ashman. Aku tak perasan sebab fon dalam mode senyap. Aku segera menelefon Ashman semula. Hanya beberapa saat, panggilanku berjawab.

“Abang, sorry tadi tak jawab call. Ad dalam kelas.” beritahu aku sebaik suara Ashman kedengaran di hujung talian. Lambat-lambat aku berjalan di belakang Naura menuju ke kafe.

“It’s ok. Abang cuma nak beritahu abang nak ke Bentong lepas ni. Ambik member abang dekat sana. Kereta dia rosak tiba-tiba.”

“Ooo.. rosak teruk ke?” tanya aku. Sejak dah couple ni, kalau nak ke mana-mana Ashman mesti akan beritahu aku dulu. Aku pun sama.

“Entah. Dia kata dah try start banyak kali pun tak jalan. Kesian dia. Dari jauh tu datang nak jumpa kawan-kawan kat sini.”

“Abang pergi sorang je?”

“Tak. Dengan Fiq. Tunggu dia datang ambik kejap lagi. Sayang dah lunch?” soal Ashman pula.

Tanpa sedar aku tersenyum sendiri. Sedap telinga ni dengar dia panggil sayang. Dah tukar panggilan terus sejak couple hari tu. Aku saja yang masih bahasakan diri Ad. Dah terbiasa macam tu.

“Baru nak pergi lunch dengan Naura. Abang?”

“Baru lepas. Sayang jangan makan lambat, ok? Nanti kena gastrik macam hari tu pulak.” Nada Ashman kedengaran risau.

Aku senyum meleret. Terasa diri ini begitu disayangi. Sumpah aku bahagia!! Siapalah yang tak suka bila dapat boyfriend yang caring sangat macam Ashman Aidil ni? I am the lucky one! Betul kata Naura, lelaki macam Ashman Aidil satu dalam sejuta.

“Baiklah, abang sayang. Janganlah risau sangat. I’ll be fine.” balas aku lembut.

“Nama pun buah hati. Mestilah abang risau.” ujar Ashman.

Aduh!! Aku cair!

“Ye.. tau orang tu sayang sangat kat kita, sebab tu 24/7 risaukan kita. Kan?”

“Tahu takpe!” Ashman ketawa. “Oklah, sayang. Fiq sampai dah. Nanti abang call lagi.”

Alaa.. cepatnya kawan dia sampai! Tak puas lagi nak borak. Nak buat macam mana? Dia ada hal. Mengada-ngadalah pulak aku ni. Macamlah tak boleh call lagi nanti.

“Ok. Be safe.”

“Insya-Allah. Sayang jangan nakal-nakal tau dekat sana. Jangan main mata dengan student atau lecturer kat situ. Abang babab nanti.”

Aku ketawa. “Ke situ pulak dia. Orang tak nakal laa.. orang baik! Abang tu yang kena jaga mata. Kalau Ad tahu abang menggatal, siap abang!”

“Eee.. garangnya!! Yelah, sayangku. I promise I won’t. Oklah sayang, abang nak gerak dah ni. Take care, my princess. I love you!”

“Insya-Allah. I love you too!”

Talian sudah dimatikan dan aku masih tersenyum. Nasib baiklah Naura tak nampak. Kalau tak gerenti teruk aku kena sakat!



“AD!”

Aku terus menoleh ke arah suara itu. Jepp yang menggalas beg Adidas menghampiri aku yang sudah 10 minit tercegat di tepi kereta Naura. Entah ke mana perginya tuan empunya MyVi ni. Tadi ada, ni tiba-tiba hilang pulak. Aku dah tak sabar nak balik.

“Ada apa, Jepp?” tanya aku.

“Awak nak pergi mana ni?”

“Tak pergi mana. Tengah tunggu Naura lepas tu balik. Kenapa?”

“Alaa.. tak payahlah balik lagi. Jom keluar minum. Lepak Starbucks. Ok tak?”'

Lepak? Hish! Si Jepp ni memang tak kenal apa itu putus asa. Dari hari tu sampai sekarang, gigih ajak aku keluar.

“Thanks but no thanks. Saya tak boleh. Sorry.” Aku menolak secara baik. Bayang wajah Ashman bermain-main di mata. Kalau aku keluar dengan Jepp, mahu mengamuklah yang seorang tu! Dia dahlah anti gila dengan Jepp. Jangan cari pasal oi!

“Alaa.. masuk yang ini dah dua kali awak tolak pelawaan saya. Kenapa?” hampa nada Jepp.

“Ada orang marah.”

“Siapa?”

“Boyfriend saya.”

“Aik? Sejak bila? Bukan ke awak ni single lagi?”

Aku hanya tersenyum. Sengaja biarkan dia berteka-teki.

“Patutlah sombong je sekarang. Pandang kita pun tak. Dah ada yang lain rupanya. Siapa si dia yang bertuah tu? Student kat sini jugak?”

Aku geleng kepala. Agak-agak macam mana reaksi dia kalau tahu Ashmanlah kekasih aku. Pengsan kut? Tak sempat pertanyaan Jepp hendak dijawab bila datang sebuah kereta berhenti betul-betul di depan kami. Ashman Aidil!! Habislah! Apa aku nak jawab nanti kalau dia nampak aku dengan Jepp kat sini?

“Siapa tu?” berkerut dahi Jepp dengan matanya dihalakan ke arah Volkswagen hitam itu.

“Ashman. Dialah boyfriend saya.” jawab aku sambil tersenyum senang. Sedikit terkejut dengan kehadiran si dia yang muncul tiba-tiba. Tak cakap pun nak datang tapi tak kisahlah. Terubat rindu di hati. Heheh!

“What?! Serious?!”

Nak tergelak pula aku tengok muka Jepp. Terkejut habis dia! Aku mengangguk perlahan, sebagai jawapan kepada pertanyaannya itu. Aku segera mendapatkan Ashman yang baru keluar dari kereta.

“Abang, tak cakap pun nak datang?”

“Saja nak surprisekan awek abang.” Ashman menanggalkan cermin mata hitamnya.

Ashman melirik ke arah Jepp sekilas. Mereka berbalas senyum, tapi apa yang aku nampak senyum Ashman tu macam senyum yang dibuat-buat!! Macam tak ikhlas je tu?

“Nak pergi mana ni?”

“Nak balik tapi tengah tunggu Naura. Mana entah dia pergi. Missing in action pulak.”

“Biar abang hantarlah. Nanti sayang cakap kat dia. Jom.”

Aku angguk. Ashman pantas membukakan pintu untukku. Cermin mata hitamnya dipakai semula.

“Bye, Jepp. Saya balik dulu.” pamit aku sebelum masuk ke perut kereta.

Jepp yang sedari tadi memerhati hanya senyum hambar dan terus berlalu pergi. Aku kerling pula pada Ashman yang duduk di tempat duduk pemandu. Serius bukan main mukanya. Aiyarkk!! I'm dead meat!



TADI Ashman kata nak hantar aku balik. Tapi tiba-tiba pula tukar fikiran dan terus ajak aku pergi Burger King. Katanya dah lama tak makan fast food. Aku ikutkan saja sebab aku sendiri pun tak puas lagi nak berdating dengan dia sebenarnya.

“Mamat tu nak apa tadi?” tanya Ashman serius.

Aku yang baru hendak menyedut milo ais, tercengang.

“Mamat? Mamat mana?”

“Si Jepp tu la. Sembang apa dengan dia tadi?”

“Oh, tadi ke? Dia ajak Ad keluar.” Jawab aku jujur. Patutlah masam je muka dia. Ini mesti kes tak puas hati dengan Jepp la ni. Getusku dalam hati.

“What?! Ajak pergi mana?” mata Ashman membuntang.

“Lepak Starbucks.”

“Bukan main lagi, kan? Habis tu sayang memang nak ikut dia la tadi?”

“Mana ada? Ad cakap dekat dia yang Ad tak boleh keluar dengan dia sebab boyfriend Ad marah.”

Ashman diam. Bersandar pada kerusi sambil menyilangkan tangan ke dada. Dia merenung aku dengan riak tegang.

“Kalau abang takde tadi mesti sayang dah ikut dia, kan?”

“Abang ni kenapa cakap yang bukan-bukan? Ni yang Ad tak suka ni.” tuturku geram. Ashman macam sengaja hendak memperbesarkan hal remeh. Dah aku terangkan semuanya pun masih tak percaya. Kotak kentang goreng di tangan aku letak semula ke meja. Dah hilang selera nak makan.

“Ok, ok. I’m sorry.”

Aku berkalih pandang ke lain.

“Senang je cakap sorry. Cara abang cakap tadi tu macam abang tak percayakan Ad je.” Aku menjelingnya tajam.

“Jangan-jangan memang betul abang tak percayakan Ad, kan? Abang rasa Ad ni tak serius dengan abang? Macam tu?” sambung aku lagi bila Ashman cuma diam tanpa kata.

Ashman menggeleng. “Taklah, sayang. Sumpah tak terlintas langsung dalam fikiran abang macam tu.”

Kami membisu sejenak. Ashman merenung aku lembut. Dahlah jarang jumpa. Bila jumpa nak bergaduh pulak. Sabar ajelah banyak-banyak.

“Abang cemburu tengok Jepp dengan sayang. Sebab tu abang jadi macam ni.” ujar Ashman dengan nada mendatar.

“Tak ada apa yang perlu dicemburukan, abang. Abang sendiri tahu hati Ad pada siapa sekarang, kan?”

“Sorry, sayang. Abang cuba taknak ikutkan emosi ni sangat. Tapi bila nampak Jepp tu je, dah rasa semacam dah.”

“It’s okay. Cemburu tandanya sayang. Kalau Ad jadi abang pun Ad jealous.”

“Tahu pun. Tapi baguslah kalau Jepp dah tahu abang ni boyfriend sayang. Harapnya lepas ni dia takkan kacau sayang dah. Kalau kacau jugak siaplah abang belasah!”

Aku menahan tawa. Boleh tahan kuat cemburu jugaklah Ashman Aidil ni.

“Samsengnya dia! Dahlah. Taknaklah cakap pasal Jepp tu. Tak best. Cakap pasal benda lainlah pulak.”

“Cakap pasal kahwinlah. Boleh kita plan untuk majlis kita nanti.” Ashman tersengih.

Erk!! Kahwin pulak!

“Lambat lagilah yang tu!”

“Lambat apanya? Sayang dah tak lama dah nak habis belajar. Lepas tu kita proceedlah dengan rancangan kita ni.”

Aku tergelak. Belum apa-apa dah fikir pasal kahwin. Tapi baguslah, setidak-tidaknya dari situ aku tahu Ashman Aidil serius dengan hubungan ini dan dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa yang seterusnya. Kalau sesetengah lelaki, sebut kahwin je terus tukar topik. Nampak sangat tak minat cakap pasal tu.

“Nervous la pulak cakap bab kahwin ni.” kata aku.

“Nervous ke tak sabar?”

“Abang ingat Ad macam abang ke? Gatal nak kahwin!”

“Abang gatal nak kahwin sebab tak sabar nak menggatal dengan bakal isteri abang yang comel ni.” Ashman tersenyum nakal.

“Eee.. naughtynya abang!!” aku ketawa mengekek-ngekek. Panas mukaku bila dia cakap macam itu. Makin lama makin terserlah perangainya yang sebenar.

Ashman tergelak sama. Ceria. Dalam hati aku berdoa agar perhubungan ini akan kekal selama-lamanya. Moga apa yang kami impikan menjadi kenyataan. Amin.

Friday 23 January 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 8

TADI tok pa telefon ajak makan tengahari dengan dia. Kali ni aku drive sendiri ke pejabat tok pa sebab tak mahu susahkan Pak Alan. Berkobar-kobar aku ke sini. Mengharap dapat jumpa Ashman tetapi hampa, dia tak ada. Pak Alan kata dia ada urusan di luar dan tak tahu bila dia akan balik. Semua ini buat aku jadi tak tentu arah. Malam tadi tidur pun tak lena, asyik fikirkan dia. Mesej tidak, telefon pun tidak. Setiap masa ternanti-nanti. Baru aku sedar, semua yang aku alami ini sama dengan apa yang aku baca dalam blog. Inilah petanda yang aku sudah dilamun cinta!!

Aku bersandar pada kereta, sabar menanti tok pa di bawah. Malas nak masuk sebab tak mahu terserempak dengan Hanis. Dia kan tak suka aku datang.

“Eh, Ad! Buat apa kat sini?” tegur seseorang.

Aku tersentak. Pantas menoleh ke arah empunya suara itu. Hanis berdiri tidak jauh dari keretaku. Aku tersenyum paksa. Kita punyalah nak elak dia, tapi terjumpa jugak kat sini.

“Ad tunggu tok pa. Nak keluar lunch dengan dia kejap lagi.”

“Ooo.. baguslah. Aku ingatkan kau nak berkepit dengan boyfriend aku lagi!” sindir Hanis.

“Kak.. Kak Hanis cakap apa ni? Ad tak faham.” berkerut dahi aku. Aku berkepit dengan boyfriend dia? Bila masa? Kenal pun tidak! Dia cakap apa sebenarnya ni?

“Pandainya kau berlakon!! Ashman!! Ashman tu kekasih aku!!”

Aku terpempan. Hanis maksudkan Ashman rupanya. Ashman kekasih dia? Habis, yang aku nampak dengan dia dekat shopping mall hari tu siapa? Dan sejak bila pula dia couple dengan Ashman?

“Tapi kami tak ada buat apa-apa pun. Kenapa Kak Hanis cakap macam tu?” soalku yang masih cuba berlembut. Masih ingin menghormati dia yang lebih tua dari aku. Kalau dia pangkat adik pun, aku takkan balas balik.

“Kau ingat aku bodoh sangat?! Berkepit ke hulu ke hilir dekat shopping mall tu kau kata tak ada apa-apa?!” tengking Hanis dengan mata yang sengaja dicerlungkan.

Aku tarik nafas dalam. Cuba bersabar walau hati sudah membara. Sesedap rasa dia tengking aku. Mujur di luar ni bising dengan bunyi kenderaan yang berpusu-pusu di jalan raya. Kalau tak sampai ke dalam ofis pun boleh dengar sama! Patutlah kalau dia bengang sangat. Dia pun nampak aku dengan Ashman hari tu. Ingatkan tak perasan!

“Mentang-mentanglah kau ni cucu kesayangan Haji Kamarul, kau ingat boleh dapat apa saja yang kau nak?” Hanis masih belum puas menghamburkan kemarahannya.

Kesabaranku kian menipis. Ringan tangan aku ni nak tampar dia. Tapi, relaks! Aku takkan kotorkan tangan aku menyentuh makhluk sepertinya. Kalau aku buat jugak, maknanya aku ni sama saja dengan dia!

“Oopppss.. Bukan cucu kesayangan, tapi cucu angkat!!” Hanis tertawa sinis, menjengkelkan.

Aku beristighfar perlahan, berkali-kali. Sabar, Ad. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Sedari tadi, aku biarkan saja perempuan itu mengherdik dan mencaci aku sepuas hatinya. Biarkan dia. Nanti bila dia dah penat, dia diamlah.

“Entah celah longkang mana mama Ashman kutip kau!! Dasar perempuan tak sedar diri!!”

“Hanis!” kuat suara garau itu menyergah.

Hanis tersentak. Aku toleh ke belakang. Tatkala melihat insan yang sedang berjalan ke arah kami, hati melonjak girang. Ashman is here!!

“Ash..” Hanis sudah kehilangan kata-kata.

“Ada masalah ke?!” soal Ashman yang sudah berdiri di sisiku. Tajam matanya merenung Hanis.

Hanis punyalah menggelabah sampaikan pertanyaan Ashman pun tak terjawab.

“Asal diam?! Dah puas hina orang?!” nada Ashman meninggi.

Aku tidak berkata sepatah. Melihat muka Ashman yang merah padam menahan marah, buat aku tak berani nak menyampuk. Hari tu dia marah aku tak macam ni pun. Tapi kali ni lagi dahsyat! Takut! Mungkin Ashman dah dengar semuanya, sebab itulah dia naik berang.

“Kenapa you benci sangat dengan Ad? Sejak dari dulu lagi you sakit hati dengan dia! Kenapa?!”

“Sebab perempuan tak sedar diri ni cuba rampas you dari I!!”

Mulut aku terkunci rapat. Hanis ni kenapa? Disampuk setan ke? Setahu aku Ashman tak pernah ada hubungan dengan dia. Macam mana boleh wujud istilah rampas?

“Rampas? You sedar tak apa yang you cakap ni? I tak pernah jadi hak you pun!!”

Kan betul aku cakap? Perempuan ni je yang syok sendiri, terhegeh-hegeh nakkan Ashman. Sedangkan dia dah ada yang lain. Tamak haloba! Aku pandang ke arah pintu masuk bangunan KZ Holdings milik tok pa. Bayang insan yang ku sayang itu masih belum kelihatan. Lega! Janganlah tok pa turun sekarang. Entah apa akan jadi kalau tok pa tahu Hanis sengaja buat kecoh kat sini.

“Sayang, how could you?! You tahu I cintakan you!!”

“Tapi I tak cintakan you!! Tolonglah. Sebelum you hina orang, ada baiknya you cermin diri dulu. Adryana jauh lebih mulia hatinya dari you!!”

“I hina dia. Kenapa you pulak yang nak melenting?! Kenapa you beriya sangat bela dia? Tolong jangan cakap yang you cintakan dia!!”

“You hina Ad, tapi I yang terasa sakitnya. I takkan biarkan sesiapa pun sakiti dia!! Untuk pengetahuan you, memang I cintakan dia dan itu bukan urusan you!”

Aku terkedu. Setiap butir bicaranya menusuk ke kalbu. Terharu melihat bagaimana dia mempertahankan aku. Yang membuatkan aku lebih tersentuh, bila lelaki itu akhirnya mengakui isi hatinya. Ashman cintakan aku!!

“No!!! Tak adil you buat I macam ni!!!” Hanis menjerit marah. Bahu Ashman ditolak kuat.

“Dahlah! Buang masa je layan you ni!”

Ashman meraih lenganku, ingin membawa aku pergi namun pantas dihalang oleh Hanis.

“Ashman, please don’t do this to me! I sayang you!!” rayu Hanis sambil memegang erat tangan Ashman.

Ashman segera menepis tangan Hanis yang tidak mahu melepaskan. Aku pula sudah kelu untuk berbicara.

“Leave us alone!!” keras nada Ashman. Malas hendak mempedulikan Hanis, dia terus menarik aku ke keretanya. Ke mana dia nak bawa aku pergi aku tidak pasti. Aku hanya menurut tanpa kata.





MASA dalam kereta tadi Ashman dah call tok pa, beritahu yang dia nak bawa aku pergi lunch. Mujur Ashman tak beritahu tentang insiden tadi. Dia cuma kata kami ada sesuatu yang hendak dibincangkan. Ternyata tok pa sangat memahami. Tanpa banyak soal dia izinkan.

Sebaik kami tiba di Putrajaya, Ashman terus mengajak aku makan di Restoran Slero D’Timur. Aku tanya kenapa sampai sini dia bawak aku, katanya cuma mahukan ketenangan dan jauh dari Kuala Lumpur. Lepas itu aku tak berani nak tanya lebih-lebih, sebab setiap kali pandang muka serius dia aku tahu dia tengah bad mood. Sudah tentulah semuanya berpunca dari kejadian tadi.

Masuk restoran, kami terus duduk dan order makan. Aku order kuey teow tom yam dengan air suam. Ashman pula order kuey teow goreng dengan teh ais. Sememangnya kami ini penggemar kuey teow. Aku lihat ke sekeliling. Pertama kali datang sini. Boleh tahan cozy juga restoran yang menghadap tasik ini. Dari sini boleh nampak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin a.k.a Masjid Besi. Sangat cantik dan mendamaikan! Orang pun taklah ramai sangat. Kalau nak lepak lama-lama pun tak serabut.

Telefon Ashman berbunyi. Namun dengan selambanya dia mereject panggilan tersebut. Fon dimatikan dan disimpan dalam poket.

“Kenapa tak jawab call tu?” tanya aku. Dari tadi aku perhatikan tingkahnya.

“Panggilan tak penting. Kawan abang. Malaslah nak jawab. Tak mahu diganggu.” Jawab Ashman bersahaja sambil merapatkan badan ke meja.

Aku diam lagi. Masih terngiang-ngiang apa yang diluahkan Ashman sebentar tadi.

“Betul ke apa yang abang cakap dekat Hanis tadi? Abang cintakan Ad?” aku mula bersuara. Ingin mendapatkan kepastian.

Perlahan Ashman mengangguk. Reaksi yang menjawab segala persoalan. Matanya dihalakan ke mataku.

“Sejak bila?” tanya aku lagi.

“Sejak dari dulu lagi. Bukan abang sengaja memendam rasa, cuma abang takut Ad takkan dapat terima semua ni.”

Ashman berjeda.

“Abang cemburu bila dapat tahu Ad rapat dengan Jepp. Dan abang jadi takut, takut kehilangan Ad. Sebab tu abang sanggup tipu tok pa. Abang tahu bila jadi macam tu tok pa takkan benarkan Ad keluar dengan dia lagi. Dengan cara itu saja abang boleh jauhkan Ad dari Jepp. Tapi abang tak sangka kerana tindakan abang tu juga yang membuatkan Ad semakin jauh dari abang.” sambung Ashman panjang lebar.

Sekarang baru aku faham. Jepplah punca segala-galanya! Dia cemburukan Jepp!

“Abang, Ad..” aku mati kata.

“Terkejut?” tebak Ashman. Pandangannya tertumpu sepenuhnya ke wajahku.

Aku angguk, pantas melemparkan pandangan ke arah tasik melalui dinding cermin. Malu pula hendak terus bertentang mata dengannya. Bila dah tahu isi hati dia, makinlah aku segan. Orang yang selama ini aku fikir tak pernah sukakan aku, dalam diam cintakan aku. Memang aku terkejut. Terkejut sampai lidah jadi kelu. Ada senyuman yang terukir di bibir Ashman ketika ini.

“Kenapa senyum?”

“Suka tengok Ad blushing macam tu. Cute!”

Aku tergelak kecil. “Mama dengan papa tahu?”

“Semua orang dalam rumah tu tahu. Kecuali Ad.”

“Tok pa pun?”

“Kan abang cakap semua?”

Mukaku terasa panas. Malu!! Seketika kemudian, pelayan datang membawa pesanan. Setelah dia berlalu pergi, barulah kami sambung semula.

“Habis tok pa cakap apa?”

“Tok pa dah lama bagi lampu hijau. Papa dan mama pun. Sekarang ni abang cuma tunggu jawapan dari Ad saja.” Ujar Ashman sambil menopang dagu. Masih merenung aku seperti tadi.

Lama aku membisu. Agak gementar juga sebenarnya. Berbeza dengan Ashman, lelaki itu tenang sekali menanti respons dariku. Ad, jujurlah pada hati. Kau sendiri pun memang dah sayangkan dia, bukan? Apa lagi yang nak difikirkan? Cinta sudah ada di depan mata! Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Sudah bersedia untuk menjawab pertanyaan Ashman.

“Ad terima.”

Ashman terpana. “Boleh ulang balik?”

“Ad terima.” Aku mengulang seraya tersenyum manis ke arahnya.

“I’m not dreaming, am I?” tanya Ashman seakan tidak percaya. Matanya bersinar-sinar. Jelas dia begitu teruja mendengar jawapanku. Kuey teow dalam pinggan sudah tidak menarik perhatian lagi.

Aku menggeleng lembut. Senyuman tidak lekang di bibir kami. Rasa bahagia menjengah ke hati. Makanan dah sejuk. Dari tadi tak makan-makan. Tadi bukan main lapar tapi sekarang terus rasa kenyang. Mabuk cintalah katakan!

“Mati-mati abang ingat Ad perlukan masa untuk fikirkan pasal ni. Sebab setengah orang selalunya dia takkan terus bagi jawapan, kan?”

“Sebab Ad yakin dengan cinta abang jadi Ad tak perlukan masa untuk mempertimbangkannya. Dan Ad yakin, Ashman Aidil adalah insan yang sudah ditetapkan Tuhan untuk melengkapi Nur Adryana. Selama-lamanya.” Luah aku penuh yakin.

“Maknanya, Ad sudi jadi soulmate abang?”

“Semestinya.”

“Alhamdulillah.” Ucap Ashman perlahan.

Waktu yang berlalu tidak terasa. Lama kami duduk makan dan berbual di situ. Nasib baik aku tak ada kelas lepas ni. Ashman pulak awal-awal dah beritahu tok pa yang dia akan masuk ofis lambat. Dapatlah luangkan masa selama mana yang kami mahu.





LEPAS makan kami singgah di Masjid Besi untuk menunaikan solat Zohor. Tak jauh dari restoran tadi. Perlahan aku menghampiri Ashman yang sedang menanti aku di luar masjid. Dia bersandar pada pagar besi yang menghadap tasik. Aku turut berdiri di sebelahnya.

“Ini akan jadi tempat yang paling bersejarah buat kita. Di mana Nur Adryana menerima Ashman Aidil sebagai kekasih hati.” Luah Ashman. Dia mengecilkan matanya. Silau.

“Tak sangka rupa-rupanya Ashman Aidil dalam diam menaruh hati pada Nur Adryana.” Aku turut melemparkan pandangan ke arah tasik.

“Sejujurnya, kehadiran Ad ibarat penyeri hidup abang. Abang cuba nak dekat dengan Ad tapi tak berkesempatan. Habis sekolah terus masuk U pulak. Ad pulak macam nak jauhkan diri dari abang.”

“Ye ke? Bukan abang ke yang nak jauhkan diri? Ad rasa abang buat Ad macam asing sangat dalam rumah tu.”

“Itu perasaan Ad je. Macam yang abang cakap dulu, Ad tak tahu apa yang ada dalam fikiran abang.”

“And now I know!”

Kami tertawa bahagia. Ashman membetulkan semula lengan kemeja yang disinsing paras siku. Kemeja berbelang biru putih berjenama Giorgio Armani itu tampak sesuai sekali tersarung pada tubuhnya yang sederhana tegap.

“Nanti kita nikah dekat sini ya, sayang? Abang suka masjid ni. Cantik.” kata Ashman spontan.

Sayang? Aduh! Cair habis aku dibuatnya! Pertama kali Ashman memanggilku sayang. Aci tak kalau nak pengsan kejap? Aku mendongak memandang dia yang lebih tinggi dari aku. Nikah?! Cepatnya dia fikir pasal tu! Excited sangatlah tu!

“Belum apa-apa dah cakap pasal kahwin? Kita baru couple la!”

“Tahu. Tapi apa salahnya kalau start merancang dari sekarang?”

Aku terdiam. Betul jugaklah kata Ashman. Tak salah pun buat perancangan awal-awal. Takkan nak tunggu last minute semua baru nak fikir. Tak ke kalut tu?

“Betul. Tapi tunggu Ad habis belajar dulu. Boleh?”

“Itu sudah tentulah, sayang.”

“Agak-agak abanglah, apa reaksi family kita bila tahu pasal ni?” tanya aku sedikit tersipu-sipu. Rasa macam tak percaya yang mamat handsome ini sekarang dah jadi hak aku.

“Tentulah happy! Lebih-lebih lagi mama. Dapat bakal menantu cantik, baik, bakal lawyer pulak tu!”

“Tinggi sangat pujian abang tu. Malu laa..! Ad biasa-biasa je!”

Ashman ketawa. Tak jemu dia menatapku.

“Nak tahu tak kenapa abang jatuh cinta dengan Ad?”

Aku sekadar mengangguk.

“Sikap rendah diri Ad tu yang buat abang jatuh hati. Dan ada lagi satu..”

“What is it?” aku berdebar-debar.

“Lesung pipit Ad yang mahal tu abang suka tengok. Paling tak puas tengok bila Ad senyum atau ketawa. Sweet sangat girlfriend abang ni.”

Aku gelak, pantas menekup muka yang sudah memerah. Malu-malu kucing gitu! Ashman tertawa lagi. Baru aku ingat, ada benda yang aku nak beritahu Ashman sebenarnya.

“Abang, Ad nak mintak maaf pasal perfume tu. Ad tak bermaksud nak..”

“Syhhh.. tak payahlah cakap pasal tu lagi. Ad tak buat salah pun. Tak perlu minta maaf.” Pintas Ashman.

Aku tersenyum lega. “Sebenarnya Ad suka hadiah tu. Suka sangat!”

“Alhamdulillah. I’m glad you like it.”

“Jomlah, abang. Dah lama sangat kita kat sini. Bercinta, bercinta jugak. Kerja dekat ofis tu jangan terabai. Nanti tok pa marah pulak!” bebelku panjang sebaik melihat jarum jam sudah menginjak ke angka tiga.

“Iyelah, sayangku. Jangan risau tok pa takkan marah. Lebih-lebih lagi abang dengan bakal cucu menantu dia ni, gerenti dia okey punya!”

Aku sengih. Betul sangatlah tu. Hari tu masa aku keluar dengan Ashman pun mana dia marah. Lagi dia suka adalah! Kami bergerak ke tempat parkir. Masuk dalam kereta, aku tengok ada satu notification dari Instagram. Naura komen gambar aku berselfie dengan Ashman yang baru aku masukkan tadi, berlatarbelakangkan Masjid Besi. Gambar pertama kami sebagai pasangan kekasih. Ashman berdiri rapat denganku. Kepalanya pula disengetkan sedikit ke kepalaku. Manjalah konon! Haih! Entah bagaimana reaksi Naura bila lihat gambar ni. Pula tu aku letak caption dengan simbol hati dan smiley senyum. Mesti dia dah boleh agak! Cepat-cepat aku baca.



Naura left a comment on your photo:- ‘Babe, seriously?!! OMG!! Congrats!!’



Betul aku kata!! Naura dah boleh agak! Tersengih aku dibuatnya. Tak sangka dalam masa 20 minit aku upload gambar ni, dah dapat 39 likes dan 10 komen. Yang lain bagi simbol love, kecuali Naura. Siaplah. Balik nanti mesti cik kak ni tak menyempat nak interview aku macam-macam! Itulah Naura!


_________________________

*Ashman dan Ad dah couple! Suka ke tak? Hehehe ;)
*Korang nak cerita ni cepat habis atau nak saya panjangkan sikit plotnya? Sebab idea tgh banyak ni, tapi tak mungkin jadi novel yg tebalnya 400 ke atas.
*Maaf kalau lambat update. Kesihatan tak berapa baik so terpaksa tulis sikit2 je dulu. Last but not least, harap korang enjoy dengan cerita ni! Terima kasih! Sayang semua!

Wednesday 21 January 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 7

TERKEJUT aku tatkala melihat ada kotak sederhana besar berwarna coklat diikat riben putih, diletak atas meja solek. Siapa pulaklah yang bagi ni? Birthday aku lambat lagi. Dengan penuh keterujaan aku membuka ikatan riben itu, tidak sabar mahu tahu apa isinya. Sebaik aku buka, aku lihat ada satu lagi kotak kecil di dalamnya. Haihh!! Dalam kotak ada kotak. Main-main betullah! Siapa punya kerja ni?

Namun, melalui kotak itu saja aku sudah dapat mengagak apa di dalam. GUCCI GUILTY. Minyak wangi kesukaanku! Aku sengih lebar. Rasanya aku dah tahu dah siapa yang bagi. Baru aku perasan, ada nota yang dilekatkan pada kotak perfume. Laju aku membaca dua baris ayat yang tertulis.






I hope you like it!

P/S: Lepas ni tak mau merajuk dengan abang lagi. :)






Tekaanku mengena. Ashman Aidil yang bagi. Ini mesti sebab semalam aku marah dia, terus dia bagi aku benda ni. Pandai juga memujuk rupanya! Aku senyum. Aku capai hadiah pemberiannya dan terus ke luar rumah. Aku lihat lelaki itu sedang mencuci kereta sambil menyanyi riang. Senang hatinya dia!



“Aku cinta padamu
Biar pun bintang jatuh
Langit gugur
Hingga hujung waktu!”



Gelagatnya membuatkan aku tersengih sendiri. Boleh tahan sedap jugak suara mamat ni. Rasanya kalau join venture dengan bebudak Azhael tu pun dah lepas. Daripada duo terus jadi trio!

“Abang, Ad nak cakap dengan abang kejap.” kata aku pada Ashman yang langsung tak perasan aku menghampirinya.

Ashman menoleh. Nyanyiannya terhenti. Dia tersengih macam kerang busuk. Span yang penuh dengan buih sabun dicampak ke dalam baldi. Cepat-cepat dia membasuh tangan. Aku pula bergerak ke meja batu yang terletak di laman.

“Ada apa, Ad?” soal Ashman, melabuhkan punggung di kerusi yang lagi satu. Peluh yang merenik di dahinya dilap dengan belakang tangan.

Kotak Gucci Guilty aku letak ke meja. Ashman senyum.

“So, macam mana? Suka tak?”

“Hadiah ni terlalu mahal, abang. Ad tak rasa Ad boleh terima.” aku tunduk menekur rumput hijau. Bukan tak suka, tapi segan.

Ashman terdiam. Senyumannya mati.

“Maknanya Ad tak sukalah?”

“Bukan macam tu. Sebenarnya Ad segan. Lagi satu Ad tak suka abang membazir duit macam ni. Kan boleh guna untuk keperluan lain?”

“Membazir apanya? Abang hadiahkan perfume ni untuk Ad sebab abang tahu Ad suka dan abang cuma nak gembirakan hati Ad. Salah ke?” intonasi dan riak wajah Ashman berubah. Marah kerana pemberiannya ditolak.

Aku kelu membisu. Ashman juga. Suasana hening seketika.

“Ke Ad tak suka sebab abang yang kasi? Cuba kalau Jepp yang bagi agaknya dah senyum sampai ke telinga. Betul tak?” tebak Ashman penuh beremosi.

Aku menggeleng laju. “Bukan.. Ad tak maksudkan macam tu..”

“Dahlah. Kalau tak suka, buang.” Ashman memotong percakapanku dengan nada serius. Dia bingkas bangun dan terus masuk tanpa berpaling lagi.

Bayang Ashman tidak lagi kelihatan. Aku menampar-nampar pipi perlahan. Marah pada diri sendiri kerana bertindak bodoh, sekali gus mengundang kemarahan Ashman Aidil. Bodoh!! Nur Adryana sememangnya bodoh! Tak patut buat Ashman begitu. Abang, maafkan Ad!





“AD, Naura dah sampai ni! Cepat sikit!” mama menggesa dari luar bilik.

“Ok, kejap! 5 minutes!” balasku separuh menjerit. Sebenarnya dah lama aku siap. Barang pun dah kemas. Sengaja aku melengahkan masa, berharap dapat jumpa Ashman sebelum balik. Mamat tu keluar dari tadi sampai sekarang tak balik-balik. Manalah dia pergi? Aku tahu dia marah aku. Kalau aku jadi dia pun aku marah. Bayangkan apa rasanya bila kita bagi orang hadiah, lepas itu orang tak mahu. Kecik hati, bukan? Baru sekarang aku sedar silapku. Tak sepatutnya aku tolak mentah-mentah. Ashman cuma bagi perfume, bukannya Mini Cooper!

Sebelum turun, aku berdiri seketika di depan cermin. Membetulkan shawl yang sedikit senget. Sekali lagi aku lihat jam. Manalah Ashman ni? Dia bukan tak tahu aku nak balik petang ini. Kalau ya pun marah janganlah lama-lama sangat. Ke dia cuba balas dendam? Yelah, kan semalam aku merajuk. Hari ini dia pulak!

Lamunanku tersentak tatkala terdengar suara mama melaung dari bawah. Aku mematikan penghawa dingin. Beg baju atas katil aku ambil dan terus keluar. Di bawah, mama, tok pa dan Naura sedang rancak berbual. Mereka tu sama-sama peramah. Bila berjumpa, riuh sekampung!

“Beb, kau sure ke kau dah sihat ni?” soal Naura sebelum jus mango diteguk sedikit.

“Alhamdulillah, sihat sepenuhnya. Jangan risau.” Ujar aku sambil menjengah ke luar tingkap. Abang, where are you? Ad nak jumpa abang. Nak mintak maaf. Bisik aku dalam hati.

Seketika kemudian kami meminta diri. Mama dan tok pa hantar kami sampai ke kereta. Berat hati nak balik, selagi tak jumpa Ashman. Nampak gaya kena tunggu balik minggu depan baru boleh face to face dengan dia. Itu pun kalau dia sudi.

“Naura, jangan lupa apa yang auntie pesan tadi. Kalau ada yang tak kena dengan Ad, cepat-cepat call kami.” Pesan mama pada Naura.

“Beres, auntie! You can count on me!” balas Naura sopan.

“Kalau dia degil taknak makan, report dekat auntie. Nanti auntie cubit dia cukup-cukup.”

Kami tergelak.

“Alaa.. mama ni!! Sampai hati! Ini dah kes dera ni!”

“Yelah, mama gurau aje!”

Aku sengih. Tahu mama takkan sanggup nak cubit anaknya yang manja ni. Usahkan cubit, jentik pun tak pernah.

“Oh ya, mana abang? Dari tadi tak nampak-nampak pun.” Aku buat-buat tanya. Manalah tahu kut-kut Ashman ada cakap dengan mama.

“Entahlah. Sampai sekarang tak balik-balik. Ada hal agaknya tu.”

Laa.. mama pun tak tahu jugak ke? Ashman memang. Berat mulut. Langsung tak beritahu kalau nak ke mana-mana.

“Takpelah. Nanti mama kirim salam kat dia eh?” aku senyum, cuba menyembunyikan rasa hampa.

Mama angguk. Aku segera mengucup tangan mama lantas memeluknya erat. Kecewanya aku Tuhan saja tahu. Tak ada rezeki nak jumpa dia. Nak buat macam mana? Nasib kaulah, Ad!

“Kalau tak ada apa-apa, kami gerak dululah. Takut nanti traffic jam pulak.” Pamit aku.

“Jaga diri, Ad. Ingat pesan tok pa, jangan tinggal solat. Ingat Allah selalu.”

“Insya-Allah, tok pa. Sentiasa ingat.” Aku meraih tangan tok pa dan mengucupnya hormat sebelum masuk kereta.

Kereta MyVi kuning milik Naura bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah. Aku melambai-lambaikan tangan ke arah mereka yang kian menghilang dari pandangan. Tatkala itu terbayang pula wajah Ashman di mata. Aku mengeluh hampa. Rasanya Ash sengaja balik lambat, semata-mata nak mengelak dari aku.





KAMI singgah di Restoran Selera Kita. Naura lapar. Restoran inilah yang aku bawak Ashman dulu. Arghh!! Ashman lagi!! Balik-balik dia juga yang aku ingat. Entah kenapa hati ini seolah-olah terlalu rindukan pada kenangan itu. What is wrong with me? Aku tengok fon sepintas lalu. No calls or messages from him. Ok, sahlah dia merajuk. Sedih!

“Beb, aku tengok kau ni dari tadi diam je. Ada apa-apa yang tak kena ke?” Naura yang baru hendak menyuap mee goreng mamak ke mulut menyoal.

“Taklah. Aku ok je.” Jawab aku perlahan hampir tak kedengaran. Nasi goreng Pattaya di depan masih tak aku jamah. Tak lalu nak makan!

“Tipu. Muka kau tak nampak macam tu pun.”

Aku tak terus membalas. Aku menguis-nguis nasi dalam pinggan dengan sudu. Orang kata kalau ada masalah jangan dipendam. Dan Naura adalah orang yang paling tepat untuk aku menceritakan segala-galanya.

“Beb, aku rasa Ashman merajuklah..” aku meluahkan.

“Dah agak dah! Patutlah kau nampak moody je tadi. Apasal ni? Gaduh ke?”

Aku angguk. Sesi luahan perasaan pun bermula. Naura tak ubah macam kaunselor. Dan waktu itu jugak aku perasan, kami duduk di meja yang sama aku duduk dengan Ashman hari tu. Aduhh!! Ini semua boleh bikin hati jadi kacau!

“Korang ni comel sangat. Tahu tak?” kata Naura setelah semuanya aku ceritakan pada dia. Naura tersengih comel.

“Apa kau cakap ni? Aku gaduh dengan Ashman pun comel ke?”

“Itulah yang comelnya. Gaduh-gaduh manja! Sweet!”

Aku menjuih bibir. Sweet amende? Sweet and sour ada la!

“Sweet hekk engkau! First time tengok dia marah macam ni. Sumpah aku rasa bersalah sangat dengan dia.”

“Kau pun satu. Dah orang bagi tu terima ajelah. Ini gatal sangat nak pulangkan balik! Rezeki jangan ditolak. Kalau taknak, bagi aku je! Gucci Guilty tu!!”

“Tak kuasa aku bagi kau! Baik aku simpan. Sayang!”

“Haa.. tau pun sayang! Sayang perfume ke sayang pada yang memberi?” Naura menyerkap jarang sambil tersenyum mengusik.

Aku menjeling Naura tajam. Tak puas lagi nak menyakat. Naura ketawa lagi.

“Kau jangan jual mahal sangat, Ad. A guy like him is one in a million. Aku dapat rasa dia sayang kau sungguh-sungguh. Jangan lepaskan seseorang seperti dia, Ad. Betul, memang bertuah siapa yang bertahta di hati dia.”

“Ye ke Ashman sayang aku? Dia tak pernah cakap pun?”

“Hello, cik kak! Sayang bukan hanya di bibir saja! Tengok pada setiap tindak-tanduknya, layanannya. Bagi aku, bila dia sudah sanggup melakukan apa saja untuk kita, itulah namanya cinta. And that is more than enough.” Panjang lebar Naura bersyarah. Selain kaunselor, dia juga layak digelar Dr. Cinta!

Aku diam. Berfikir panjang. Dalam diam aku mengiakan setiap apa yang diperkatakan oleh sahabatku ini. Ashman takkan jadi begini kalau bukan kerana sayang.



_____________________



Tolong komennnnnnnnn sikiiiitttttttttttt!!!!

Terima kasih! ;)

Monday 19 January 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 6

SERONOK betul aku hari ni. Kak Nia dan suaminya baru tiba dari Sarawak dan akan bercuti di sini selama seminggu. Riuh-rendah rumah ini bila kami sekeluarga berkumpul. Selama tiga hari berturut-turut aku terperap dalam bilik saja. Tapi hari ini alhamdulillah aku dah rasa sihat semula. Dah kembali aktif macam biasa!

Di dapur, mama dengan Mak Jah sibuk siapkan hidangan untuk makan malam nanti. Aku pula siapkan brownies dibantu oleh Kak Nia. Brownies ni aku buat khas untuk dia yang sedang berbadan dua.

“Kak Nia tengok Ad makin kuruslah. Stress sangat ke belajar tu sampai susut macam ni?” tegur Kak Nia.

Pertanyaan Kak Nia aku jawab dengan senyuman nipis seraya menggeleng perlahan.

“Takdelah, kak. Sebenarnya Ad kena gastrik hari tu. Nak makan tak lalu, sampai muntah-muntah dibuatnya. Itu yang susut sikit tu.”

“Alahai.. kesian adik akak ni. Next time kena jaga makan. Kalau Ad sakit kami yang susah.”

“Itulah pasal. Hari tu pun mama dengan tok pa dah membebel panjang dekat Ad. Padan muka Ad la. Siapa suruh degil sangat, kan?” ujar aku kemudian tergelak kecil. Teringat pula aku apa yang mama cakap pasal Ashman. Memang betul dia risaukan aku. Selama dua, tiga hari ni aku perhatikan kelakuan dia. Setiap saat tanya aku dah makan ke belum, makan apa dan macam-macamlah! Yang paling best, setiap kali aku nak makan tulah wajib dia pesan "Makan kenyang-kenyang!". Hai, sedikit sebanyak cair juga aku. Kalau tak cair maksudnya akulah yang hati kering, bukan dia.

Kak Nia turut ketawa. Ligat tangannya mengelap piring yang baru dibasuh. Serius aku cakap, dia nampak makin comel sejak mengandung ni. Berseri-seri! Semua pinggan yang sudah kering disusun pula pada rak besi.

“Akak pergilah duduk kat luar. Risau Ad tengok akak ke hulu ke hilir macam ni.” Runsing aku melihat Kak Nia cukup aktif membuat kerja dengan perut yang semakin membesar.

“Relaks. Akak ok je ni.” ujar Kak Nia tenang.

“Tau. Tapi Ad tahu akak pun penat travel jauh. Akak pergi duduk. Nanti Ad bawakkan brownies untuk akak.”

“Iyelah, adikku sayang!” Sempat Kak Nia mencuit daguku sebelum dia ke ruang tamu.

Aku tersengih. Adik. Itulah panggilan yang tak pernah sekali pun aku dengar dari bibir Ashman Aidil. Mungkin janggal bagi dia untuk memanggil aku begitu.

“Perghh!! Sedapnya brownies! Siapa buat ni?” soal Ashman seraya meluru ke peti ais. Botol jus kiwi diambil.

Panjang umur! Ashman ni macam tahu-tahu je aku tengah fikirkan dia. Automatik dia muncul. Dia boleh baca fikiran aku ke?

“Ad lah, siapa lagi?” Mak Jah yang baru selesai mengangkat jemuran di belakang rumah pantas menjawab. Bakul baju diletak ke lantai.

Ashman menghampiri aku yang masih memotong kek di counter top, membuatkan jantungku berdegup lebih pantas dari biasa. Tak semena-mena jadi macam ni. Kenapa ya?

“Rajinnya! Tak sangka orang tu pandai baking!” puji Ashman sambil menuang jus kiwi ke dalam gelas.

“Tu nak mengutuk la tu! Lain kali jangan pandang Ad sebelah mata tau!” balasku spontan.

“Mana ada kutuk? Abang puji la..!”

Aku diam. Malas nak berperang mulut dengan dia. Takkan menang punya!

“Nak abang tolong?” tanya Ashman lagi, berdiri rapat denganku.

Makin berdebar-debar aku. Tapi masih mampu berlagak cool, pura-pura sibuk potong kek. Dalam hati Allah saja yang tahu.

“Thanks but no thanks. I can do it all by myself. Abang pergi duduk kat luar.” aku 'menghalau' Ashman dengan nada lembut. Tak tenang aku selagi dia kat sini.

“Baiklah, mam!” Ashman membuat tabik hormat di dahi. Tersengih menayang gigi.

Aku menahan tawa. Geli hati dengan gelagat dia. Mak Jah yang hanya memerhati turut ketawa kelucuan.

“Seronok Mak Jah tengok si Ashman tu. Ceria betul dia sejak akhir-akhir ni.”

“Kenapa Mak Jah cakap macam tu? Selama ni abang tak ok ke?” tanya aku sedikit bingung.

“Bukan gitu. Dia ok, tapi sekarang lebihlah lagi. Mak Jah perasan semua tu,” jawapan Mak Jah menimbulkan seribu tanda tanya di fikiran.

“Apa dia?” aku memandang Mak Jah lama. Cuba membaca apa yang tersirat di sebalik senyumannya itu. Sepertinya ada sesuatu yang disimpan oleh Mak Jah, tapi tak ada pula dia cakap apa-apa dekat aku.

Mak Jah yang masih tersenyum, pantas mendekati aku.

“Bila Ad ada, nampak muka dia berseri-seri. Senyum memanjang!” ujar Mak Jah perlahan, seakan berbisik.

“Ada-ada ajelah Mak Jah ni.” Aku tertawa kecil. Malas nak ambil serius apa yang dikatakan Mak Jah. Aku anggap itu sekadar gurauan saja, tidak bermaksud apa-apa.

“Mak Jah cakap betul ni. Ad je yang tak perasan. Mak Jah rasa, Ash tu sukakan Ad. Alah, apa yang mat saleh selalu cakap tu? Piling?”

Terburai tawaku. Mak Jah selalu cuba nak speaking tapi salah. Itu yang comel sangat tentang Mak Jah. Tak pandai tapi tetap nak cuba dan belajar. Respek!

“Feeling la Mak Jah!” aku membetulkan.

“Haa! Feeling! Itulah yang Mak Jah nak cakap! Ash ada feeling dekat Ad!”

Kata-kata Mak Jah aku hanya sambut dengan ketawa kecil. Malas nak panjangkan cerita. Benda tak sahih aku malas nak letak dalam kepala. Entah-entah Ashman tu ambil berat sebagai abang saja dan tak lebih dari tu. Bukan jenis aku suka syok sendiri sedangkan dia tak ada perasaan apa pun pada aku. Kalau betul dia cintakan aku, kenapa dia tak luahkan? Dan kalau itu betul, masa tu semua orang bolehlah tengok macam mana angaunya Nur Adryana dilamun cinta!

Selesai potong brownies, aku segera membawanya ke meja makan. Ketika itu jugalah aku rasa seperti diperhatikan. Sebaik aku melirik ke arah Ashman yang bersandar di sofa panjang, lelaki itu terus mengalihkan pandangannya ke lain. Kantoi dia usha aku! Aku menarik senyum nipis. Dan reaksinya itu membuatkan aku tertanya-tanya sendiri, mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Mak Jah sebentar tadi?





DAH dekat setengah jam berkurung dalam bilik, bergayut fon dengan Naura. Semuanya aku cerita dekat dia. Tapi nampaknya dia pun dua kali lama. Tak sudah-sudah mengusik aku. Sesuka hati buat spekulasi macam Mak Jah tadi. Arghh!! Stressed!! Kenapa semua orang nak kenenkan aku dengan dia? Aku rasa kalau aku dengan Ashman tak ubah macam Beauty And The Beast! Akulah Beast, Ashman Beauty! Erk? Terbalik pulak!

“Aku rasa apa yang Mak Jah cakap tu, 100% tepat! Aku sokong! Setuju!” tutur Naura penuh bersemangat.

“Amboi, bukan main kau ni! Kalau bab cintan-cintun ni, laju je setuju!” cebik aku. Erat memeluk bantal bersarung Hello Kitty. Oh yes, I am a Hello Kitty lover! Buktinya sarung bantal dan cadar katil pun Hello Kitty. Sudahlah bilik pun dicat light pink. Senang cerita, bilik aku ni bertemakan pink dan Hello Kitty. Childish sangat! Cakap pasal kucing favourite aku tu, rindu pula aku dekat anak patung Hello Kitty, peneman tidurku. Terpaksa tinggalkan kat rumah sewa. Yelah, masa balik sini aku pengsan. Mana sempat nak packing barang dah!

“Betullah! Aku pun macam dapat rasa sebenarnya. Ashman cintakan Adryana!” Naura semakin galak mengusik.

“Aku ni adik dialah. Kau ni..”

“Pembetulan. Adik angkat. Bukannya adik-beradik seibu sebapa. Tak haram pun kalau kahwin,”

Aku menelan air liur. Kahwin? Belum terfikir sampai ke tahap itu!! Naura ni suka melebih-lebih! Geramnya!!

“Eee, dahlah! Malas aku nak melayan kau. Sampai besok pun tak habis. Oklah. Aku mengantuk dah. Nak tidur.” aku dah mula nak mengelat. Lagi dilayan, lagi merapulah Naura nanti!

“Eleehh.. tiba-tiba je mengantuk. Malulah tu!”

“Sudahlah tu. Kau nak merapu sorang-sorang silakan. Aku nak tidur, nak mimpikan Johnny Depp. Good night!” aku terus letak telefon tanpa sempat Naura membalas. Mengekek-ngekek ketawa sendiri. Sengal punya kawan! Orang nak buat luahan perasaan, dia pulak sama naik nak bahankan kita. Not helping at all!

Sedar tak sedar dah pukul 12.15 a.m. Tiba-tiba tekak rasa kering. Haus gila! Segera aku turun ke dapur. Terperanjat aku bila nampak kelibat Ashman yang memakai t-shirt Garfield dengan seluar pendek paras lutut menyelongkar built-in cabinet. Lepas satu, satu kabinet dibuka. Apalah yang dia cari tu?

“Abang tak tidur lagi? Cari apa tu?” tegur aku sambil tercegat di pintu masuk dapur.

Ashman menoleh. Dengan rambut yang sedikit berserabai, dia tersengih.

“Tak boleh tidur. Lapar. Cari maggi tapi tak jumpa.”

Alahai, lapar rupanya! Kesian pula aku tengok.

“Mak Jah simpan maggi kat sini.” kata aku sambil melangkah ke kabinet yang lagi satu, tidak jauh dari tempat Ashman berdiri. Aku mengambil sebungkus Maggi berperisa kari. Ashman jarang makan maggi, sebab itulah dia tak tahu kat mana Mak Jah simpan.

“Kat situ rupanya. Ermm.. Ad tu kenapa tak tidur lagi?”

“Baru lepas cakap fon dengan Naura. Ni haus pulak.”

Ashman senyum. Plastik bungkusan maggi dikoyakkan.

“Nak Ad masakkan?” spontan aku bertanya.

“It’s ok. Dah lewat ni. Baik Ad masuk tidur.”

“Takpe. Tak ngantuk lagi. Biar Ad masakkan.”

Ashman nampak keberatan, namun akhirnya dia akur. Entah kenapa aku rajin sangat nak tolong masak. Bila fikir balik, apa salahnya? Dia pun dah banyak tolong aku. Jadi tak salah kalau aku balas semula, kan? Sementara tunggu maggi masak, dia duduk main game handphone di meja.

Sebaik maggi masak, aku letak ke dalam mangkuk kaca perlahan-lahan. Aku alas mangkuk dengan satu lagi pinggan dan letak sudu dan garfu di tepi. Tu dia! Special betul aku layan Ashman Aidil kali ni! Hari ini dalam sejarah! Nur Adryana masakkan maggi untuk Ashman! Penuh hati-hati aku membawanya ke meja.

Aku duduk di kerusi yang bertentangan dengan Ashman. Dibiarkan dulu maggi sejuk, baru dia makan. Perlahan dia membaca Bismillah. Aku pula tunggu saja dia beri komen. Muka dia relaks je. Dah masuk suapan ketiga pun dia masih tak cakap apa-apa. Makinlah aku suspens! Sedap ke tidak? Walaupun setakat maggi, nak jugak tahu tawar ke masin? Nur Adryana kalau masak maggi mesti lebihkan air sebab tak mahu terlalu masin dan nak hirup kuah banyak. Kalau air kurang nanti masin sangat. Banyak MSG tu!

“Macam mana? Sedap tak?”

“Sedap! Ad nak?”

Aku menggeleng sambil tersengih. Nasib sedap! Alhamdulillah! Lega! Masa aku cakap yang aku dah nak masuk bilik, Ashman suruh tunggu. Katanya nak aku temankan dia makan. Sudahnya aku layankan saja.Tunggu sampai dia habis makan. Seriously, aku dapat rasa yang hubungan kami semakin baik. Tak lagi bermasam muka seperti dulu. Alhamdulillah.

“Thank you tolong masakkan untuk abang. Kalau abang masak tadi rasanya tak sesedap ni,” kata Ashman sebaik selesai menghabiskan semangkuk maggi. Kuah pun habis dihirup. Perghh! Lapar sangat ke Ashman Aidil ni? Nasib tak dijilatnya mangkuk tu. Heheheh!

Aku ketawa, menampakkan lesung pipit di pipi kanan.

“Sebenarnya Ad nak ucap terima kasih jugak kat abang.”

“Untuk apa?”

“Hari tu abang dah tolong Ad. Susah payah abang pergi ambik Ad kat rumah sewa tu lepas tu bawak balik ke sini. Thank you.” Baru sekarang aku berkesempatan untuk berterima kasih pada dia. Maklumlah, sebelum ni usahkan bercakap, nak duduk dekat pun fikir panjang.

“Takde hallah. Small matter je tu.”

Seketika, kami membisu. Dari meja makan, aku melirik ke kaca TV di ruang tamu. Iklan siri The Walking Dead di saluran FOX menarik perhatian.

“Kalau abang nak cakap sikit boleh?” soal Ashman. Mata redupnya itu memandang tepat ke wajahku.

Aku yang sedikit resah, mengangguk. Dia nak cakap apa ya?

Ashman meraup-raup wajahnya perlahan. Rambutnya yang berserabai dirapikan dengan tangan.

“Err.. abang nak mintak maaf untuk semua kesilapan yang dah abang lakukan. Abang tak ada niat nak sakitkan hati Ad,”

Ashman nak cakap pasal tu rupanya. Aku tersenyum.

“Dahlah tu. Jangan diungkit lagi benda yang dah lepas. Past is past. Ad dah lupakan semuanya,” tenang aku bersuara.

“Betul ke ni?”

“Betul la. Buat apa nak tipu? Ad dah tak marah dah.”

“Maknanya kita dah ok la ni?”

“Tentulah. Kalau tak takkan Ad nak duduk borak dengan abang macam ni.”

Lelaki itu tersenyum lega. Begitu juga aku. Terasa lapang dada bila semuanya sudah kembali normal. Syukur alhamdulillah!



ESOKNYA, Ashman mengajak aku ke The Gardens. Mulanya aku segan juga, tapi tak sampai hati nak tolak pelawaan dia. Setibanya kami di sana, Ashman ajak pergi draw duit dulu. Ramainya manusia tak payah cakaplah. Macam tauhu sumbat! Nak kata musim raya, bukan. Cuti sekolah pun tidak. Hujung minggu je. Tapi waktu-waktu sebeginilah masing-masing merebut peluang untuk diluangkan dengan yang tersayang.

Masa tunggu Ashman ambil duit, aku ternampak kelibat seseorang yang amat aku kenal lalu di situ. Hanis. Dia sedang berpegangan tangan dengan seorang lelaki menuju ke Restoran Belanga. Terserlah kemesraan mereka bila Hanis melentokkan kepalanya ke bahu lelaki itu. Masih tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Betul ke itu Hanis? Tak mungkin aku salah! Memang itu Hanis! Siapa dengan dia tadi? Boyfriend ke?

“Kenapa, Ad?” tanya Ashman yang entah bila masa tercegat di sebelahku.

Aku tersentak. “Err.. takde.. Ad rasa macam nampak..” aku tak menghabiskan ayat.

“Siapa?”

“Tak. Tak apalah. Just forget it. Maybe Ad salah orang.” Kata aku. Kurang pasti betul atau tidak gadis itu adalah Hanis. Mungkin juga pelanduk dua serupa.

Tanpa berlengah, kami terus menuju ke butik GAP. Ashman nak cari baju. Dahsyat betul citarasa dia. Orang kaya memang macam tu agaknya. Semua benda pun nak yang mahal dan berjenama. Tak macam aku. Tak kisah jenama apa janji selesa dipakai.

Lepas beli baju, Ashman ajak aku pergi lunch. Belum apa-apa dia dah lapar. Tapi pagi tadi pun bukannya dia makan banyak sangat. Setakat roti canai sekeping mana kenyang. Sebaik keluar dari butik GAP, tok pa telefon.

“Hello, tok pa.”

“Ad dekat mana tu?” soal tok pa.

“The Gardens, tok. Kenapa? Tok pa ada nak kirim barang ke?”

“Tak. Saja je tok pa tanya. Agak-agak Ad balik pukul berapa?”

“Tak tahu lagi. Kalau tok pa nak kami balik cepat, kami baliklah.”

“Eh, takpe. Tok pa tak kisah pun. Take your time and have fun.”

Eh? Aku tak salah dengar ke ni? Take your time katanya! Sporting gila tok pa! Hari tu masa aku dengan Jepp, bukan main marah dia. Tapi kali ni siap cakap have fun pulak! Biar betul?

“Ok, tok pa. Thank you.”

Turun ke level bawah, kami lalu di tempat yang menjual wangian berjenama. Gucci! Aku paling suka minyak wangi Gucci sebab baunya yang sangat wangi dan awesome! Tiba-tiba datang seorang promoter lelaki yang mukanya tersangatlah jambu menahanku dengan sebelah tangannya memegang botol wangian Gucci yang terbaru. Gucci Guilty. Sebelum ni aku tengok dalam majalah, tapi hari ni live depan mata. Lama jugaklah kami ‘stuck’ dekat situ. Semuanya gara-gara promoter yang seorang ni. Tak henti-henti bercakap macam bertih jagung. Pot pet pot pet! Nama pun promoter. Lepas satu, satu botol ditunjuknya. Dengan harapan aku beli satu. Tapi dia tak tahu orang yang dia promote ni bukannya ada duit pun. Tengok saja bolehlah! Kalau beli pun, aku beli yang murah-murah.

Ashman yang tadinya hanya berdiri di belakangku terus menyampuk.

“Excuse me. Sorry, ya? Girlfriend saya ni dah banyak sangat perfume kat rumah. Next time ajelah beli yang ni. Thank you.” Segera Ashman menarik aku pergi.

Girlfriend? Bila masa kami couple?

“Kenapa cakap Ad girlfriend abang?!” soalku sedikit tak puas hati. Suka hati je cakap orang awek dia! Dahlah langsung tak bagi aku can tengok minyak wangi tu! Bengang betul!

“Kenapa? Tak boleh ke? Takkan abang nak cakap Ad ni anak abang pulak. Macam tak sesuai je!” Ashman ketawa mengekek. Selamba badak mukanya!

Bukan main dia buat lawak pulak dengan aku! Aku serius ni!

“Abang ni, orang nak tengok je perfume tu. Nak beli memang tak dapatlah sebab mahal. So Ad cuma boleh tengok dan ambik bau je. Itu pun tak boleh!” rungutku geram.

“Sorry la.. bukan tak boleh. Tapi abang dah lapar sangat ni. Next time kita pergi tengok perfume tu ya?” Ashman cuba memujuk.

Aku menarik muncung. Serius tak puas hati!

“Dahlah! Taknak cakap dengan abang lagi!” Aku mempercepatkan langkah, meninggalkan Ashman jauh di belakang.

“Alamak, ada orang merajuklah! Matilah abang kena marah dengan tok pa nanti!”

Aku langsung tak hiraukan dia. Baru semalam berdamai, hari ni dia buat perangai lagi. Benci! Ashman cuba menyaingi langkahku. Lembut suaranya memanggil, cuba memujuk aku semula tapi aku tetap tak peduli. Merajuk!! Ini serius punya merajuk!

Friday 16 January 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 5

HARI ini hari pasif Nur Adryana. Nak ke kelas tak larat. Nak makan tak lalu. Nak buat apa pun terganggu. Sejak malam tadi perut aku sakit. Gastrik punya hal. Dah lama tak sakit macam ni, tup-tup hari ni dia datang balik. Sabar, Ad. Istighfar banyak-banyak. Allah sedang mengujimu. Ujarku dalam hati.

“Naura, kalau kau nak makan pergilah dengan budak-budak tu. Aku macam tak boleh join la. Rasa nak baring je ni.” ujar aku pada Naura yang masih tekun menyiapkan assignmentnya di meja study. Kejap lagi dia orang nak keluar makan. Nampak gaya aku kena duduk kat rumah je. Tak boleh ke mana-mana.

“Kenapa? Perut kau sakit lagi ke?” tanya Naura sedikit bimbang.

Aku mengangguk. Perlahan aku sandarkan tubuh ke kepala katil. Berkerut dahi menahan sakit yang menyucuk-nyucuk ke ulu hati. Kalau mama tahu ni harus berbakul-bakul dia membebel. Dah tahu sangat aku ni macam mana. Selalu sangat makan tak ikut masa inilah padahnya!

“Risau pulak aku tengok kau ni. Kita pergi klinik nak?”

“Takpelah. Aku boleh tahan lagi ni. Insya-Allah takde apa-apa. Nanti oklah kut.” Aku menggeleng. Sedikit keberatan.

“Kalau tak tahan sangat kau cakap tau? Nak kirim apa-apa tak? Nanti aku belikan,”

“Tak rasa nak apa-apa la. Loya semacam ni. Tadi makan kat kantin pun tak habis,” kata aku lagi. Bila dah jadi macam ni memang taknak telan apa-apa pun.

“Habis tu takkan taknak apa-apa langsung? Kena makan jugak, biar perut tu tak masuk angin.” Terpamer riak risau di wajah Naura.

Serta-merta aku teringatkan Ashman. Cara Naura membebel sama macam dia! Ayat tu sebijik! Yang aku duk ingat kat abang angkat aku tu dah kenapa? Dah buang tebiat?

“Kalau gitu aku nak nasi goreng paprik ayam. Suruh dia buat pedas sikit tau,”

“Hish kau ni! Kau tu gastrik. Mana boleh makan pedas.”

“Yelah, doc. Kalau macam tu saya nak nasi air ajelah, doc.” Sengaja aku usik Naura dengan memanggilnya doktor. Risau sungguh dia dekat aku. Terharu!

“Doc, doc. Aku ni risaukan kau. Tahu? Kalau apa-apa jadi, matilah aku nak menjawab dengan parents kau. Tok pa kau terutamanya!”

“Alaa.. relakslah. Aku ok je ni! Kau ni paranoid sangat!” aku masih mampu tersengih walaupun dalam perut ni rasa bagai ditoreh-toreh dengan pisau. Pedih!

“Paranoid tak paranoid. Kau tu kawan baik aku. Kalau kau sakit aku pun terasa sekali.”

“Yelaa.. aku tahu kau sayang aku. So sawit!” sendaku lagi.

Pecah tawa Naura bila aku sebut so sweet dengan so sawit. Itulah bahasa budak-budak sekarang. Hancur! Naura tutup laptop dan semua buku atas meja dikemaskan. Laju dia bersiap nak keluar, takut kena tinggal. Aku pulak memang dah ‘low batt’. Dua puluh empat jam berbaring tak buat apa-apa. Serius rasa macam nak pitam!

“Aku pergi dulu. Kalau nak apa-apa call aku.” ujar Naura setelah siap memakai tudung di depan cermin almari. Beg duit atas meja dicapai.

Aku angguk. Anak patung Hello Kitty yang aku bawak dari rumah aku capai dan ku peluknya kemas. Aku pejamkan mata rapat-rapat sampai terlena.







SEMUA housemate aku yang lain dah membuta, kecuali Naura dengan kakak senior kami, Kak Dee. Masa dia orang balik tadi, aku tidur. Pukul 12.30 pagi baru aku terjaga. Mentang-mentanglah cuti solat, tidur tak ingat dunia. Terjaga ni pun sebab lapar yang amat. Nasi air yang Naura panaskan sekejap tadi aku suap perlahan-lahan. Sakit dalam perut masih tak hilang, malah lebih teruk rasanya. Tapi aku cuba lawan. Kalau dilayan sangat nanti makin parah jadinya.

“Macam mana dengan Ad? Dah ok sikit?” Kak Dee yang baru selesai solat Isyak datang duduk di sebelahku.

“Entahlah, kak.. rasa sakit lagi ni. Makan apa pun sakit.. kalau tak makan lagilah..” aku memegang perut sambil berdesis perlahan.

“Gastrik memang macam tu. Akak pernah kena. Sampai muntah-muntah dibuatnya. Kalau Ad tak tahan akak bawak pergi klinik ajelah ye?”

“Tak payahlah, kak... lagipun dah lewat sangat ni. Esok-esok ajelah.. kita pergi.”

Kak Dee angguk. Handphone di tangannya bergetar, menandakan ada mesej diterima. Nampak Kak Dee tersenyum-senyum, bahagia sangat. Mesti tengah berbalas mesej dengan boyfriend dia ni. Comel je! Jealous tengok orang semua ada partner masing-masing. Bilalah agaknya aku nak merasa semua tu?

Naura keluar dari bilik lantas dia duduk di kerusi yang bertentangan denganku. Ditenungnya aku dengan wajah risau.

“Kenapa tengok aku macam tu?” tanya aku pelik.

“Aku risau, beb. Muka kau pucat gila!”

Aku meraba-raba mukaku sendiri. Pucat sangat ke? Aku melirik ke cermin dinding yang tidak jauh dari meja makan. Ha’ah la! Pucat!! Dah macam Edward Cullen je ni!

“Aku ok... jangan risau..” jawab aku tersekat-sekat. Ok apa macam ni? Cakap pun macam tak makan nasi 10 hari!

Tekak mula terasa loya. Pinggan nasi aku tolak ke tepi. Surrender. Memang dah tak boleh nak telan apa-apa lagi.

“Kenapa? Tak habis?” soal Naura.

“Dah tak boleh nak telan. Loya.”

“Kalau macam tu jangan paksa.”

Saat itu aku teringat pada assignment yang masih belum siap. Rasanya kena paksa diri untuk selesaikan semuanya malam ni juga.

“Esok kelas kita pukul berapa?” soal aku pada Naura yang tengah ralit tengok gambar di Instagram.

“10. Kenapa?”

“Matilah.. Assignment aku! Sikit lagi tak siap.. tapi nak hadap laptop pun dah tak larat..” ujar aku tersekat-sekat. Mati aku, mati! Date line assignment tu esok! Kalau aku tak siapkan malam ni memang masak aku!

“Ish, kau ni! Tak payah fikir apa-apa dulu. Ada baiknya kau M.C je esok. Assignment tolak tepi.” Balas Naura, cuba menenangkan.

Lambat-lambat aku mengangguk. Malas nak berdebat lagi. Rasa loya semakin menjadi-jadi. Aku tarik nafas dalam-dalam, cuba menahan. Tapi makin lama makin loya aku rasa. Sepantas kilat aku berlari ke tandas, menghambur segala isi yang tertahan. Habis semua yang aku makan tadi keluar balik.

Aku lemah selemah-lemahnya, kepala juga terasa berat. Dari luar terdengar Naura dan Kak Dee melaung memanggil aku. Aku berusaha membuka pintu. Pandangan semakin kelam. Wajah mereka juga aku sudah tidak nampak lagi. Akhirnya aku rebah tak sedarkan diri.





KALAU malam tadi aku di rumah sewa. Pagi ini celik saja mata aku sudah berada di rumah mama. Mama kata, sekitar pukul 1 pagi Naura telefon beritahu aku muntah-muntah dan pengsan. Bila dah jadi macam ni, aku nak ke mana-mana pun mama tak bagi. Lagipun tok pa dah pesan, pastikan aku rehat betul-betul.

Paling menyentuh hati bila dapat tahu Ashmanlah yang bawak aku balik ke sini. Mama kata dia nampak risau sangat. Lepas je mama cakap aku pengsan, tak tunggu lama dia terus ambik aku. Terasa sukar untuk aku percaya tapi aku tahu mama tak mungkin sengaja nak reka cerita. Kalau dah mama cakap macam tu, maknanya memang betullah tu. Alahai, sweet sangat pulak abang angkat aku ni. Tak sangka sampai begitu dia bimbangkan aku. Tanpa aku sedar, aku tersenyum sendiri.

Mama masuk bersama dulang di tangan, bawakan sarapan untuk aku. Aku nak turun makan kat bawah mama tak bagi. Katanya takut aku pengsan lagi. Sumpah aku rasa bersalah sebab terpaksa menyusahkan mama pula. Dari berbaring, aku bangun dan bersandar pada kepala katil. Mama meletakkan dulang tadi atas riba aku.

“Kesian Ad tengok mama. Terpaksa turun naik hidang makanan untuk Ad pulak. Ad ok je ni. Bukannya tak boleh berjalan langsung.” Kata aku. Rasa bersalah melihat mama buat semua benda untuk aku. Mujur ada Mak Jah untuk membantu.

“Takde hallah. Mama lagi risau nak biar Ad ke sana sini. Ad tu masih lemah lagi. Kan Doktor Ramzul dah cakap Ad kena rehat sampai betul-betul sembuh.” Mama yang duduk di birai katil mengusap-usap kepalaku lembut.

Aku mengangguk faham. Awal pagi lagi mama suruh doktor peribadi kami ke sini. Aku dinasihatkan supaya tidak melakukan kerja berat untuk masa sekarang. Yang paling best, dapat M.C sampai tiga hari! Maknanya aku kena stay sini sampai hujung minggu ni.

“Termenung apa lagi tu? Cepat makan. Nanti boleh telan ubat.” Arah mama. Tegas mengalahkan doktor.

Aku sengih. Mataku tertumpu pada dulang di riba. Ada scramble egg, sosej, baked beans dan jus mangga.

“Banyaknya! Tak tahu boleh habiskan ke tak ni.”

“Ad kena makan banyak, baru cepat sihat. Tak boleh biar perut kosong. Takut Ad pengsan lagi.”

Aku hanya menurut. Faham yang mama sebenarnya runsingkan aku. Tak lama kemudian, ada panggilan yang masuk ke telefon mama.

“Waalaikumussalam, Ash.” Sahut mama sebaik Samsung Note 3 dilekapkan ke telinga.

Oh, Ashman Aidil yang call. Aku cuma diam, tak mahu menganggu.

“Ya. Ad dah bangun dah ni. Kenapa?”

Mama bercakap sambil pandang aku terus. Mama sebut aku? Ini mesti Ashman tanya pasal aku pulak. Hmm.. baru sekarang aku tahu Ashman Aidil ni sebenarnya boleh tahan caring jugak. He he he hee!

“Iye. Jangan risau sangat. Mama ada boleh tengok-tengokkan dia. Kalau ada apa-apa nanti mama telefon Ash. Ok. Assalamualaikum.” Ucap mama sebelum talian dimatikan.

Aku perhati saja reaksi mama. Tersenyum panjang sampai ke telinga. Penuh bermakna. Fon diletak ke meja sisi katil.

“Kenapa mama senyum?”

“Abang Ashman tulah. Risau sangat dia dekat Ad. Berapa kali dah tanya pasal Ad. Tak pernah lagi mama tengok dia macam tu. Malam tadi dia la yang angkat Ad bawak masuk ke sini. Kalau nak harapkan mama, memang tak dapatlah kut?” beritahu mama disusuli ketawa kecil.

Aku ternganga. Terkejut beruk dengar cerita mama. Wajah merona merah. Kalau malam tadi muka aku pucat, tapi pagi ini macam udang kena bakar. Ashman angkat aku?! Like seriously?!! Ini yang rasa macam nak pengsan balik ni!! Ya Allah, malunya!!

Thursday 15 January 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 4

“HUJUNG minggu ni Ad balik?” Itu soalan wajib mama setiap kali dia telefon aku.

Aku tersengih panjang mendengar pertanyaan mama. Selama dua bulan berjauhan dengan mama, baru sekali aku tak balik. Itu pun sebab minggu lepas pensyarah kami buat kelas ganti hari Sabtu dan Ahad. Terasa lebih dewasa bila dah tinggal berasingan dengan mereka. Makan pakai semua tanggung sendiri. Juga terasa sedikit canggung bila dah tak nampak Ashman depan mata. Aneh. Bila dia ada aku asyik nak mengelak tapi sekarang ada masanya aku terkenangkan abang angkat aku tu. Apa yang tak kenanya dengan aku ni?

“Insya-Allah, mama. Wajib balik. Kalau tak nanti tok pa marah.” Kata aku bila teringat syarat yang tok pa tetapkan. Penuh hati-hati aku menaiki anak tangga menuju ke kelas. Sebelah tangan memeluk kemas buku rujukan yang tebalnya 200 muka surat.

“Baguslah kalau macam tu. Sebab dengar-dengar Kak Nia pun balik petang Jumaat nanti. Suami dia dapat cuti lama. Dah lama kita tak berkumpul ramai-ramai, kan?”

“Kak Nia balik? Bestnya!! Dah lama tak jumpa dia. Rinduuu sangat kat dia!” Teruja betul aku dibuatnya. Maklumlah, lepas kahwin Kak Nia terus ikut suaminya menetap di Sarawak, mengendalikan perniagaan mereka di sana. Diam tak diam dah setahun lebih Kak Nia jadi orang Sarawak!

“Mama pun! Nanti mama masak sedap-sedap untuk korang semua.”

“Itu lagi best! Lama dah tak makan ketam masak lemak cili api yang mama buat. Marvellous! Oklah mama, Ad nak masuk kelas dah ni. Nanti Ad call lagi. Kirim salam dekat semua.”

“Ok, sayang. Jaga diri tau. Ingat, kalau ada apa-apa call kami cepat-cepat. Tau?” pesan mama.

“Insya-Allah, I will. Love you, ma. Assalamualaikum.”

“I love you too, sayang. Waalaikumussalam.”

Talian diputuskan. Sewaktu aku hendak masuk ke kelas, aku ternampak Jepp bersembang dengan Aleesya di satu sudut. Jepp tak nampak aku sebab dia berdiri menghadap ke lain. Bahagia betul mereka nampaknya. Bergelak ketawa dan bertepuk-tampar selamba. Pelik. Kata dah putus tapi bukan main mesra lagi tu! Mungkin dah rujuk semula kut? Aku berteka-teki sendiri. Baguslah kalau dah dia orang dah berbaik. Tak adalah Jepp kacau aku lepas ni.

Aku segera meluru ke tempat duduk yang tidak jauh dari white board. Aku ni kalau duduk belakang susah nak fokus dan cepat mengantuk. Bila duduk kat depan baru ada semangat nak belajar! Tak lama kemudian, Jepp masuk dan terus meluru ke arahku. Tersengih macam kerang busuk.

“Ad, malam ni awak free?” tanya Jepp.

“Tak tahu lagi. Kenapa?”

“Saya ingat nak ajak awak tengok wayang.”

Aik? Baru tadi aku nampak dia dengan Aleesya, alih-alih dia ajak aku keluar pulak. Demam labi-labi ke dia?

“Aleesya?”

“Saya dengan Aleesya kan dah clash. Dah lupa la tu. Saya nak keluar berdua dengan awak je. Boleh?”

Sumpah aku tak faham. Jepp dengan Aleesya ni kejap ok kejap tak ke? Jepp kata dah clash. Habis yang aku nampak dia bertepuk-tampar dengan Aleesya tadi tu apa? Tak mungkin aku tersilap. Memang awek yang dengan Jepp tadi tu Aleesya!

“Dah clash? Tapi tadi saya nampak awak mesra je denga Aleesya. Ingatkan dah ok dah..” dahiku sedikit berkerut.

Jepp tersengih menayang gigi. “Dah putus. Tapi kami masih berkawan.”

Oh! Macam tu pulak!

“Jomlah tengok wayang. Kita berdua je. Boleh?” Jepp masih tak putus asa.

“Ermm.. saya tak janji sebab saya takut tiba-tiba ada hal. Tengok keadaan.” Aku mula beralasan. Rasa tak sedap hati bila Jepp kata cuma kami berdua. Tatkala itu juga aku teringat janji aku pada tok pa tempoh hari. Ya, aku takkan mungkir janji. Walaupun tok pa tak tahu tapi Allah Maha Melihat. Aku takkan buat apa yang tok pa tak suka.

“Alaa, harapnya jadilah. Bukannya selalu dapat keluar dengan awak,”

“We’ll see about that. Apa-apa nanti saya mesej awak, ya?” kataku tanpa memaksudkannya. Cuma nak ambil hati Jepp saja. Lepas tu pandailah aku reka apa-apa alasan nanti.

Jepp angguk. Mujurlah pensyarah kami masuk masa tu jugak. Kalau tak nanti lagi teruk aku kena layan kerenah si Jepp ni. Pening!







“AD!! Ada orang datang cari kau ni!” beritahu Acha sebaik pintu bilik dibuka.

“Siapa?” tanya aku yang sedang bermalas-malasan di katil. Tengah sedap landing macam nilah orang datang. Penat pun tak hilang lagi. Kacau daun betul!

“Entah! Boleh tahan handsome orangnya. Bawak Volkswagen lagi!”

Handsome? Volkswagen? Rasa macam dah tahu siapa. Segera aku menjengah ke luar melalui jendela. Volkswagen Golf GTI berwarna hitam terparkir elok di depan rumah. Alahai!! Dah aku agak. Ashman Aidil yang segak berkemeja dan berseluar panjang sedang bersandar pada pintu kereta sambil berpeluk tubuh. Apa pulak yang dia buat kat sini? Aku mendengus kuat.

Kalau ikutkan memang aku taknak jumpa dia. Tapi timbul pula rasa kasihan melihat dia begitu sabar menanti. Sepantas kilat aku terjun dari katil, capai tudung bawal hitam dan terus mendapatkan lelaki itu.

“What are you doing here?” soalku serius. Haih! Cantiknya mukaddimah. Dahlah jarang-jarang aje dapat jumpa. Aku pulak nak tak nak je layan dia. Memang tak patut!

“Penat abang redah jam, macam ni pulak dia sambut kita. Sedihnya hati..!” Ashman menayang riak sedih, minta simpati.

Eleh! Nak suruh orang cair la tu! Aku menyilangkan tangan ke tubuh. Bila angin bertiup, bau perfume Calvin Klein yang dipakai Ashman menusuk ke hidungku. Mak aaii!! Wangi gila!

“Habis tu takkan nak suruh panggil budak-budak kompang lepas tu bentang karpet merah bagai? Dahlah tak cakap nak datang!”

Ashman tersenyum hampir ketawa. Aku buat lawak ke tadi?

“Kalau abang cakap nanti Ad lari pulak. Maklumlah, orang tu kan tengah marah abang lagi.”

Tahu pun! Jerit aku dalam hati.

“Nak apa sebenarnya ni?” soalku dengan kening terjungkit. Wajahnya menjadi tatapanku sejenak. Makin lama makin kacak pula cucu tok pa ni.

Wallet dalam poket seluarnya dikeluarkan. Sekeping not 100 dihulur ke arahku.

“Ni haa, mama suruh kirim duit belanja kat Ad.”

“Susah-susah je datang. Kan boleh bank in?” Aku mengambil duit yang masih di tangan Ashman.

“Mama tak sempat nak bank in. Alang-alang abang balik awal, mama suruh singgah jumpa Ad terus.”

“Hmm.. okey! Cakap kat mama thank you! Ad masuk dulu. Bye!” aku terus memusingkan tubuhku. Nak cepat masuk sebab dah malas nak berdepan dengan Ashman lama-lama kat sini.

“Ad, nantilah!” panggil Ashman.

Langkahku terhenti. Aku menoleh.

“Apa lagi ni?”

“Kat area sini ada kedai makan best-best tak?”

“Ada. Tak jauh pun dari taman perumahan ni. Kenapa?”

“Saja tanya. Tiba-tiba lapar pulak.”

“Pergilah makan. Ok bye!” aku dah malas nak melayan.

Baru dua tiga langkah, Ashman panggil lagi.

“Ad!”

Aku mendengus bosan. Apa lagi la yang dia nak?

“Apa?” tanya aku acuh tak acuh.

“Temankan abang.”

“What?! Tak boleh pergi sendiri?”

“Pleaseee!! Abang taknak makan sorang.” Rayu Ashman dengan muka sepuluh sen.

Ya Allah, sabar ajelah! Sejak bila Ashman ni suka berteman? Selama ni ke mana-mana pun dia seorang diri. Relaks je! Tapi hari ni gatal nak aku ada sekali! Apa kes?

“Jom laaa...! Kejap je..!” pujuk Ashman lagi bila melihat aku diam tanpa respons.

“Alahai, boleh tahan mengada-ngada cucu tok pa ni!! Wait here! Nak tukar seluar.” Aku akhirnya mengalah.

Ashman sudah tersenyum lebar, tanda kemenangan berpihak pada dia. Aku suruh Ashman tunggu dalam kereta. Cepat-cepat aku masuk tukar seluar track dengan seluar palazo kelabu. Dalam hati tak henti-henti marah Ashman sebab kacau aku nak berehat. Sabar, Adryana. Bukannya selalu Ashman minta kau temankan dia. Sesekali beralah tak ada salahnya. Pujuk hatiku lagi.





MASA Ashman tanya mana kedai makan yang sedap, aku dah agak dalam kepala dia mesti nak masakan panas. Dan sangkaanku tepat bila dalam kereta tadi dia cakap rasa nak makan tom yam. Dah tak ada kedai lain yang best selain Restoran Selera Kita ini. Masakan panasnya memang tip top! Aku paling suka paprik dia! Pedas dan terbaik!

“Ad sure ke ni taknak apa-apa? Tak lapar ke?” soal Ashman sambil memandangku, lama.

Aku mengangguk malas, buat-buat ralit tengok TV. Walhal malas nak tengok dia. Masuk yang ini dah dua kali Ashman tanya soalan sama. Memang aku tak rasa nak makan apa-apa. Cuma jus epal yang aku order, itu pun sebab haus yang teramat sangat.

“Masa ni memanglah tak lapar. Takkan nak tunggu pedih perut baru nak korek dapur? Tapaulah apa-apa. Karang tak pasal-pasal perut tu masuk angin.”

Ini yang buat aku pelik sangat dengan Ashman. Cara dia ambil berat tu lain macam. Dulu tak ada pun macam ni. Tapi jujur aku katakan, sedikit sebanyak tersentuh juga hati ini dengan keprihatinannya itu. Nampak je macam hati kering. Rupa-rupanya boleh tahan sweet jugak!

“Takpelah. Kat rumah tu banyak lagi stok makanan. Kalau lapar nanti orang makan la.” Jawab aku sebelum menyedut jus epal sampai habis.

Ashman angkat tangan, surrender. Dah malas nak paksa aku agaknya. Ada satu panggilan yang masuk ke telefon Ashman. Dia mencebik rimas. Segera diputuskan talian tanpa menjawabnya. Seakan tidak berminat dengan panggilan itu. Selang beberapa saat, Iphone 6 berwarna silver itu berbunyi lagi. Aku nampak nama Hanis yang tertera di dada skrin. Oh! Minah seksi tu yang call rupanya!

“Hishh!! Jawablah call tu!! Dari tadi asyik ringing je!” Aku sendiri dah mula rimas dibuatnya. Pelik. Kenapa Ashman taknak jawab?

“Hanis je pun. Malaslah nak cakap dengan dia. Rimas! 24/7 cari abang.Sikit-sikit tanya kat mana. Sebijik macam lagu Awak Kat Mana tu.”

Aku menahan tawa. Macam tu rupanya perangai Hanis, padanlah Ashman rimas. Lelaki manalah suka perempuan clingy. Setiap saat call. Tapi perempuan pun sama. Kalau dapat lelaki clingy, gerenti rimas! Jadi, aku faham apa yang Ashman rasa.

“Kalau malas, silent fon tu. Bingit!” rungutku bila telefon Ashman berdering untuk kali ketiga.

Ashman pantas menurut. Boleh tahu dia sendiri pun dah naik serabut. Kesian Ashman! Aku kembali menumpukan perhatian pada drama di saluran TV3. Tiba-tiba muncul gadis ayu berbaju kurung masuk ke restoran itu ditemani dua lagi rakannya yang lain. Time ni jugaklah aku perasan Ashman pandang perempuan tu tak berkelip. Wah, wah! Dasar lelaki! Pantang tengok perempuan dahi licin.

“Ehem!! Tak payah nak cuci mata sangat. She’s taken!” Selamba aku menegur. Cukup tak suka melihat reaksinya yang sebegitu. Macam tak pernah tengok perempuan!

“Ad kenal dia?”

“Satu kelas dengan Ad la! Dah ada boyfriend!” jawab aku. Ya. Budak perempuan tadi tu classmate aku tapi aku tak rapat sangat dengan dia. Memang cantik dan ramai yang tergila-gilakan dia. Tapi dah ada yang punya!

“Alaa.. tak kisah pun. Bukannya abang nak ngorat dia.”

“Habis tu pandang sampai nak terkeluar biji mata tu kenapa? Report kat Hanis baru tahu!” aku sengaja menggertak.

Ashman tayang muka selamba. “Report la! Sikit pun tak takut! Abang bukannya boyfriend Hanis. Abang pandang budak tadi tu pun bukan sebab nak cuci mata, tapi muka dia tu ada mirip kawan lama abang masa dekat USM dulu. Abang ingatkan dia tapi bukan.” panjang lebar penerangan Ashman.

“Betul ke abang bukan boyfriend dia? Ad ingatkan korang ni pasangan bahagia.” Kata aku seraya duduk menopang dagu. Ashman kata dia bukan boyfriend Hanis. Maknanya selama ini tanggapan aku salah? Dia memang tak ada hubungan dengan minah tu?

“Abang tak kata pun, Ad yang memandai-mandai.” Ujar Ashman bersungguh-sungguh.

Ya. Memang aku yang memandai-mandai. Malunya!!

“Yela tuu.. lelaki memang macam tu. Hari ni berkawan dengan si A. Esok bercinta dengan si B. Lusa kahwin dengan si C!”

“Abang tak. Berkawan dengan si A, bercinta dengan si A dan insya-Allah kahwin pun dengan si A jugak! Setia pada yang satu!”

Aku menjuih bibir. Boleh percaya ke Ashman ni jenis yang setia pada cintanya? Dan setahu aku, Ashman memang tak pernah ada kekasih! Tapi tak tahulah kalau dia ni pandai simpan rahsia. Nampak je macam single, entah-entah awek keliling pinggang!

“Hai, lelaki semua sama. Mulut manis! Tak boleh dipercayai! Sebab tu Ad takut nak bercinta. Takut kecewa!”

“Kalau macam tu, bercinta dengan abang ajelah. Insya-Allah tak kecewa!” balas Ashman seraya tersenyum meleret sampai telinga. Matanya ke mataku.

Erkk!! Aku terkedu. Gurauan apakah itu? Ashman bergurau atau dia benar-benar memaksudkannya? Tak pasal-pasal pipiku terasa membahang. Cepat-cepat aku melarikan pandangan ke lain. Apa kena dengan Ashman ni? Tiba-tiba ungkit pasal cinta pulak dengan aku. Yang aku ni menggelabah sangat kenapa? Relaks! Harapnya Ashman tak perasan aku blushing tadi.



__________________________

Terima kasih utk feedback anda. Kalau suka, alhamdulillah! Happy reading! :)

Wednesday 14 January 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 3


MEMANG rezeki aku agaknya, hari ni tok pa bawak aku makan di Tony Roma’s. Pak Alan pulak katanya dah makan di kafeteria pejabat, jadi cuma kami berdua sajalah di sini. Dah lama aku tak makan Tony Roma’s, akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah syukur! Sementara tunggu makanan yang dipesan sampai, macam-macam cerita yang aku bualkan dengan tok pa.

“Tok pa tengok Ad dengan abang tu langsung tak bertegur sapa. Korang gaduh ke?”

Alamak! Dalam banyak-banyak topik, kenapa pasal Ashman pula yang diungkit. Tak best betul la! Aku tersengih kelat. Mati la! Nak jawab apa ni?

“Mana ada. Kami memang macam ni dari dulu. Tok pa tahu, kan?” balas aku tenang. Kira logik alasan aku tu, sebab memang semua sedia maklum aku dengan Ashman tak ngam. Jadi tak ada apa yang nak dihairankan kalau aku dengan dia tak bercakap.

Atuk senyum seraya mengangguk.

“Hari tu mama ada cakap dekat tok pa pasal Ad nak pindah tu. Ad nekad?” tok pa ubah topik.

“Ad nekad, tok pa. Ad harap tok pa setuju.” Aku pandang tok pa lama. Memang aku takkan ubah fikiran lagi. Tambahan pula lepas apa yang aku dengar di pantri tadi, lagilah aku nekad nak pergi. Dah tawar hati nak duduk serumah dengan orang yang tak tahu jaga hati aku.

“Kenapa? Sebab tok pa kongkong Ad jadi Ad nak lari dari tok pa? Nak bebas? Macam tu?”

“Tak, tok pa. Sungguh! Tak terlintas di fikiran Ad macam tu..”

“Tok pa tahu. Mama dah cakap yang Ad nak belajar berdikari. Cuma tok pa takut tok palah punca Ad nak pergi. Tok pa mintak maaf pasal malam tu. Ad tahu tok pa macam mana, kan? Kalau ada yang tok pa marah ke, tegur ke, itu semua sebab sayang. Tok pa sayang anak cucu tok pa. Maafkan tok pa sekiranya Ad tersinggung hati.” Ujar tok pa kesal.

Aku senyum hambar. Sikit pun tak pernah salahkan tok pa, sebab kalau aku di tempat tok pa pun aku pasti akan buat benda yang sama. Tegur kerana sayang. Marah juga kerana sayang. Kalau tok pa tak sayang, tak adanya dia ambil peduli pasal cucu dia ni. Sungguh aku terharu dengan keprihatinannya.

“Ad tak marahkan tok pa dan tok pa tak perlu risau tentang itu. Bukan sebab tok pa Ad nak pindah. Macam yang mama beritahu tok pa, Ad nak cuba berdikari. Itu saja.” Jawapan yang sama aku beri pada mama. Rasanya mereka tak perlu tahu pun kenapa aku beriya sangat nak pindah. Aku taknak mereka salahkan Ashman pula.

“Kalau ikutkan hati tok pa, tok pa tak mahu berjauhan dengan anak cucu tok pa. Tapi tok pa sedar, ini sudah lumrahnya. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.”

Sebak pula aku dengar tok pa cakap macam tu. Sabar, Ad. Jangan nangis. Kalau kau nangis, nanti tok pa nangis jugak. Hati kecilku memujuk.

“Kita bukannya berpisah untuk selama-lamanya, tok pa. Ad tetap cucu tok pa walau ke mana saja Ad pergi.”

Tok pa senyum nipis. “Pasal budak Jepp tu, tok pa bukan saja-saja nak halang Ad berkawan dengan dia. Tapi tok pa lebih dulu makan garam dari Ad. Sekali pandang saja tok pa dah tak berkenan. Tok pa rasa tak sedap hati. Ad tentu faham maksud tok pa ni,”

“Ad faham. Semua tindakan tok pa tu untuk kebaikan Ad jugak. Cuma Ad nak tok pa tahu yang Ad memang tak ada apa-apa dengan dia. Malam tu Ad tak ada pilihan lain jadi Ad terpaksa balik dengan dia. Ad janji itu yang pertama dan yang terakhir Ad naik kereta dia. Tapi untuk elak dia mungkin susah sebab dia classmate Ad. Pergi mana-mana pun mesti jumpa.” Kesempatan ini aku gunakan untuk menjelaskan segala-galanya pada tok pa. Mudah-mudahan tok pa takkan fikir yang bukan-bukan lagi. Aku nak tok pa tahu, aku takkan buat benda yang tak elok di belakang mereka.

“Tok pa percayakan Ad. Tok pa tahu Ad anak yang baik. Nanti bila dah berjauhan dengan family, pandai-pandailah jaga diri. Kami tak boleh selalu pantau Ad,”

Hati dipagut sayu. Namun aku masih mampu mengukirkan senyuman buat insan di hadapanku ini.

“Insya-Allah, tok pa. Ad akan selalu ingat nasihat dan pesanan tok pa. Terima kasih sebab letakkan kepercayaan pada Ad walaupun cucu tok pa ni nakal dan ada sedikit keras kepala,”

“Lagi satu, setiap kali hujung minggu Ad mesti balik rumah jumpa kami. Tau?”

Aku ketawa dan mengangguk faham. “Insya-Allah, tok pa. Itu semestinya! Ad pun nak jumpa keluarga Ad jugak. Ad janji Ad akan selalu balik. Kalau tak, nanti Ad rindu dekat atuk kesayangan Ad ni!”

Tok pa tergelak sama. Lapang dadaku melihat reaksi tok pa. Ternyata tidak ada halangan dari dia. Aku menghela nafas lega. Alhamdulillah kerana segala-galanya dipermudahkan.





YA ALLAH, mengantuknya!! Aku tengok jam loceng. Baru pukul 7.50? Lambat lagi nak masuk Isyak! Aku menjerit dalam hati. Dah dekat setengah jam aku duduk atas sejadah dan berbungkus dengan kain telekung. Makin lama mata makin berat. Kalau ikutkan hati memang aku tidur je, tapi takut terlajak sampai Subuh tak pasal-pasal burn Isyak nanti. Iphone 6 gold di tangan aku pegang kemas, sabar tunggu Naura balas mesej. Sambil tunggu Isyak, aku sembang dengan Naura dekat Whatsapp. Cerita itu dan ini dengan bestfriend aku ni, termasuklah pasal Hanis dengan Ashman. Sesi melepaskan geram la lebih kurang.



Hanis tu busuk hati. Gerenti dia jealous dengan kau, sebab tu dia sakan mengutuk. Penyakit PHD ni memang bahaya! Jaga-jaga!



Apa sebab dia nak jealous dengan aku? Dia tu perfect, cantik dan seksi. Tak ada benda yang perlu dia dengkikan dengan aku yang memang takde apa-apa ni. Kalau duduk sebelah dia macam langit dengan bumi.


Naura is typing...



Dia jealous dengan kecantikan semula jadi yang kau miliki. Kau ada lesung pipit, dia tak ada! Kau putih, dia tak!! Bulu mata kau yang lentik tu ORI, tapi dia punya plastik!! Of course dia sakit hati!!


Mengekek-ngekek aku ketawa. Statement Naura ni tak tahan! Bukan main lagi dia puji aku. Aku dah tergelak sorang-sorang dalam bilik ni macam tak siuman! Tengah seronok berbalas mesej, Mak Jah melaung dari luar suruh turun makan.



Pandailah kau puji aku. Lantak dialah kalau dia sakit hati ke nak dengki ke, yang aku tahu aku tak kacau dia. Oklah beb. Aku nak turun makan ni. Kita sembang lain kali. Chow!



Cepat-cepat aku buka telekung. Tudung instant yang tersangkut di kerusi meja komputer aku pakai. Lapar pulak bila teringat mama masak lauk kari ayam dengan ayam goreng. Favourite aku tu!

Semua orang dah ready nak makan masa aku turun. Papa bacakan doa makan. Aku ke dapur cuci tangan dan ambil tempat duduk di sebelah mama.

“Eh? Sejak bila Ad tukar tempat duduk ni?” tanya papa kehairanan.

Aku sengih bersahaja. “Ad ada wudhuk, papa. Takut nanti tersentuh abang pulak.”

Papa angguk faham. Perghh!! Munasabah alasan aku tu! Maklumlah, biasanya aku duduk sebelah Ashman. Tapi bila bergaduh macam ni, memang tak kuasa aku nak duduk dekat dengan dia. Selagi aku boleh elak, aku elak!

“Kenapa sikit sangat nasi tu, Ad? Cuba makan banyak sikit. Ini tidak, makin lama makin kurus dah mama tengok.” Tegur mama bila dia tengok aku cuma ambil sesenduk nasi saja.

“Dietlah, mama.”

“Diet apanya? Tak cukup slim lagi ke awak tu?”

Papa dengan tok pa tergelak mendengar omelan mama. Aku sekadar tersengih, malas nak menjawab. Ashman pula membisu seribu bahasa. Tapi mata dia tu langsung tak duduk diam. Sikit-sikit tengok aku, sikit-sikit pandang aku. Huh! Apa hal dengan dia malam ni? Lain macam sungguh. Korek mata tu baru tau!

“Betul cakap mama tu, Ad. Makan banyak-banyak. Lepas ni Ad dah pindah, susah dah nak makan masakan sesedap air tangan mama ni.” sela papa.

“Alaa.. bukannya Ad tak balik sini langsung. Kalau ada masa, Insya-Allah Ad akan balik. Ad dah janji dengan tok pa.” tutur aku sambil memandang tok pa yang duduk di kepala meja.

“Betul tu. Dia dah janji dah. Kalau tak balik jugak maknanya dia tak sayang tok pa dialah tu.” tutur tok pa.

Kami tergelak serentak. Suasana ceria sebegini yang pasti aku rindu nanti. Lepas ni dah susah nak makan semeja dengan keluarga tercinta.

“Chop! Ash tertinggal train ke apa ni? Ad nak pindah mana?” Ashman pula bersuara. Dia agak terkejut sebab baru tahu pasal ni.

“Adik nak belajar berdikari. So lepas ni dia duduk rumah sewa dengan kawan-kawan dia,” papa menjawab bagi pihak aku. Macam tahu-tahu saja yang aku memang dah tak berminat nak bercakap dengan anaknya tu.

“Oooo...” itu saja yang terpacul di bibir Ashman.

Aku kerling Ashman sepintas lalu. Aku perasan perubahan riak wajahnya. Pelik. Aku ingatkan dia happy bila dapat tahu aku nak pindah. Tapi ini kenapa sedih je? Itu real punya mimik muka atau lakonan saja? Confused!

“Bila pindah?” tanya Ashman lagi setelah dia membisu beberapa saat.

“Next week dah. Makin sunyilah rumah kita nanti,” jawab mama sedikit sayu. 

Sudahnya sorang pun tak bercakap. Hilang terus suasana ceria tadi. Makin pilu aku dibuatnya. Siapalah yang seronok bila kena berjauhan dengan keluarga? Namun apakan daya, aku tak punya pilihan lain. Mungkin inilah jalan yang terbaik untuk aku. Aku redha.







“ABANG minta maaf pasal apa yang jadi dekat ofis tadi. Hanis tu, memang dia tu mulut laser sikit,” kata Ashman sewaktu aku sedang membaca novel di balkoni.

Aku tersenyum sinis. Macam-macam minah tu kutuk aku, sikit Ashman kata? Memang sah dia ni hati kering. Agaknya kalau orang kutuk dia pun dia tak rasa apa-apa.

“Memang betul apa yang Hanis cakap. Hakikatnya, Ad orang luar yang tak ada pertalian darah dengan keluarga ni. Ad tak pernah lupa asal usul Ad. Terima kasih kerana mengingatkan Ad tentang itu.” Balasku sebelum duduk di swing chair berlapikkan kusyen empuk berwarna merah.

“Please don’t say that.” Ujar Ashman, jelas tidak suka apa yang didengarinya.

“Kenapa? Bukan ke itu pun apa yang abang rasa?”

“Ad cakap apa ni? Abang tak faham.”

“Tak faham atau buat-buat tak faham? Ad tahu, sejak dari dulu abang tak pernah sukakan Ad, tak pernah cuba terima dan anggap Ad sebagai adik. Am I right?” aku memberanikan diri merenung anak mata Ashman.

Ashman terkedu. Pasti tidak menyangka aku akan berkata begitu.

“Kenapa Ad cakap macam tu? Ad tahu ke apa yang ada dalam fikiran abang?”

“Action speaks louder than words, abang. Tengok pada layanan abang pun Ad tahu, abang bencikan Ad. Lebih-lebih lagi lepas apa yang jadi malam tu. Abang sengaja biar tok pa marahkan Ad sebab abang rasa Ad ni cuba curi perhatian dan kasih sayang mereka. Betul tak?”

Ashman pantas menggeleng. “Tak, Ad. Ad salah. Sebenarnya, abang cuma..”

“Enough is enough. Ad dah taknak serabutkan kepala fikir pasal ni. Lepas ni Ad dah tak duduk sini, jadi abang takkan rasa tergugat lagi. Jangan risau. Kasih sayang tok pa, papa dan mama terhadap abang sikit pun tak berubah kerana abang darah daging mereka.” ujar aku serius sebelum sempat Ashman menghabiskan kata.

Kelu lidah Ashman, terpukul dek kata-kataku. Aku sudah mahu masuk ke bilik bila Ashman tiba-tiba saja menarik tanganku, ingin menghalang. Aku tersentak.

“Abang tak habis cakap lagi dengan Ad.” Ujar Ashman perlahan, namun cukup jelas kedengaran.

Aku merentap kasar tanganku yang digenggam Ashman, segera menjarakkan diri.

“Tapi Ad dah tak ada apa-apa yang nak dicakapkan. Ad penat. Nak rehat. Good night.” Kata aku tanpa menoleh ke arahnya.

Ashman diam. Mati kata hendak memujuk. Terdengar keluhan halus dari bibirnya. Aku segera melangkah ke bilik, membiarkan lelaki itu termangu sendiri.

________________________

tolong komen sikit ya? nak tau pendapat masing2, cerita ni ok ke tak. :) thank u!!

Tuesday 13 January 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 2


MASA aku masuk kelas, cuma Naura saja di sini. Yang lain tak datang lagi. Biasalah kalau kelas awal pagi. Semua berat hati nak tinggalkan bantal dan katil. Aku pun dua kali lima. Tapi lecturer kami yang seorang ni bahaya sikit. Kalau lambat sikit tu memang cari pasal namanya.

“Kenapa kau tak drive sendiri hari ni? Kereta rosak ke?” soal Naura sedikit hairan bila aku beritahu Pak Alan yang hantar aku ke mari.

Aku geleng kepala. “Taklah. Tok pa aku yang suruh Pak Alan hantarkan. Starting from today, aku dah tak dibenarkan ke mana-mana selain ke kampus.”

“Mak aii!! Dah ada peraturan baru ke kat rumah kau tu?”

“Ini semua si Ashman tulah yang punya pasal!!” jawab aku sebal. Masih tak boleh lupa kejadian semalam. Disebabkan dia kegembiraan aku musnah sekelip mata!

“Hah?! Abang angkat kau yang handsome tu? Apa dia dah buat?!”

Handsome. Naura tak habis-habis puji Ashman. Ok, itu aku tak nafikan. Ashman Aidil sememangnya kacak. Pada Naura aku ceritakan semuanya dari awal sampai akhir. Terkejut jugaklah Naura dibuatnya. Dengan dia-dia pun geram bila dapat tahu Ashman buat aku macam tu.

“Alahai.. harap muka je handsome. Tak sangka dia sanggup buat macam tu,” kata Naura.

“Aku ingat aku nak pindahlah. Aku taknak duduk rumah tu lagi,”

“Hmm.. sampai macam tu punya merajuk?”

“Bukan merajuk, tapi sedar diri. Aku ni menumpang je kat situ. Lagipun aku dapat rasa yang dia tu tak sukakan aku pun. Sejak kecil lagi, kami tak ngam.” Balas aku sebal. Ya, sejak dari awal aku masuk ke rumah tu sampai sekarang Ash buat aku macam orang asing. Tak tahu kenapa tapi aku rasa mungkin Ashman fikir aku ni nak rampas kasih sayang mereka dari dia.

Aku tak mintak jadi begini tapi dah ini takdir aku. Mama ambil aku dari rumah anak yatim masa aku 10 tahun. Masa tu Ash dah 15 tahun dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Kuantan. Bila dah habis sekolah, dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Sains Malaya, Pulau Pinang. Mungkin itulah sebabnya kenapa kami tak rapat sebab jarang berjumpa. Tapi dengan Kak Nia aku paling ngam. Sebab kami share semuanya dan dia anggap aku macam adiknya sendiri.

Tapi semenjak kebelakangan ni, Ash sangat baik dengan aku dan aku orang yang paling gembira kerana sangkaku dia sudah boleh menerima aku seadanya. Namun peristiwa semalam menyedarkan aku tentang sesuatu. Ashman Aidil masih yang dulu.

“Tapi dulu kau kata korang dah mula rapat. Alih-alih jadi macam ni. Pening aku dengar! Mana satu sebenarnya ni?”

“Memang kami dah ok, tapi aku rasa itu lakonan semata-mata. Dia saja je kut buat macam tu. Bila dah jadi macam ni aku mula sedar yang Ash tak pernah berubah. Dia tak suka aku dan takkan pernah suka aku.”

Naura menggosok-gosok belakang tubuhku. Turut bersimpati dengan nasib diri ini.

“Dahlah. Tak payah buat muka macam tu. Kalau kau serius nak pindah, kau staylah dengan aku. Kat sana pun aku tidur sorang aje. Nanti kalau kau pindah, kau jadi roommate akulah!”

“Serius?!” soalku sedikit teruja.

“Serius! Lagipun kalau kita serumah lagi senang. Study sama-sama. Pergi kelas sama-sama.”

Betul jugak tu. Aku pun dah tak payah berdepan dengan Ashman lagi. Dengan cara ini saja aku dapat lari dari dia.

“Kalau macam tu aku cuba tanya mama aku dulu. Harapnya dia setuju.” Tutur aku penuh mengharap.

“Kalau tok pa kau tak bagi?”

“Aku akan pujuk dia sampai dia setuju. Titik.” Ujar aku nekad.





MACBOOK Air Apple warna pink hadiah pemberian papa dan mama aku letak perlahan ke meja kopi di ruang tamu. Mood nak buat assignment dan tengok TV sama banyak. Sesekali aku mengerling ke arah mama yang leka membaca majalah. Sebenarnya aku bukan nak tengok TV sangat. Sengaja cari peluang untuk berbincang dengan mama pasal rancangan aku yang mahu pindah keluar dari sini. Harap tak ada bantahan apa-apa dari mama.

Mata melekat di kaca TV. Otak pula sibuk merangka-rangka ayat untuk diluahkan. Tak tahu macam mana hendak aku mulakan. Takut mama terkejut nanti. Tak ada angin tak ada ribut anaknya mahu pindah. Dah kenapa?

“Hai, tak pernah-pernah anak mama ni buat homework depan TV. Kata takut tak boleh fokus?” tegur mama.

“He he he. Ad ada cerita nak tengok, ma. Sebab tu standby depan TV. Sambil tu boleh buat kerja.” Dalih aku sambil buat-buat ketawa, cuba tutup rasa nervous nak cakap dengan mama mengenai hasrat yang satu ini.

Mama turut ketawa dan fokus pada majalah semula. Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Macam mana nak cakap ni ye? Nak cakap sekarang ke tunggu lain kali? Tapi, sampai bila nak tangguh? Lambat beritahu, lambatlah aku dapat keluar dari sini.

“Mama, sebenarnya Ad ada benda nak beritahu mama ni..” Aku memulakan perbualan. Cuma kami dua beranak di ruang tamu ni. Mak Jah dalam bilik. Papa dengan tok pa dekat surau. Si Ashman tu lepas Maghrib terus menghilang entah ke mana. Lantak dialah!

“Apa dia, sayang?”

Dari duduk bersila atas karpet, aku bergerak ke sofa dan duduk di sebelah mama.

“Err.. Ad sebenarnya nak...” aku terhenti sejenak.

“Ad nak apa? Duit belanja tak cukup? Nak pergi shopping? Cakap je. Mama takkan marah,” sela mama.

Aku sengih kelat. “Tak, ma. Bukan tu..”

Mama mengerut dahi. “Ad ni buat mama sakit jantunglah. Apa yang Ad nak cakap sebenarnya ni?”

“Kalau Ad cakap mama janji jangan marah.”

Mama angguk perlahan, menanti ayat selanjutnya dariku.

“Ad sebenarnya dah fikir masak-masak pasal ni. Ad nak pindah duduk rumah sewa dengan kawan-kawan Ad. Mama tak kisah, kan?”

“What? But why? Ad nak tinggalkan mama?” soal mama agak terkejut.

“Tak, jangan salah faham. Ad cuma nak belajar berdikari je. Ad nak buktikan pada semua orang yang Ad dah boleh jaga diri Ad sendiri. Sampai bila Ad nak duduk celah ketiak mama dengan papa? Betul tak?” lancar aku menutur kata. Ingin berdikari itu cuma alasan. Aku rasa, tak perlulah mama tahu sebab sebenar kenapa aku ingin pergi dari sini. Aku taknak mama tahu aku dengan anak teruna dia tu ‘berperang’ sekarang ni.

“Ad nak berdikari atau Ad merajuk?”

“Maksud mama?”

“Lepas apa yang Ad cerita, mama tahu sedikit sebanyak Ad terasa dengan tok pa dan Abang Ashman. Betul tak?”

Pertanyaan mama menjerut leherku. Betul sangatlah tu. Tapi bukan sebab tok pa, sebab Ashman. Kenapalah aku sensitif sangat dengan dia? Kenapa aku harap dia akan pertahankan aku? Aku bukan adik dia, buat apa aku harap dia buat macam tu?

“Ad dah lupa pasal tu. Ad nak pindah ni pun sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan apa yang jadi.” Bohong aku.

“Are you sure about this? Kalau tok pa tak izinkan macam mana?”

“Sebab tu Ad cakap pasal ni dekat mama. Ad harap mama boleh tolong pujuk tok pa. Pleaseee..!”

Mama menghela nafas perlahan. Seketika, dia mendiamkan diri. Sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Majalah di tangan diletak ke meja kopi.

“Nantilah. Biar mama bincang elok-elok dengan tok pa dan papa sekali. Apa-apa keputusan semuanya bergantung pada tok pa. Ad tahu perangai tok pa tu, kan? Dia tak suka kalau kita memandai-mandai,”

“Ok. Tapi kalau boleh mama tolonglah yakinkan tok pa tu. Ad serius. Ad nak rasa hidup berdikari. Ad taknak orang fikir Ad ni cengeng sangat.” Aku menambah. Hish!! Asyik membohong je. Berganda-ganda dosa malam ni. Astaughfirullah! Maafkan Ad, mama. Ad terpaksa.

“Mama faham. Ad jangan risau sangatlah. Serahkan pada mama. Insya-Allah tok pa akan setuju.”

“Thanks, ma! I love you!” aku peluk mama erat lantas pipinya aku kucup mesra. Pastinya dialah insan yang akan paling aku rindui nanti.

“I love you too, sayang.” Mama turut memelukku penuh kasih.

Tengah syok manja-manja dengan mama, Ash balik. Mati terus mood aku sebaik terdengar dia memberi salam. Cepat-cepat aku pakai tudung yang aku letak atas bahu tadi.

“Ash ke mana tadi?” tanya mama.

“Jumpa kawan, mama.” Jawab Ash sopan dan terus duduk di sofa, tidak jauh dari kami.

Pandangan kami bersabung seketika. Tak selesa dengan situasi sebegitu, aku pantas ambil laptop atas meja kopi. Memang taklah aku nak lepak lama-lama kat situ bila Ashman ada. Lelaki itu masih merenung aku, namun tidak berkata apa-apa.

“Eh, nak ke mana ni, Ad? Kata nak tengok TV.” Tegur mama pelik.

“Tak jadilah, mama. Ad lupa cerita ni ada ulangan esok. Ad buat kerja kat bilik ajelah.” Dalih aku.

“Ok. Jangan tidur lambat sangat, ya?”

Aku angguk dan terus ke bilik. Satu keluhan berat aku lepaskan. Sabar, Ad. Lepas ni kau tak perlu berhadapan dengan dia lagi. Kau akan bebas sebebas-bebasnya dari dia. Fullstop.







LEPAS habis kelas tadi, Pak Alan terus bawa aku ke ofis tok pa. Tok pa ajak aku lunch dengan dia hari ni. Sementara tunggu tok pa siap kerja, aku duduk melepak dalam bilik tok pa. Tok pa sibuk depan komputer. Aku pula sibuk baca novel di kerusi panjang yang tersedia. Bilik tok pa ni awesome habis sebab menghadap KLCC dan KL tower. Dari tingkat tujuh ni bila tengok bawah rasa gayat semacam.

“Kejap ya, Ad. Tok pa ada kerja sikit ni. Kejap lagi kita pergi makan.” kata tok pa sambil matanya tidak lepas dari meneliti dokumen atas meja.

“Takpe, tok pa. Jangan rushing. Ad boleh tunggu.” Jawab aku yang selesa berlunjur kaki atas kerusi.

Masa tengah baca novel, aku ternampak Hanis lalu di depan bilik tok pa menuju ke pantri. Hanis a.k.a kerani terseksi yang pernah aku jumpa. Hampir semua staf kat sini panggil dia kembar Rozita Che Wan a.k.a Che Ta disebabkan bulu mata plastiknya yang melentik mengalahkan aktres terkenal itu sendiri. Memang Hanis tu cantik, tapi sayang perangainya tak secantik orangnya. Setiap kali aku ke sini mesti dia buat muka dengan aku, seolah-olah aku ni musuh ketat dia walhal aku kacau hidup dia pun tidak. Tak faham betullah aku, kenapa semua orang dalam dunia ni benci sangat dengan aku?

Aku pantas bangun dari kerusi. Tiba-tiba aje rasa nak terkucil. Sejuk sangat air-con dalam bilik tok pa ni. Nasib baik pakai baju lengan panjang.

“Ad nak ke mana?” tanya tok pa.

“Nak pergi toilet kejap.” Jawab aku.

Sepantas kilat aku berlari ke toilet. Beberapa minit kemudian, masa aku nak balik ke bilik tok pa semula aku terdengar suara Ashman dengan Hanis yang sedang bersembang di pantri. Dan langkahku mati bila terdengar namaku disebut-sebut Hanis. Aik? Mengumpat ke dia orang ni? Aku kaku berdiri tidak jauh di pantri, diam-diam pasang telinga. Nasib orang lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Kalau tak orang ingat aku spy budak berdua ni pulak.

“Apa adik angkat you tu buat kat sini, Ash?” soal Hanis tidak senang.

“Siapa?” Ashman pula bertanya.

“Berapa ramai lagi adik angkat yang you ada? Si Ad tulah! Siapa lagi?!” intonasi Hanis kedengaran kasar. Marah betul gayanya.

“Oohh.. agaknya tok pa I suruh dia datang tu..”

“I peliklah. Kenapa keluarga you manjakan dia sangat? Anak angkat je pun. Bukannya ada pertalian darah.”

Berdesing telingaku mendengarnya. Kalau ikutkan hati sekarang jugak aku sekeh kepala dia. Hanis cakap macam tu? Kenapa? Apa masalah dia sampai kaw-kaw kutuk aku? Aku masih tidak berganjak. Yang dia orang pun, punyalah syok bersembang sampai tak perasan langsung aku kat sini. Perangai..!

“Apa you ni? Slow sikit suara tu. Nanti kalau dia dengar macam mana?”

Heh!! Ashman, Ashman. Macam tu cara dia marah Hanis? Kelakar!! Marah macam tak marah je.

“Lantaklah!! Kalau dia dengar lagi bagus! Biar sedar diri sikit! Ini berlagak habis I tengok dia.”

Amboi, sedapnya mulut! Kalau aku tenyeh cili api dekat mulut tu baru tahu!! Sabar Ad, sabar! Aku ke dia yang berlagak? Tiap kali jumpa tak pernah nak senyum. Sombong semacam!! Apalah masalah perempuan ni, ya? Benci sangat dengan aku. Aku ada buat salah ke? Tiba-tiba, Ashman ternampak aku. Bulat matanya melihat aku dari jauh. Terkejutlah tu!

“Ad!” jerit Ashman.

Hanis turut berpaling ke arahku, namun tidak langsung kelihatan riak bersalah di wajahnya sebaliknya dia melemparkan senyuman sinis kepadaku. So annoying!! Ashman sudah ingin melangkah mendapatkan aku, namun aku pantas berlari ke bilik tok pa semula. Aku tak mahu cakap apa-apa dengan dia. Sesuai sangatlah dia dengan Hanis. Dua-dua pun tak ada hati dan perasaan. Tahu nak sakitkan hati orang je! Benci!!

“Tok pa, can we go now?” tanya aku sebaik masuk ke bilik tok pa. Beg di kerusi aku galas segera. Sudah tak ingin menunggu lama lagi. Panas hati betul aku dengan mereka tu!

“Jomlah. Tok pa pun dah lapar ni.”

Komputer ditutup dan tok pa terus ambil kot yang disangkut pada belakang kerusi lantas disarung ke tubuhnya. Saat itu jugalah Ashman muncul di muka pintu. Pandangan kami bertembung sesaat sebelum aku memalingkan muka ke lain. I hate to see that face and I don’t want to look at him anymore!! Benci!! Aku benci Ashman Aidil!!

“Kenapa, Ash? Ada apa-apa nak bincang ke? Tok pa nak keluar lunch dengan Ad ni,” tok pa yang tak tahu apa-apa menyoal. Handphone dan wallet atas meja dicapai.

Aku diam saja, buat tak endah dengan mamat tu. Sakit hati pasal malam tu tak hilang lagi, hari ni ditambah pula dengan masalah lain. Ashman jahat!! Dalam hati aku lega sebab tok pa tak ajak Ashman sekali. Kalau tidak aku lebih rela mati kelaparan dari hadap muka mamat tu!

“Err.. tak, tok pa. Sebenarnya Ash ada hal nak cakap dengan Ad sikit. Tapi.. kalau tok pa dah nak keluar takpelah. Kami cakap dekat rumah je nanti.” Balas Ashman teragak-agak.

Huh? Cakap dekat rumah? Siapa kata aku nak cakap dengan dia?! Hell no! Buat apalah dia sibuk-sibuk nak cakap dengan aku? Nak pujuk aku? Ashman nak pujuk aku? Jawabnya tidak!! Lelaki tak berperasaan macam dia mana reti pujuk!

“Oklah kalau macam tu. Let’s go, Ad.” Ajak tok pa.

Aku pantas mengikut tok pa dari belakang. Langsung tak angkat muka dan langsung tak tengok Ashman yang masih tercegat di tepi pintu. Masa nak lalu tepi Ashman tulah aku langgar bahu dia kuat-kuat. Sengaja buat macam tu. Serves him right!!