Thursday 23 January 2014

Oh My Ex-Husband! 19


Perlahan aku membuka mata. Seketika, siling bilik itu aku pandang kosong. Kat mana aku ni? Setahu aku, lampu bilik aku warna kuning. Bukannya putih macam ni. Aku toleh ke kiri sebaik terdengar suara yang menyeru nama aku perlahan. Wajah Harith Daniel yang duduk di sisi katil terpampang di mata. Air mukanya tidak seceria selalu.

“ What.. What happened…? Kenapa Rene… Ada kat sini….?” Dengan perlahan aku menutur kata sebaik aku tersedar yang aku kini sedang berada di wad. Bau ubat yang menusuk hidung membuatkan aku semakin pening dan loya. Apa dah jadi dengan aku?

“ Rene tak sihat. Rene pengsan tadi… Doktor terpaksa tahan Rene kat sini dulu..” beritahu Harith dengan suara mendatar.

“ Pengsan..?”

Harith angguk. “ Yup.. Rene demam.. Suhu tinggi sangat..”

Aku memejamkan mata sejenak. Sakit kepala masih terasa, namun tidaklah seteruk tadi. Baru aku ingat. Tadi aku nak balik rumah. Masa itu jugalah Harith datang ajak keluar minum petang. Tapi aku taknak sebab terlampau letih. Lepas tu apa jadi? Aku tak ingat!

“ Serius Rene tak ingat apa – apa. Abang ke bawak Rene datang sini?” soal aku dengan mata yang dihalakan tepat pada wajah Harith.

“ A’ah. Rene tak ingat? Abang datang jumpa Rene dekat office tadi.. Lepas tu Rene kata nak balik. Masa tulah Rene pengsan.. Nasib baik abang ada kat situ.. Kalau tak.. Tak tahu apa akan jadi pada Rene…”

Aku menghela nafas perlahan. Tersentuh hati ini mendengarnya. Syukur, Ya Allah. Mungkin itulah hikmahnya Harith datang menemui aku. Kalau tak ada dia, entah apalah nasib yang akan menimpa aku agaknya?

“ Can I go home now?” aku dah tak tahan dengan bau yang kurang menyenangkan di dalam wad ini. Kalau boleh biarlah aku balik dan berehat di rumah saja. Aku lebih selesa begitu. Tanganku yang dicucuk jarum untuk memasukkan air aku pandang sekilas.

“ No you can’t.” tegas Harith.

“ Tapi… Tak sukalah duduk sini…” aku merengek persis anak kecil.

“ Jangan degil, Rene. Please…? Ini semua untuk kebaikan Rene jugak. Sekurang – kurangnya kat sini doktor boleh pantau Rene dari semasa ke semasa… Lagipun bukannya Rene kena duduk lama kat sini.. Kejap je.. Sehari dua lagi bolehlah balik..” lembut suara Harith memujuk.

Hmmm.. Nampak gayanya terpaksalah aku mengalah. Kalau dah Harith cakap macam tu, jawabnya memang aku takkan menang. Sabarlah sikit, Rene. Kau tu cuma demam. Bukannya sakit kronik sampai kena duduk hospital berminggu lamanya. Kalau nak cepat sembuh kenalah ikut arahan doktor… Dan arahan Harith Daniel!

“ Abang dah call mama.. Kejap lagi mama dengan papa sampailah tu..” beritahu Harith tanpa dipinta.

Beberapa saat selepas itu, aku terdengar bunyi pintu ditolak dari luar. Aku dan Harith sama – sama pandang ke arah dua insan yang baru tiba di situ. Aku tersenyum nipis. Panjang umur mereka!

“ Mama.. Papa..” seru aku lemah saat mereka mendekati aku yang terbaring lesu di katil.

Harith bangkit dari kerusi lantas menyuruh mama duduk di situ. Papa pula duduk di hujung kakiku. Mereka memandang aku dengan penuh kebimbangan.

“ Syukurlah Rene dah sedar.. Patutlah masa kat rumah tadi mama rasa tak sedap hati. Jantung mama tiba – tiba rasa macam nak pecah.. Anak mama sakit rupanya.” Tutur mama sayu sambil menggenggam erat tangan aku. Bebola mata mama basah. Pasti mama menangis kerana teramat risaukan aku.

“ Terima kasih, Harith.. Sebab tolong bawak Rene datang sini.. Mujur Harith ada..” kata papa sebaik wajah Harith dipandang.

“ Tak ada hal, papa. Harith memang pergi office Rene sebab nak jumpa dia. Terkejut tengok muka dia pucat. Baru tahu dia demam.” cerita Harith seraya melemparkan pandangan pada aku pula.

“ Itulah Rene.. Kan mama dah cakap.. Tak payah pergi kerja, ambil MC je. Tapi Rene degil.. Mama suruh rehat kat rumah Rene taknak.” sempat lagi mama bebelkan aku. Ibu mana yang tak risaukan anaknya? Bila dah jadi macam ni, hati ibu mana yang tenang? Kesian mama, dapat anak yang degil macam aku.

Aku cuma tersengih dengan wajah tak bersalah. Sesekali aku kerling ke muka Harith. Ada riak risau dan takut di wajahnya. Riak wajah sama yang pernah aku lihat ketika aku terlantar di wad selepas mengalami keguguran dulu.

“ Harith kalau nak balik dulu, baliklah. Biar kami temankan Rene kat sini..” ujar mama.

Harith menjeling jam tangannya sekilas. Kepalanya diangguk perlahan. “ Kalau ada apa – apa, mama telefon Harith ya?”

Mama angguk seraya tersenyum ke arahnya.

“ Abang balik dulu.. Nanti abang datang lagi..” tutur Harith saat dia berkalih pandang ke arah aku. Dia segera menyalami tangan papa dan mama sebelum beredar meninggalkan kami bertiga di wad persendirian itu.

“ Abang…” panggil aku bila Harith sudah membuka pintu.

Harith menoleh. “ Yup?”

“ Thank you for everything..” ucap aku bersama senyuman di bibir.

Harith juga membalas senyumanku kemudiannya. Dia mengangguk dan tak lama selepas itu kelibatnya hilang dari pandangan.

“ Rene nak makan, sayang? Mama ada belikan buah epal dengan limau Sunkist ni.” mama segera mencapai plastik berlogo Tesco yang terdapat pelbagai jenis buah – buahan di dalamnya.

“ Nak. Nak mama suapkan.. Hehehee..” ujar aku dengan suara ala – ala manja. Haihh.. Apa boleh buat.. Umur dah masuk angka 26 pun masih lagi tak hilang sikap cengengku ini. Depan Harith tadi pandai pula aku buat – buat cool. Bila dia tak ada, terus aku berubah watak. Hehehee! Malulah nak manja – manja depan dia.. Nanti dia ejek aku pula!

Mama segera membantu aku bangun dari pembaringan dan suapkan aku seperti yang aku minta. Papa hanya tersenyum memerhati kami berdua. Mereka dah masak sangat dengan perangai anak bongsu mereka ni. Manja dan keras kepala. Itulah Rene Hannani!

___________________

Pagi itu aku terkejut melihat Harith yang datang membawa teddy bear besar, berbulu sejuk warna kelabu. Comel gila! Tapi apa pula motif Harith bawak teddy bear ni ke sini? Aku rasa aku tak suruh pun dia beli apa – apa.




“ Untuk siapa ni?" tanya aku.

“ Untuk Rene Hannanilah! Siapa lagi? Comel tak?”

Untuk aku? Awww... So sweet!! Harith belikan aku teddy bear! Sweetness overload!

“ Sangat – sangat comel! Besarnya teddy bear ni!! Boleh mati kena hempap kalau besar macam ni..”

“ Saja abang beli yang besar. Abang tengok pun geram sangat.. Terus belikan untuk Rene. Biar Mr. Bear ni temankan Rene sehari dua ni..”

Harith meletakkan anak patung beruang itu di sisi aku. Aku tersengih lebar. Mr. Bear nama diberi! Comel! Hampir sama besar dengan aku saiznya! Ini kalau buat peluk masa tidur ni best ni!

“ Thanks, abang.. Erm.. Abang tak kerja ke hari ni?” tanya aku sedikit hairan melihat dia yang hanya memakai t - shirt putih Hard Rock Cafe dengan seluar jeans. Sempoi gila! Tak nampak macam gaya orang nak masuk pejabat pun?

“ Tak. Abang ambil cuti. Nak jaga Rene.”

Aku terkedu sejenak. Dia sanggup ambil cuti semata – mata nak jaga aku? Alahai… So sweet! Tipulah kalau aku kata aku langsung tak terharu. Malahan aku sangatlah terharu kerana dia sanggup korbankan waktu kerjanya demi aku. Tapi aku tak mahu kerjanya tergendala disebabkan aku.

“ Kenapa sampai ambil cuti pulak? Abang janganlah risau sangat.. Rene kat sini okey. Nanti mama datang. Nurse pun ramai yang pantau Rene.” ujar aku pula.

“ Biarlah.. Abang nak jaga Rene. Abang taknak biarkan Rene sorang – sorang kat sini..”

“ Ni yang Rene tak suka.. Rene kalau boleh taknak susahkan sesiapa pun..” aku dilanda rasa bersalah. Rasa macam dah susahkan Harith sampai terganggu jadual dia.

“ Susah apanya? Abang dah cakap dekat bos dah.. Dia okey je. Rene tak perlulah risau pasal tu. Lagi satu.. Abang tak senang duduk bila Rene tak sihat macam ni.. Satu kerja pun tak boleh nak buat.. Sebab Rene tak ada depan mata. Kalau pergi kerja pun hilang fokus buat apa? Baik datang sini.. Jaga Rene. Rene tak tahu.. Abang takut sangat masa Rene pengsan tu.. Abang tak tahu nak buat apa.. Panik sangat!”

Sampai macam itu sekali Harith risaukan aku. Itu baru aku demam. Kalau aku mati, macam manalah dia agaknya? Kalaulah dulu Harith sentiasa ada masa untuk aku macam ni, alangkah bahagianya aku. Tapi, Rene… Itu cerita lama. Tak usah dikenang lagi. Cukuplah seksa hati sendiri. Lupakanlah semuanya.

“ Erm.. Tapi kalau abang ada hal, janganlah batalkan sebab Rene.. Jangan sampai terganggu jadual abang hanya sebab nak jaga Rene. I’ll be fine.. Don’t worry.”

“ Yelah.. Abang tahu tu. Dahlah.. Rene makan ni dulu.. Mesti Rene lapar, kan?” Harith terus tarik meja di hujung katil dekat dengan aku. Sarapan pagi yang sudah disediakan oleh jururawat di atas meja itu aku pandang tak berperasaan. Makanan hospital. Tahu – tahu sajalah. Tak kena dengan tekak kita. Serba – serbi tawar. Makanan orang sakitlah katakan.

Aku segera bangun dan bersandar di kepala katil. Harith ambil sesudu bubur yang masih panas, ditiupnya perlahan sebelum disuakan pada bibir aku. Aku terpana dengan tingkah Harith. Sungguh aku terharu.

“ Bismillah dulu...” suruh Harith.

Aku hanya menurut. Berkerut dahi aku sebaik bubur itu selamat masuk ke dalam mulut. Tak rasa apa – apa. Aku dah hilang deria rasa ke ni?

“ Sedap tak?” tanya Harith setelah aku cuma membisu tanpa kata.

“ Tak rasa apa – apa pun..”

“ Memanglah.. Rene demam.. Lagipun inikan bubur.. Takkan nak suruh ada perisa tomyam kut?” senda Harith disusuli tawa kecilnya.

Terburai tawa aku. Buat lawak pula dia. Tapi betullah Harith kata. Aku demam sebab itulah makan tak rasa apa. Mulut pahit semacam.

“ Rene kena makan banyak – banyak. Biar cepat sihat. Abang taknak Rene sakit macam ni lagi..”

Tersentuh hati ini mendengarnya. Dia benar – benar ambil berat tentang diriku. Masuk suapan yang kelima, aku geleng. Sudu yang sudah disuakan ke bibir aku tolak lembut.

“ Taknak dah? Sikit lagi ni tak habis.”

“ Takpelah.. Dah kenyang..”

Gelas air kosong diberikan pada aku. Aku minum seteguk dua. Rancangan Wanita Hari Ini di TV3 menjadi tumpuan aku sejenak. Tiba – tiba Harith mengesat hujung bibirku dengan tisu, buat aku jadi terpempan dengan tindakan refleksnya itu. Wajahku merona merah. Dalam dada aku sekarang macam ada drum beat. Dup dap dup dap! Gila tak berdebar bila dah jadi macam ni? Aku saja yang menggelabah agaknya. Sedangkan Harith tampak begitu relaks, tenang macam tak ada apa – apa yang berlaku.

“ Rene makan comot. Macam baby.. Tapi takpe.. Comot – comot dia pun tetap comel. Abang suka…” ujar Harith bersama sengihan panjang.

Aku juih bibir. “ Sakit – sakit macam ni pun puji Rene lagi. Pandailah dia.”

“ Orang kalau dah cantik, muka pucat macam hantu pun tetap cantik.”

Haihh..!! Kan betul aku cakap? Kalau dengan Harith Daniel, cakaplah apa pun takkan menang. Sudahnya aku cuma diam malas nak menjawab.

_______________________

Seperti yang diberitahu dalam telefon tadi, Amirullah datang melawat aku usai habis waktu kerja. Datang siap bawa sejambak bunga lily untuk aku. Yang ini pun tak mahu kalah juga. Apa saja yang dia buat, semuanya untuk ambil hati aku. Terkadang aku rasa, Harith dengan Amir ni macam bersaing berebut untuk dapatkan aku.

“ Kenapa tak cakap dekat I yang you demam?” tanya Amir dengan nada tak puas hati.

“ Alaa.. I demam biasa je. Malas nak kecoh – kecoh. I taknak orang risaukan I.” aku menjelaskan. Tak mahu dia fikir aku sengaja sisihkan dia kerana langsung tak maklumkan tentang ini pada dia. Walhal bukan itu niat aku. Cuma aku malas nak perbesarkan hal kecil. Aku demam biasa saja. Malaslah nak buat orang lain risaukan aku yang sakitnya tak seberapa ni.

“ Demam biasa apanya kalau sampai dah pengsan.. Ini nasib baik Harith yang cakap.. Kalau tak agaknya sampai ke sudah I tak tahu.”

Aku pandang Harith yang begitu khusyuk membaca majalah kereta di kerusi panjang, tidak jauh dari kami. Dia kalau dah dapat majalah kegemaran dia tu, memang tak pandang kiri dan kanan. Tapi kira okeylah dia suka magazine kereta. Asalkan jangan majalah Playboy sudah! Kalau itu terjadi, akulah orang pertama yang akan sekeh dia seratus juta kali!

Dari pagi sampai ke petang, si HD ni langsung tak ke mana – mana. Kalau keluar pun, hanya untuk turun makan di kafeteria hospital dan ke surau.

“ Yelah.. Sorry.. Apa – apa pun.. Terima kasih untuk bunga ni.. Cantik…” balas aku seraya meletakkan jambangan bunga itu ke meja.

“ Nak limau tak? Anggur? Ke epal?” Bakul buah – buahan di atas meja di sisi katil Amir capai.

“ I rasa nak epal hijau tu.. I nak makan benda masam.. Mulut ni tak rasa apa – apa kalau makan benda lain.”

Amir hanya mengangguk. Aku segera membetulkan duduk, bersandar pada kepala katil seraya menumpukan perhatian ke arah kaca TV. Mujurlah ada TV sebagai hiburan. Kalau tak boleh mati kebosanan juga aku nanti.

Selang beberapa saat, Amir kembali duduk di birai katil. Baru saja aku nak ambil buah epal yang sudah siap dipotong, Amir pantas menghalang.

“ Biar I suapkan..” kata Amir.

Hah? Amir nak suap? Biar betul! Ni yang buat aku lemah ni! Nak manjakan akulah pula!

“ I boleh makan sendirilah you!” aku tekankan suaraku. Kurang selesa dilayan sebegitu oleh Amirullah. Kian resah aku dibuatnya bila aku perasan Harith sedang memerhatikan gelagat kami berdua dengan riak wajah yang sukar aku tafsirkan. Marahkah dia? Atau sebenarnya dia cemburu?

“ Tak apa.. I suapkanlah...”

“ Tapi…”

“ Apa yang susah sangat? Bukak mulut tu cepat..”

“ Tak payah nak bersuap sangatlah.. Orang tu ada tangan.. Biar je dia makan sendiri.” ujar Harith dengan nada yang berbaur cemburu. Pandangannya tak lari dari dada majalah di tangan.

Aku menahan tawa melihat riak cemburu di wajah Harith. Aku dapat rasa yang Harith sebenarnya tidak senang dengan kelakuan spontan sahabat baiknya itu. Pandailah dia. Pagi tadi dia suap aku boleh. Tapi bila Amir nak suap, tahu pula dia suruh aku makan sendiri. Boleh tahan kuat cemburu dia ni!

“ Alaa.. Biarlah.. Bukannya selalu dapat manja – manja macam ni.. Kan, Rene? Cepat.. Bukak mulut tu.” Dengan selambanya Amir membalas. Taknak kalah dia. Tetap nak suap aku makan.

Aku tak mampu menolak lagi. Nganga saja mulut, Amir terus suapkan epal hijau ke dalam mulutku. Lelaki itu tersenyum lebar. Aku melarikan mata ke kaca TV semula bila Amirullah merenung aku tanpa berkelip. Amir ni kenapa pandang aku macam tu? Tak suka!

Bunyi majalah dihempas kuat ke meja menyentakkan aku dan Amir. Serentak kami menghalakan mata ke arah Harith Daniel yang sudah bangkit dari sofa, segera mendekati Amir. Mukanya ketat semacam.

“ Rene.. Abang balik dulu.. Kejap lagi mama sampai..” beritahu Harith dengan nada mendatar.

Laa.. Tiba – tiba je nak balik! Apa kes Harith ni? Marah sangat ke Amir suap aku tadi? Aduh.. Peninglah kepala aku macam ni! Susahnya nak gembirakan hati dua jejaka dalam satu masa!

“ Erm.. Abang datang sini malam ni?”

“ I’m not sure yet. Tengok keadaan.”

Aku angguk lagi. Timbul rasa kasihan pada dia. Sanggup berulang – alik dari rumah ke hospital. Semuanya disebabkan aku. Tapi bukannya aku yang minta, dia yang beria sangat nak jaga aku. Kalau dia sendiri yang sanggup apa lagi yang hendak aku kata? Ikutkan sajalah. Malas nak bergaduh pasal hal remeh – temeh ni. Buat serabut kepala lagi adalah.

“ Kau jangan nak lama – lama sangat kat sini, bro.. Ingat sikit.. Kucing kat rumah tu dah kelaparan.” Harith menepuk – nepuk bahu Amir perlahan.

Amir ketawa kecil. Aku pula yang naik hairan. Kucing? Amir ada bela kucing ke dekat rumah tu? Harith terus berlalu meninggalkan kami berdua di sini.

“ Kucing? Bila masa you bela kucing?” tanya aku pada Amir yang duduk di birai katil.

“ You percaya I bela kucing? Taklahhh.. Harith saja je tu.. Dia taknak I duduk lama kat sini sebenarnya. Sebab tu suruh balik cepat.. Apa lagi? Dia jealouslah tuu…!”

Oh! Baru aku faham! Patutlah Harith cakap macam tu. Rupa – rupanya sengaja taknak Amir lepak sini lama – lama dengan aku! Kes cemburulah ni! Aduh!! Harith, Harith! Ada – ada sajalah dia ni!

________________________

Dah lebih 10 kali aku tengok jam. Ternanti – nanti kehadiran seseorang. Namun hingga ke saat ini, dia tak kunjung tiba. Mana dia ni? Jadi datang ke tak sebenarnya? Tadi bukan main beria nak temankan aku, setiap saat nak temankan aku. Sekarang ni apa cerita? Batang hidung dia pun tak nampak! Huh! Cakap tak serupa bikin!

Aku capai anak patung beruang di meja sisi. Mr. Bear yang comel itu aku renung lama. Nasib baik ada teddy bear ni. Boleh buat peluk masa tidur nanti. Aku melepaskan keluhan berat. Wajah Harith terbayang – bayang di mata. Hai, Rene… Bila ada, jual mahal. Bila tak ada, tercari – cari. Lain kali jangan ego sangat.

“ Apa jauh sangat mengelamun tu, Rene?”

Teguran mama menyedarkan aku dari khayalan panjang. Aku sengih menayang gigi ke arah mama yang baru melabuhkan punggung di sofa biru gelap itu.

“ Err.. Takde apa – apa, mama.. Cuma Rene dah bosan duduk sini. Nak balik.” aku berdalih. Kalau mama tahu aku fikirkan pasal Harith, malulah! Mesti mama tak sudah – sudah usik aku nanti.

“ Ala.. Sabarlah sikit. Esok lusa bolehlah balik.”

Aku angguk. Walhal bukan itu yang menganggu fikiran aku sekarang, tapi Harith. Aku belek fon di tangan. Berharap akan ada panggilan atau pesanan ringkas dari dia, tapi hampa. Kenapa aku perlu rasa sebegini? Adakah ini namanya rindu?

“ Mama.. Dah lewat ni.. Rene rasa ada baiknya mama balik dan berehat. Kesian mama.. Rene rasa malam ni kalau mama tak temankan Rene pun tak apa. Rene okey je sorang – sorang kat sini.” Sungguh aku kesiankan mama yang terpaksa bermalam di sini untuk temankan aku. Walhal aku okey saja kalau tak ada sesiapa datang jaga aku. Aku bukannya budak – budak lagi.

“ Mama tunggu Harith. Tadi dia call.. Kata dah dalam perjalanan.. Tapi tak sampai – sampai lagi. Jalan sesak agaknya. Nanti kalau dia dah sampai, baru mama balik.”

Oh! Maksudnya Harith memang nak datang sini! Aku ingatkan dia dah tak sudi jenguk aku dah! Manalah tahu dia cemburu sangat petang tadi, sampai langsung taknak jumpa aku lagi. Tapi rasanya tak kut? Aku tersenyum lega. Aku menutup mulut yang sudah terbuka luas. Dah tiga kali menguap. Mungkin kesan ubat yang aku makan tadi sebab itulah aku cepat mengantuk.

“ Mengantuknya.. Kalau Rene tidur dulu boleh tak?” aku menenyeh – nenyeh mata yang semakin lesu. Selimut aku tarik sampai ke paras dada. Nak tunggu Harith sampai pun dah tak larat.

“ Boleh. Tidurlah.. Rene tu perlu rehat secukupnya.."

“ Okey, mama. Good night.”

“ Good night, sayang.”

Aku mengiring ke kanan, membetulkan posisi agar lebih selesa. Teddy bear pemberian Harith aku peluk kemas. Tiba – tiba hidung ini tercium bau harum yang melekat pada Mr. Bear itu. Macam kenallah bau ni! Ini bau perfume Hugo Boss yang Harith pakai! Ini mesti sebab Harith peluk Mr. Bear tadi sebab itulah baunya melekat dekat si comel ni pulak! Tak pasal – pasal rasa macam tengah peluk si HD sekarang! Aduh! Parahnya kau, Rene! Memang parah!

____________________

Tepat jam 2.30 pagi, aku terjaga dari tidur. Bunyi dengkuran halus yang begitu dekat dengan telingaku buat aku meremang bulu roma. Ish! Biar betul! Siapa yang berdengkur tengah malam buta ni? Setahu aku, aku seorang saja dalam bilik ni!

Perlahan – lahan aku berkalih posisi ke kiri. Terkejutnya aku bukan kepalang bila ternampak kelibat seorang lelaki yang begitu lena di tepi katil ini. Harith rupanya! Lupa pula aku yang dia akan datang temankan aku malam ni. Harith tidur dalam keadaan duduk sambil kepalanya dilentokkan pada birai katil. Aduhai.. Kesiannya! Kenapa dia tidur kat sini? Kenapa tak baring elok – elok dekat sofa tu? Esok kalau ada yang sakit leher ke, sakit badan ke, jangan salahkan aku! Macam mana ni? Nak kejutkan dia atau tidak?

Dengan keadaan separuh mamai, aku cuba untuk bangun dari pembaringan. Sempat lagi aku renung seraut wajah yang cukup tenang kelihatan. Aku tak sampai hati nak biar dia tidur macam ni. Tapi tak sampai hati juga nak kejutkan dia.

“ Kesian, abang.. Mesti penat ulang – alik dari rumah ke hospital..” aku menggumam perlahan. Tidak mahu tidur Harith terganggu.

Aku renung lagi wajah itu sepuas – puasnya. Spontan tangan aku ingin menyentuh kepalanya. Tiba – tiba handphone milik lelaki itu bergetar kuat menandakan ada mesej yang masuk, sekali gus menganggu tidurnya yang lena. Aku pula cepat – cepat berbaring semula dan terus pejamkan mata rapat. Buat – buat tidur. Kus semangat! Nasib baik tak kantoi aku nak sentuh kepala dia tadi! Gilalah kau ni, Rene!

Harith membetulkan kain selimut yang menyelimuti tubuh aku. Kemudian dapat aku rasakan tangannya itu membelai – belai kepalaku perlahan. Hati diusik rasa terharu. Teringat apa yang dia beritahu pada aku siang tadi, yang dia tak akan biarkan aku sendiri. Itu yang buat hati ini benar – benar tersentuh. Abang, Rene silap. Rene fikir abang akan mungkiri janji. Tapi nampaknya Rene salah. Abang dah pun tunaikan janji abang. And I should thank you for this.


*******

mintak maaf lambat update. saya baru baik demam and sgt2 sibuk settle byk benda selain manuskrip. hehehee. ( how i wish bleh ada byk tgn mcm sotong, bleh buat byk keje dlm satu masa.. hihii). jgn lupa tinggalkan komen! thank u! :)

Monday 13 January 2014

Mengenai manuskrip Oh My Ex Husband!



salam semua.

pertama sekali saya mintak maaf sangat2 sebab dah lama tak update blog. sebabnya sekarang ni saya sedang gigih menyiapkan full manuskrip utk penilaian. so rasanya blog xkan diupdate lepas selesai semuanya.

nantikan update seterusnya dari iman ariana okey? doakan agar semuanya dipermudahkan olehNya. doakan agar OhMyExHB ada rezeki untuk dibukukan nanti. terima kasih!

xoxo,
Iman Ariana.

Wednesday 8 January 2014

Oh My Ex-Husband! 18

Telefon bimbit di dalam handbag berdering, menandakan ada panggilan dari seseorang. Aku yang tadinya khusyuk buat kerja pantas mencapai fon di dalam beg tangan yang aku letak di atas meja kerja. Tengok saja nama pemanggil, bibir sudah mengoles sengihan panjang. Rindu sungguh aku pada insan yang menelefon aku tengahari ini.
“ Assalamualaikum, kakakku sayang..” ucap aku ceria sebaik aku lekapkan telefon ke telinga.
Waalaikumussalam.. Rene.. Sorry ganggu. Nak tanya tengahari ni teman akak keluar lunch boleh? Abang Firdaus hari ni katanya tak balik makan tengahari. Jadi akak malas nak masak. Ingat nak keluar lepak dengan adik akak ni kejap.” tutur Kak Ana panjang lebar.
Aku terus lihat jam tangan. Lagi berapa minit saja nak masuk ke pukul 1.
“ Boleh! Nak makan dekat mana? Waktu lunch pun dah tak lama ni..”
Kak Ana berfikir sejenak. Terdengar suara Boboi yang baru berusia setahun tiga bulan terjerit - jerit di sebelah sana. Aku tersengih. Rindu pula pada telatah si comel itu. Entah apalah yang dia buat tu agaknya. Bising semacam!
Dekat Sunway Pyramidlah.. Akak rasa nak makan Nandos. Hehehee… Rene terus pergi sana ya? Jumpa kat sana.”
“ Okey, kak. Insya – Allah.”
Talian dimatikan. Aku segera mengemas meja sebelum keluar dari situ. Tak sabar nak jumpa Kak Ana. Paling tak sabar nak jumpa si comel Boboi!
______________________
Masuk saja ke Nando's, kami terus bergerak ke meja yang berhampiran dengan pintu masuk Nando’s. Pelayan restoran itu terus menyerahkan dua menu pada kami. Dia beredar pergi setelah aku mengucapkan terima kasih.
Mata turun naik membaca senarai menu itu. Tengah lapar macam ni, kalau boleh rasa macam nak pesan semua benda. Astaughfirullah..! Bawak mengucap sikit, Rene! Makan jangan ikut nafsu! Hatiku mengingatkan.
“ Assalamualaikum.. Boleh join?”
Menu di tangan tidak lagi menjadi tumpuan sebaik terdengar suara yang menyapa. Aku menoleh ke kanan. Terkejut aku dengan kehadiran insan yang tak disangka – sangka.
“ Waalaikumussalam… Adam.. Boleh.. Duduklah..” pelawa Kak Ana ramah dan mesra.
Kerusi kosong di sebelah aku ditarik lantas dia duduk di situ. Bukanlah selama ini aku tak biasa duduk macam ni dengan dia namun hari ini aku agak canggung duduk bersebelahan dengannya. Agak janggal untuk berhadapan dengan lelaki ini setelah aku mengetahui isi hatinya dan dia berubah sikap hanya kerana cinta. Aku tak suka Adam Khalid yang ini. Aku nak Adam Khalid yang dulu! Adam Khalid yang bersikap penyayang, suka ambil berat dan pelindung seperti seorang abang!
Ada seperkara yang aku kurang mengerti. Macam mana Adam boleh sampai ke sini? Dia memang dah tahu ke kami nak makan tengahari kat sini? Aku pandang Kak Ana lama, seakan meminta penjelasan dari dia yang tidak nampak terkejut dengan kemunculan Adam Khalid. Kakakku itu hanya tersenyum membalas pandanganku. Apa cerita ni? Kak Ana memang dah tahu ke Adam nak datang sini?
Sorry, Adam lambat. Jalan sesak sikit tadi..” tutur Adam, sekali gus menjawab persoalan di benak fikiranku. Benarlah dia sudah berpakat dengan kakakku ini untuk bertemu di sini. Mungkin Kak Ana sengaja taknak beritahu pada aku tentang hal ini awal tadi.
“ Takpe. Faham sangat. Lagipun ini Kuala Lumpur. Kalau tak jam itu yang pelik sebenarnya.”
Adam tertawa kecil. Pipi tembam Boboi sempat dicuit mesra. Boboi yang tak tahu apa – apa itu sibuk bermain dengan fon Nokia 3310 yang sudah retak skrinnya akibat dicampak oleh dia sendiri. Memang Kak Ana sengaja khaskan fon tu untuk Boboi. Bila Boboi mengamuk nak main handphone  Iphone 4s dia, dia bagilah telefon lama tu. Kalau aku jadi Kak Ana pun aku mungkin akan buat macam itu juga. Tak sangguplah nak bagi Boboi campak handphone mahal sesuka hati.
“ Errmm… Kak Ana tak cakap pun angah nak join?” sela aku.
“ Sebenarnya angah yang suruh Kak Ana ajak Rene keluar. Sebab angah tahu cakap Kak Ana je Rene akan dengar. Dan dengan cara ni saja yang boleh buat angah jumpa Rene.” Adam menjelaskan bagi pihak Kak Ana.
“ Oooooo.. Dah berpakat laaa nii…..?” aku menebak dengan kening yang terjungkit sebelah, pandang wajah Kak Ana dan Adam bersilih ganti.
Kak Ana tersengih sumbing. “ Eheee.. Sorry!!! Jangan marah!! Dahlah.. Jom order makan. Akak dah lapar ni. Boboi pun dah tak sabar nak makan sekali.”
Huh! Sudah aku agak! Dia orang rancang dalam diam, tanpa pengetahuan aku. Aku yakin ini semua Adam yang punya buah fikiran. Aku kerling seraut wajah Adam dengan hujung mata. Dia pura – pura sibuk membaca menu. Stress!! Punyalah aku taknak jumpa dia. Tup – tup hari ni jumpa jugak!
Selesai makan, Kak Ana tiba – tiba saja meminta diri untuk ke kedai kasut. Dia menyuruh aku dan Adam tunggu di sini. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Rasanya Kak Ana bukan nak pergi kedai kasut pun. Tapi dia cuma cari alasan untuk biarkan kami berdua – duaan di sini. Sudah tentulah ini semua di atas permintaan Adam Khalid. Aku tak tuduh… Tapi aku dah 26 tahun jadi sepupu dia. Dah masak sangat dengan perangai dia tu.
Adam menarik kerusi agar lebih dekat dengan aku. Sepertinya ada sesuatu yang dia hendak perkatakan. Aku buat - buat selamba, menikmati minuman kegemaranku iced lemon tea.
“ Masih marahkan angah ke?”
Pertanyaan dari Adam aku biarkan sepi begitu saja. Pura - pura leka membelek handphone di tangan. Tengok Instagram, Twitter, Facebook. Ini lebih menyenangkan hati daripada melayan mamat di sebelah aku ini.
Adam mengeluh kecil. Mungkin sedikit geram kerana aku cuma buat tak endah saja dengan dia.
“ Cubalah letak fon tu kat tepi dulu. Angah tengah cakap dengan Rene ni, kan?”
Adam Khalid aku buat tak ubah seperti halimunan. Biarkan dia bercakap sorang – sorang. Aku memang tak ada mood pun. Malas nak layan dia. Geram juga dengan Kak Ana ni. Suka hati je biarkan aku dengan Adam kat sini. Entah apa yang Adam dah jampikan dia sampaikan dia ikut saja telunjuk Adam.
Would you just listen to me?!” Adam pantas merampas telefon dari tangan aku. Aku tersentak.
“ Angah!!! Bagi balik fon Rene!” aku terus menadah tangan ke arah Adam, meminta dia pulangkan semula handphone kesayangan aku a.k.a nyawa aku.
Adam menggeleng laju. “ No!! Not until you talk to me first!” Adam tak mahu kalah. Iphone5 aku selamba saja dia simpan dalam poket seluarnya.
Fine!! You were saying???” soal aku cukup sinis.
“ Masih marahkan angah?” Adam mengulangi soalan yang sama.
“ Hmmm.. Entah!” acuh tak acuh aku membalas.
You’ve changed… It’s like I don’t know you anymore…” luah Adam dengan nada berbaur hampa.
Aku bungkam. Memberi dia peluang untuk meneruskan kata.
“ Dulu Rene paling senang makan pujuk. Kalau angah buat salah macam mana pun, Rene boleh je maafkan angah. Tapi kenapa sekarang Rene susah sangat nak beri angah peluang untuk tebus kesalahan angah pada Rene?”
“ Entahlah.. Rene dah penat.. Asyik Rene saja yang jaga hati orang. Hati Rene ni siapa yang nak jaga?” keluh aku sebal.
Give me one more chance.. I promise, I am not going to hurt you anymore..” rayu Adam penuh mengharap.
Don’t you ever make promises that you cannot keep.” Tutur aku dengan riak selamba. Sebenarnya aku sengaja tunjuk ego dengan Adam. Aku fikir dengan cara ini Adam takkan berharap apa – apa lagi dari aku.
____________________________
“ Memang dia yang suruh Kak Ana ajak Rene keluar. Sebab dia kata kalau dia ajak, mati hidup balik Rene takkan keluar dengan dia.” cerita Kak Ana sewaktu kami berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Sudah tiba masa untuk pulang ke pejabat semula.
“ Lain kali Kak Ana tak payahlah ikut cakap dia sangat.”
“ Nak buat macam mana? Akak kesian tengok dia. Merayu – rayu mintak tolong bawak Rene datang sini.”
Haih..! Kakak aku ni memang seorang yang sangat lembut hati, senang makan pujuk. Sikap kami ini macam langit dan bumi, banyak perbezaannya.
“ Lagipun sampai bila Rene nak bermasam muka macam ni? Adam tu bukannya orang lain, sepupu Rene jugak. Agaknya Rene dah lupa yang dia tu yang paling rapat dengan Rene. Dulu korang okey je akak tengok..” sambung Kak Ana.
Aku diam. Sedari dulu, kalau aku dan Adam bergaduh mesti Kak Ana yang akan jadi orang tengah untuk damaikan kami semula. Sebab itu kalau apa – apa hal, Adam mesti akan mengadu pada Kak Ana. Mengada – ngada!
“ Dulu lain, sekarang lain. Adam yang dulu baik, yang sekarang ni macam pentingkan diri je.” ujar aku, meluat dengan sikap Adam yang menjengkelkan.
Kak Ana mengeluh. “ Berilah dia peluang, Rene. Manusia mana yang tak pernah buat silap? Sudah – sudahlah tu. Berdamailah.”
Aku sudah tidak berminat untuk memanjangkan lagi topik tentang Adam Khalid. Sampai di kereta, aku terus keluarkan kunci dari dalam beg tangan.
“ Rene dah kena pergi dah ni, kak. Akak tu bawak kereta elok – elok ya?” pesan aku seraya menyalami dan memeluknya erat.
“ Insya – Allah. Rene pun. Jaga diri baik – baik. Kerja elok – elok.” pesan Kak Ana pula. Peluh yang merenik di dahi Boboi dikesat dengan belakang tangan.
“ Insya – Allah.” Aku cuit dagu Boboi sebelum masuk ke dalam kereta. “ Boboi.. Nanti Mama Rene pergi rumah Boboi ya? Jangan nakal – nakal tau. Mama Rene sayang dia sangat!” aku cium pipi gebu Boboi yang berbau wangi.
“ Okey, Mama Rene! See you!!” balas Kak Ana bagi pihak si kecilnya yang comel itu. Boboi atau nama sebenarnya Irfan Hakim baru setahun lebih. Masih belum boleh bercakap.
Aku senyum lantas segera masuk ke dalam kereta. Kak Ana juga sudah bergerak ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari sini.
__________________
Kepala yang terasa berat dan berdenyut – denyut, mengganggu fokus aku pada kerja yang masih belum siap. Semua benda dalam pejabat ini pun aku nampak berlapis – lapis. Ah sudah! Ini mesti akibat aku redah hujan masa pergi bank pagi tadi. Sebab itulah peningnya lain macam! Salah sendirilah. Siapa suruh tak bawak payung? Omelku dalam hati.
“ Nah, nasi yang kau pesan..” Afrina meletakkan sebungkus polisterin putih dan sebungkus teh O panas yang aku kirim di atas meja itu. Harum semerbak bau lauk ayam masak lemak cili api yang dibeli oleh Afrina di kafeteria bawah pejabat kami.
Thanks, Afrina..” ucap aku sambil tersenyum nipis. Untung ada kawan sebaik Afrina. Dia yang rela hati nak bungkuskan makan tengahari untuk aku akibat terlampau risau dengan keadaan aku yang tak berapa baik.
Afrina angguk. Ubat Panadol diletakkan di tepi tetikus komputer di meja aku. “ Lepas makan tu.. Telan ubat ni.. Biar lega sikit sakit kepala kau tu.”
Awww… So sweet of you! Terharu aku. Bertuah sungguh dapat officemate macam kau ni.” Makin terharu aku dengan layanan Afrina yang sangat prihatin orangnya.
“ Alaa.. Just a piece of cake. Hari ni giliran kau, esok lusa giliran aku pula.”
Aku angguk, mengerti. Kami semua di sini bukan setakat teman sekerja, namun bagaikan satu keluarga. Saling tolong – menolong antara satu sama lain. Hening suasana di pejabat memandangkan yang lain masih belum balik dari keluar makan tengahari. Beberapa minit kemudian, Puan Lily, majikan kami yang baru hendak keluar makan berhenti di meja aku.
“ Awak okey tak ni, Rene?” soal Puan Lily sambil pandang tepat ke wajah aku. Nadanya kedengaran gusar.
“ Saya okey, puan. Cuma kepala je pening sikit.” jawab aku dengan suara perlahan.
“ Tulah.. Gatal sangat pergi redah hujan tu siapa suruh.. Kan cari penyakit namanya tu?” Afrina yang sudah duduk di mejanya mencelah.
Aku hanya sengih. Padanlah muka aku. Tak pasal – pasal kena bebel dengan cik kak ni pulak. Puan Lily hanya tersenyum mendengar omelan Afrina.
“ Tak apalah.. Kalau awak rasa tak larat sangat.. Pergilah klinik. Ambil MC. Jangan dibiarkan sakit tu melarat. Bahaya.” pesan Puan Lily lagak seorang ibu yang begitu mengambil berat akan anaknya. Dia memang seorang majikan yang baik. Sepanjang aku bekerja di sini, cukup selesa dengan sikapnya yang ramah dan prihatin terhadap kakitangannya yang lain. Dia cukup mahir dengan selok – belok perniagaan syarikat milik ayahnya ini, Dato’ Abbas.
“ Eh.. Tak apa, Puan Lily. Saya okey. Boleh bertahan lagi ni.. Kerja pun dah tak banyak.. Sikit lagi nak siap.” balas aku kemudiannya.
“ Okey. Kalau macam tu kata awak, tak apalah. Kalau tak tahan jugak, pergilah berehat dekat surau..”
Aku angguk. “ Terima kasih, puan.”
Puan Lily tersenyum dan berlalu pergi. Aku menghela nafas berat. Sebungkus nasi dan teh O panas tadi aku ambil lalu menuju ke pantri. Masa untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong. Lepas ini boleh telan ubat. Harapnya sakit ini akan hilang nanti.
___________________________
Seusai solat fardhu Isyak, aku terus merebahkan diri ke katil. Aku fikir lepas saja makan ubat yang Afrina bagi, sakit kepala ini akan berkurangan namun sangkaan aku meleset. Semakin menjadi – jadi sakitnya. Sampaikan nak turun makan pun tak larat. Ya Allah.. Janganlah biarkan sakit ini melarat. Masih banyak urusan di pejabat yang perlu aku selesaikan esok.
“ Rene.. Kenapa ni? Dari tadi langsung tak turun makan. Tak lapar ke?” mama yang terjengul di sebalik daun pintu bilik tidurku itu menyoal.
Aku pandang mama dengan mata yang kuyu. “ Tak lalulah, mama…”
Mama pantas menghampiri aku dan duduk di birai katil. Aku tahu pasti mama risaukan anaknya ini.
“ E’eh… Pucatnya muka…” mama menyentuh leher aku pula. “ Badan pun panas ni. Lain macam je ni. Rene demam agaknya ni..”
“ Tak tahulah, mama… Tapi memang pagi tadi Rene kena hujan masa pergi bank. Lupa bawak payung. Rene kalut nak balik pejabat. Tu Rene main redah je tu.”
“ Rene, Rene. Kalau dah tahu badan tu lemah cepat kena penyakit, lain kali beringatlah sikit.. Tengok sekarang siapa yang susah? Mama dengan papa jugak tau.” Omel mama namun masih ada kelembutan di dalam nada pertuturannya. Kepala aku diusap manja.
Aku senyum hambar. “ Tak apalah, mama. No worries. I’ll be okay. Insya – Allah esok baiklah ni. Tadi Rene dah telan ubat. I just need some rest. That is all.” Kata aku ingin menyedapkan hati mama.
“ Iyelah. If you need anything, just call me. Rene rehatlah.”
Yes, mam.
_______________________
Habis saja waktu kerja, aku tak tunggu lama. Terus kemas barang untuk segera pulang ke rumah. Tak sabar nak cepat balik dek kerana kesihatan yang tidak begitu baik. Demam bertambah teruk. Bangun tidur tadi pun rasa semacam namun aku cuba lawan sakit ini untuk hadirkan diri ke pejabat.
Kaki yang tadinya laju menapak ke tempat parkir kereta, terhenti saat terpandang kelibat si HD yang bersandar pada Honda Jazz warna pink methalic milik aku.
“ Abang.. Buat apa kat sini?” soal aku kehairanan dan terus menghampirinya di situ. Sudahlah tak beritahu langsung yang dia nak datang.
“ I came to see you..” jawab Harith dengan senyumannya yang menawan.
Harith kelihatan begitu segak memakai kemeja lengan panjang warna maroon dipadankan dengan seluar panjang warna hitam. Mesti habis saja office hour terus dia datang sini. Getus aku dalam hati.
“ Rene nak balik dah ni.” beritahu aku dengan suara lemah. Rambut yang terurai di dahi aku kuis ke belakang.
“ Nak balik dah? Awal lagi ni. Jom kita pergi minum petang kejap nak? Lagipun dah berapa hari tak jumpa. Tak dengar suara. Takkan malu lagi dengan abang pasal malam tu kut..?”
Dia pergi ungkit pasal hal malam tu buat apa? Aku baru je nak lupa, dia sebut lagi. Sumpah aku malu. Mesti Harith fikir aku ni jenis yang suka imagine benda 'blue' macam tu. Disebabkan itulah hampir seminggu aku mengelak dari bertemu mata dengannya. Setiap kali dia telefon, aku tak pernah angkat. Sekadar berbalas mesej saja, itu pun boleh kira berapa kali aku reply SMS dia.
“ Rene nak balik cepat.. Nak rehat..”
Harith renung muka aku sejenak. Berkerut dahinya itu. “ Okey ke tak ni? Apasal muka pucat sangat ni?”
Harith segera menghampiri aku. Spontan belakang tangannya dilekapkan ke dahi aku. Aku tersentak. Sejuknya tangan Harith!! Cepat – cepat aku alih tangan dia yang macam ais dari dahi aku. Mungkin sebab aku tak sihat, sampaikan tangan Harith pun aku rasa sejuk semacam.
“ Panasnya!! Demam ke? Dah tahu demam kenapa datang kerja jugak?” tanya Harith yang mula menampakkan kerisauan di wajahnya.
“ Erm... Banyak sangat,.. Benda nak kena buat.. Sebab itulah.. Tak ambil MC. Takpelah.. Rene okey.. Rene balik dulu..” kata aku sepatah – sepatah dengan suara yang agak serak. Suara dah makin hilang. Berbotol air mineral aku teguk, tapi rasanya langsung tak ada perubahan. Malahan semakin kronik jadinya.
Sure ke boleh bawak kereta ni? Bahayalah Rene macam ni..” tutur Harith melahirkan kebimbangannya.
“ Insya – Allah Rene boleh.”
Lelaki itu masih tidak berganjak pergi. Dia segera memberikan laluan kepada aku yang ingin membuka pintu kereta. Aku terhuyung – hayang, lemah kaki ini untuk terus menampung tubuhku sendiri. Untuk seketika aku bersandar di tepi kereta. Semua benda aku nampak seakan berlapis – lapis. Semakin lama aku semakin lemah, hampir saja rebah di situ namun mujurlah Harith pantas menyambut. Mata aku terpejam rapat.
“ Ya Allah! Rene..! Wake up!” Harith terus mencempung tubuhku. Suaranya yang memanggil namaku kedengaran begitu dekat di telingaku, namun aku tidak berdaya untuk menyahut. Aku pengsan tidak sedarkan diri.


***************

saya dalam proses menyiapkan manuskrip. mintak maaf kalau lepas ni lambat update blog. perlukan fokus yang lebih untuk completekan jalan cerita. heheheee.. doakan saya ya semua? terima kasih!


Monday 6 January 2014

Oh My Ex-Husband! 17

Habis saja sesi bergambar, aku terus keluar dari ballroom untuk mengambil angin di tepi kolam renang ini. Malas nak berlama – lama di sana. Pula tu aku dah naik segan nak pandang Harith akibat perbuatan spontan dia tadi. Tak sangka dia berani peluk aku! Gatal sungguh!!
Nyaman ku rasakan saat angin bertiup lembut menyapa pipiku. Macam tak percaya hari ini aku sampai lagi di Hotel Shangri – La ini, mengingatkan aku kepada memori lalu. Memori indah antara aku dan lelaki itu. Kenapalah si Zalia ni boleh pilih hotel ni pula sebagai lokasi majlis persandingan mereka? Kenapa dalam banyak – banyak hotel, yang ini juga dia pilih? Dia tak tahu ke hotel ni banyak ceritanya yang buat aku jadi jiwa kacau sekarang? Ish! Salahkan Zalia buat apa? Dia tak tahu apa – apa pun.
“ Kat sini rupanya Rene.. Puas abang cari… Kenapa duduk sini sorang – sorang?”
Alamak...!! Baru je nak layan jiwa, dah ada yang mengacau! Harith ni langsung tak boleh tengok orang senang. Mana saja aku pergi, mesti dia ada.
“ Saja. Ambil angin.” ujar aku sambil meraup rambut ke belakang. Aku menyilang tangan ke badan. Sejuk. Aku dongak ke langit, merenung bulan purnama yang begitu indah kelihatan. Subhanallah… Indahnya ciptaan Tuhan!
Harith turut sama berdiri di sisiku, melemparkan pandangan ke arah kolam renang itu. Wajahnya yang hanya disimbahi cahaya lampu tepi kolam itu aku kerling sekilas.
“ Ingat lagi tak tempat ni?” tanya Harith setelah dia membisu sejenak.
Aku angguk. “ Ingat…”
“ Apa yang Rene ingat?”
“ Abang buat surprise dengan makan malam yang romantik sempena dengan hari lahir Rene tu. Siapa boleh lupa semua tu..?”
“ Abang pun.. Kenangan manis tu.. Sampai bila – bila pun takkan lupa.” Balas Harith.
Sekali lagi kami membisu. Aku pandang Harith yang sudah tersenyum – senyum sendiri. Itu tak lain tak bukan, mesti dia tengah flashback balik semua kenangan indah kami. Sebab itulah senyum sorang – sorang.
“ Abang bukan main gatal lagi masa dalam dewan tadi, kan?” Hilang terus mood jiwang bila teringat kejadian di dalam ballroom tadi.
Harith ketawa. “ Alaaa.. Abang kenalah buat macam tu.. Takkanlah nak duduk jauh – jauh. Nanti apa pulak kata atuk dengan nenek, kan? Jangan marah ya, sayang?” Bukan main romantik lagi suara Harith tatkala dia menyebut sayang.
Sayang? Harith panggil aku sayang? Sudah lama benar aku tidak mendengarnya. Kali terakhir, dua tahun yang lalu. Itulah antara panggilan manja yang Harith selalu guna, selain baby dan honey! Dalam diam aku terasa diri ini bagaikan di awang – awangan bila lelaki itu memanggilku sayang. Oh tidak!! Kenapa harus ada perasaan seperti ini? Kenapa, Rene Hannani? Sakit ke kau ni? Ke sawan dah datang?! Aku pantas memalingkan wajah ke arah lain, menyembunyikan senyuman yang sudah terukir di bibir. Kalau Harith nampak aku senyum, lagi parah dia usik aku nanti. Gila!! Harith Daniel buat aku jadi separuh biul malam ni! Yang aku ni senyum macam orang kemaruk bercinta kenapa? Sengal! Ada baiknya aku blah cepat, sebelum aku jadi lebih biul lagi!
“ Eh! Nak ke mana tu?” Harith menyoal sebaik aku mula menghayun langkah untuk masuk ke grand ballroom semula.
Setelah dua tiga langkah, aku berpaling. “ Nak masuk dalamlah. Duduk kat luar ni sejuk..” Aku berdalih. Walhal tak mahu biar jiwa kacau ni jadi lagi teruk! Entahlah. Emosi semacam pula aku malam ni. Kenapa entah?
“ Sejuk? Meh la sini abang peluk mehh.. Macam tak biasa pulak...!” tutur Harith nakal seraya menghulurkan tangan pada aku. Terpamer senyuman miang di bibir dia.
Eeee!! Kecik je aku nampak si HD ni tau!!! Ya Allah!! Berikanlah aku kesabaran. Harith Daniel memang melampau!
“ Gatal!!” aku menjelingnya tajam dan menyambung semula langkah yang terhenti.
“ Alaaa.. Rene!! Tunggulah abang!” Harith mengejar aku dari belakang. Kedengaran tawa riangnya. Sakan mengusik orang!
_________________________________
“ Auntie Aisya, Uncle Iqmal.. Kami balik dulu, ya? Terima kasih untuk semuanya…” Aku terus memeluk Auntie Aisya erat. Satu – satunya ibu saudara Harith belah mommynya. Ibu saudara yang paling sporting dan kelakar. Sama macam anak – aanaknya juga.
Auntie Aisya mengangguk, melaga pipi dengan aku kiri dan kanan.
“ Kami pun nak ucap terima kasih jugak sebab sudi datang.. Nanti jangan lupa majlis bertandang di rumah keluarga Hakimi pulak.” pesan Auntie Aisya bersama senyuman manis di bibir.
“ Insya – Allah.. Kalau tak ada aral kami akan join sekali.” balas aku.
Sempat aku pandang pada mama dan papa yang sedang bersembang dengan atuk dan nenek di meja bulat VIP yang kami duduki tadi. Di dewan ini hanya tinggal kami saja. Para tetamu yang lain sudah lama berangkat pulang. Hanya ada beberapa orang kakitangan hotel yang sedang melakukan kerja – kerja membersih dan mengemas dewan. Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
“ Rene.. Thank you for coming.. Seronok sangat dapat jumpa Rene. Dah lama tak jumpa, kan?” ujar Zalia sebaik dia mendekati aku. Kami bersalaman dan berpelukan erat seketika. Baru sekarang ada masa nak bertegur sapa. Kalau tadi memang dia tak sempat nak layan semua tetamu.
Aku tergelak kecil, laju saja meletakkan jari telunjuk di bibir. “ Syhhh… Nanti atuk dengar… Naya!” aku memberi amaran dengan nada separuh berbisik. Sempat aku menjeling pada atuk. Nasib baik duduk jauh. Kalau dia dengar, matilah kami!  Harith di sebelah tersengih kelat. Masing – masing tak sanggup pecahkan rahsia. Sangat penting untuk kami sorokkan status hubungan kami sekarang ini.
“ Opss.. Lupa!” Zalia menepuk – nepuk dahi. Nyanyuk macam mak nenek!
Aku tergelak melihat tingkah lakunya. “ By the way.. Congratulations to you and Hakimi… Selamat menjalani kehidupan baru.. Semoga berkekalan sampai akhir hayat hendaknya.” ucap aku sambil memandang merpati dua sejoli itu bersilih ganti.
“ Insya – Allah amin! Terima kasih, Rene!” balas Zalia yang sudah tersenyum bahagia sambil memandang suaminya sekilas. “ Nanti kirim salam dekat Kak Ana, ya? Sayang dia tak dapat join..” pesan Zalia.
“ Insya – Allah.. Salam akan disampaikan,” kata aku. Kakak sulungku itu tak dapat sertai kami kerana Abang Firdaus terpaksa pulang ke kampung dengan segera atas urusan keluarga. Kalau tidak, mereka juga pasti akan hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Zalia dan Hakimi.
“ Tahniah, Kimi. Jaga Zalia elok – elok. Welcome to our family.” Harith juga tak mahu ketinggalan mengucapkan selamat pada pasangan pengantin baru itu.
“ Terima kasih, Harith. Insya – Allah.. Zalia.. She’s my everything.. Harus dijaga dengan baik, tatang bagai minyak yang penuh.” tangan Hakimi terus melingkar kemas di pinggang Zalia. Tersipu – sipu malu Zalia dibuatnya. Zalia dan Hakimi memang sepadan. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Dua – dua kulit putih melepak. Aku rasa anak mereka nanti tentu comel – comel, macam mak ayahnya juga!
Aku faham sangatlah apa yang Zalia rasa sekarang. Bahagia, seronok. Semuanya ada. Itu semua dah pernah aku alami dulu. Bila diri sudah disunting menjadi milik orang. Pendek kata semuanya terasa indah dan bahagia! Papa dan mama terus bersalam – salaman dengan mereka semua, meminta diri untuk pulang.
“ Balik dulu semua... Assalamualaikum...” ucap papa sebelum kami keluar meninggalkan ballroom ini.
“ Waalaikumussalam.” Jawab mereka serentak.
Kami berempat beriringan menapak ke arah lif hotel. Masing – masing sudah kepenatan. Hanya terbayangkan katil dan bantal! Nasib baiklah dah solat Isyak sebelum ke sini. Kalau tak, sebelum berkuak lentang atas katil harus jalankan kewajipan sebagai hambaNya dahulu, barulah boleh tidur sepuas – puasnya!
“ Papa, mama.. Harith nak mintak maaf pasal tadi…” luah Harith kesal sewaktu kami semua sudah masuk ke dalam lif.
“ Pasal tadi? Pasal apa?” papa mengerut dahi.
Harith seperti ragu – ragu hendak meneruskan kata. “ Yang Harith… Err… Harith… Harith peluk Rene tadi tu…” tutur Harith akhirnya.
Patutlah dia nampak serba tak kena! Nak cakap pasal kejadian dalam dewan tadi rupanya! Tahu pula dia rasa bersalah dek kerana kertelanjurannya itu. Nasib baik setakat peluk. Kalau dia buat lebih dari tu, aku cincang dia buat gulai!
“ Ohh… Yang tu ke? Mula – mula mama terkejut jugak. Tapi bila fikir balik, Harith terpaksa sebenarnya, kan? Bukannya sengaja nak ambil kesempatan dengan anak mama ni. Tak gitu?”
Laju Harith mengangguk, mengiakan tekaan mama.
“ A’ah. Macam tulah sebenarnya… Sebab atuk dengan nenek ada.. Kalau tak, Harith dah lama kut kena penampar dengan Rene ni..” Harith mengerling aku dengan ekor mata.
Aku senyum mengejek. Seolah – olah aku sedang menjerit padanya ' Tahu takut!! '
“ Tahu takpe! Memandai je peluk orang! Gatal!” aku menjelingnya tajam.
“ Alaaa.. Bukan sengaja. Kan dah cakap tadi. TERPAKSA.” Harith menekankan perkataan terpaksa.
“ Yelah, yelah! Rene tahu… Cuma lepas ni kalau nak buat macam tu, bagi amaran dulu. Jangan hentam kromo je. Silap haribulan ada yang kena karate nanti!” aku menggertak. Eleh! Berlagaknya Rene Hannani! Mampu ke karate Harith? Silap haribulan kau dulu yang patah tulang. Tulang Harith tu sudahlah keras macam besi! Entah apa yang mommy makan masa hamilkan dia. Dahsyat!
“ Eeee.. Anak mama dengan papa ni garang betul! Takut Harith!” ujar Harith pura – pura cuak dengan ugutan aku tadi.
Papa dan mama tergeleng – geleng kepala, pening kepala menghadap kerenah kami berdua.
Sampai di lobi, aku lihat Harith berlari anak mendapatkan mama dan papa yang sudah berjalan menonong menuju ke pintu utama. Lelaki itu membisikkan sesuatu pada mereka. Papa dan mama mengangguk perlahan, lalu mereka menoleh pada aku yang berdiri tidak jauh dari mereka.
“ Rene balik dengan Harith, ya? Papa dengan mama nak berdua – duaan kejap.” ujar papa spontan.
Aik? Tiba - tiba je papa ni? Biar betul? Hati aku kuat mengatakan yang ini semua ada kaitan dengan Harith. Mesti mamat ni dah berpakat apa - apa dengan papa. Apa bendalah agaknya yang dia cakap pada papa tadi sampaikan papa tiba - tiba suruh aku balik dengan si HD ni pula!
“ Alaaa.. Papa dengan mama nak pergi mana?” aku menyoal dengan nada tak puas hati. Mama sudah tersengih panjang.
“ Tak ke mana – mana. Nak baliklah. Tapi rasa nak berdua – duaan dengan isteri papa ni kejap. Rene balik dengan Harith ajelah ya?” pujuk papa.
Aku jeling Harith, memandangnya dengan penuh kemusykilan di hati. Riak wajahnya selamba, memberitahu yang ini semua tidak ada kena – mengena dengannya. Namun aku yakin ini semua idea dari dia! Mesti dia yang minta papa buat macam tu semata – mata mahu berdua – duaan dengan aku! Oh!! Liciknya Harith Daniel!
Aku sudah menarik muncung sedepa, geram bila papa dan mama dengan selambanya meninggalkan aku berdua dengan Harith di situ. Mamaaa.. Papaaa!! Sampainya hatimu membiarkan anakmu di sini dengan lelaki ini!
“ Tak payahlah buat muka macam tu. Bagilah papa dengan mama privasi sikit.”
Eleh!! Bagi papa mama privasi konon! Dia yang nak privasi dengan aku tu mengaku ajelah! Pandailah dia guna papa dan mama sebagai alasan. Bijak sungguh Mr. Architect yang seorang ni! Ini semua taktik! Jangan terpedaya! Geramnya aku dengan dia ni! Aci tak kalau aku hempuk dia dengan clutch Anya Hindmarch aku ni sekarang?
“ Apa lagi tunggu tu? Jom cepat!” panggil Harith yang sudah berjalan mendahului aku.
Aku tersentak. Lelaki itu tersenyum panjang, menyambung semula langkahnya yang terhenti. Aku menarik nafas dalam - dalam, lalu menghembusnya perlahan. Aku gagahkan juga kaki ini untuk melangkah, mengekori lelaki itu ke keretanya. Harith Daniel memang sengaja nak uji kesabaran aku. Harapnya aku takkan bertukar jadi Hulk malam ni!
______________________________
“ Tak lama lagi atuk dengan nenek nak balik Istanbul dah..” tiba – tiba Harith bersuara sayu. Sedih semacam air mukanya sewaktu kami duduk berbual seketika di dalam kereta. Dari sini dapat lihat bilik papa dan mama masih cerah petanda mereka masih belum tidur.
Well.. That’s good! I’m so happy!” aku memberikan respons yang berbeza dengan Harith. Dia sedih, aku gembira. Sangat – sangat gembira! Baru sekarang boleh bernafas dengan lega. Kalau tak, selagi mereka ada di Malaysia selagi itulah aku tak senang duduk. Bukanlah aku tak suka mereka ada di sini. Akan tetapi yang buat aku serba – salah ialah kerana terpaksa membohongi mereka, mengaburi mata mereka, berpura – pura yang aku dan Harith kononnya sedang menempuhi saat – saat bahagia walhal bukan itu yang sebenarnya terjadi.
“ Wah, wah! Seronoknya dia!! Yelahh.. Dah tak payah berkepit dengan abanglah lepas ni, kan?”
“ Tahu takpe!” aku menjungkit kening berkali – kali ke arahnya.
Harith mencebik. “ Patutlah happy sangat… Mesti inilah saat yang Rene nanti – nantikan.” telah Harith.
Betul sangatlah tu! Memang aku sudah tidak betah untuk terus berada di dalam situasi ini. Hidup dengan penipuan, dusta semata – mata. Ianya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Percayalah. Yang lebih merisaukan aku, ini semua tidak akan berkekalan. Tidak akan selamanya rahsia jadi rahsia. Suatu hari nanti mereka pasti akan mengetahui kebenarannya.
“ Lain pulak ceritanya dengan abang. Abang sedih ni. Nak berjauhan dengan Rene. I’m gonna miss this moment so much..” luah Harith. Songkok yang masih di kepalanya ditanggalkan lalu diletak atas dashboard. Rambutnya yang lurus dilurut – lurut perlahan.
Aku pekakkan telinga. Malas nak layan dia yang tak habis – habis melayan jiwa. Aku pantas memeluk tubuh, menggosok – gosok lengan sendiri akibat tidak tahan dengan kesejukan penghawa dingin kereta mewah ini. Mamat ni kulit tebal macam pola bear. Dah tentu kalis sejuk. Aku jugaklah yang hampir jadi ice berg! Sejuk gila! Harith yang terperasan dengan tingkahku itu, serta – merta mematikan penghawa dingin.
“ Tahu tak abang terfikir apa sekarang?” soal Harith tiba – tiba.
“ Tak tahu dan taknak tahu.” jawab aku dengan angkuh. Berlagak gila!
“ Tak kira.. Abang nak cakap jugak.. Hmm.. Abang terfikir.. Kalau sekarang ni kita masih suami isteri.. Balik rumah nanti.. Bila bosan… Kita mesti buat something sebelum tidur..”
Ayat Harith tergantung di situ. Pun begitu, aku sudah dapat menangkap apa yang cuba dia sampaikan. Setiap yang ada dalam fikirannya, aku boleh baca. Come onlah.. Bukan baru hari ni aku kenal dia!
 Bestkan kalau dapat balik ke masa lalu… Almost every night we…
Aku pantas menekup kedua – dua belah telinga. “ Stop!!!!! Hold your words. Rene lesing abang nanti baru tahu!” aku terjerit kecil, memintas percakapannya. Tak sanggup hendak mendengarnya lagi!
“ Apa? Kenapa marah sangat ni? Abang tak habis cakap lagilah…”
“ Dah tahu abang nak cakap apa. Abang nak cakap yang kita selalu tuuuu kan….?” Ujar aku penuh rasa geram. Harith nak ungkit pasal benda tu lagi buat apa? Gatalnya mamat ni!!
“ Tu? Tu apa tuuuu?” soal Harith terpinga – pinga.
Eleh! Kura – kura dalam perahu, pura – pura tak tahu! Boleh pulak tayang muka blur dengan aku! Ada juga yang makan stereng kereta kejap lagi!
“ Malas nak sebut! Sendiri fahamlah!”
Harith berfikir sejenak, jelas dia masih belum faham apa maksud aku tadi.
“ Ohhh.. Tuuuuu…. Hahahahahaaa!” berdekah – dekah Harith ketawa setelah memahami apa yang aku katakan.
“ Asal gelak?”
“ Rene ni kenapa melencong sampai ke situ? Abang nak cakap kita selalu lawan main dam sebelum tidur! Macam mana boleh fikir abang nak cakap pasal benda ehem ehem tu pulak?”
Dam?! Oh tidakk!! Kenapa otak aku ni kuning sangat? Kotor tahap maksima!! Dulu memang kami selalu main dam gara – gara mata tak boleh lelap!! Ya Allah!!!! Lagi sekali aku jatuhkan air muka sendiri!! Aku dah tak boleh nak bernafas bila Harith semakin galak ketawakan aku. Sampai berair mata dia dibuatnya.
“ Lain kali bagi abang habis cakap dulu.. Jangan main hentam je Cik Rene oi…!” ujar Harith dengan tawa yang masih bersisa.
“ Arggghhh!! Eeeeee!! Benciiiiiiii!!! Dahhh!! Rene nak masuk!!! Taknak jumpa abang setahun!!!!! Bye!!!” aku terus meloloskan diri keluar dari kereta BMW kesayangan Harith. Langsung tak ucap selamat tinggal atau selamat malam. Cukuplah setakat ini saja aku malukan diri sendiri! Rene Hannani kalau bercakap, jarang fikir guna otak. Selalu guna lutut! Bengong sungguh!
Aku jalan menonong menuju ke pintu pagar. Harith panggil pun aku buat tak peduli. Malu tahap cipan! Untuk berhadapan dengan mamat itu lebih lama lagi aku sudah tidak sanggup! Taknak jumpa dia setahun! Dua tahun! Tiga tahun! Selama – lamanya! Aku nak tukar muka!!! Maluuuu!!!