Tuesday 3 December 2013

Oh My Ex - Husband! 9

Bersantai di depan TV adalah hobi aku sedari kecil. Baring atas sofa, tengok TV sambil makan junk food. Aku memang suka makan junk food. Kalau nak tahu, dekat dapur tu penuh dengan stok Mr. Potato, Twisties dan Cheezy. Semua tu aku yang punya! Papa dan mama sudah jenuh bebelkan aku kerana mereka sememangnya tak pernah galakkan anak – anak mereka makan benda – benda yang berMSG. Tapi inilah Rene Hannani. Memang tak makan nasihat!

“ Ya Allah!!! Apa nak jadilah budak Rene ni?! Dah banyak kali orang cakap… Junk food tu tak bagus! Tapi dia makan jugak!” Bising mulut papa sewaktu dia hendak ke dapur.

Aku hanya menyengih. “ Sorry, papa! Tapi Rene tak boleh control nafsu makan ni. Pantang nampak snack, gatal tangan nak beli!”

“ Yelahh.. Senang cerita belilah dengan kilang – kilang junk food tu sekali….!” Papa melaung sebelum dia masuk ke toilet di hujung dapur wet kitchen.

Alamak! Baik punya sindiran! Okey, okey! Aku janji lepas ni aku takkan beli benda – benda mengarut ni lagi. Getus aku dalam hati. Alaaaa.. Buat janji dalam hati mana aci! Cakap depan – depan barulah! Tapi, confirm tak boleh! Sebab dah tahu janji itu akan dimungkiri! Tumpuan aku pada drama bersiri Jade lakonan si kacak Xian Lim terganggu bila ada panggilan yang masuk ke telefonku. Bella.

“ Assalamualaikum, Cik Bella yang cantik jelita.” Panjang lebar mukaddimahku.

Bella ketawa. “ Waalaikumussalam… Cantik ke aku ni? Alhamdulillah.. Dah tahu dah.. Tak payah cakap…!

Cehh! Perasan! Tapi memang Bella ni cantik pun orangnya! Wajahnya semula jadi ayu tanpa sebarang solekan. Kalau make up pun, tak perlu tebal macam opera Cina. Nur Nabila, si gadis hijabista yang kecil molek orangnya. Sekarang ini dia mengendalikan business online yang menjual shawl dan pakaian muslimah. Alhamdulillah sekarang ini perniagaannya bertambah maju!

“ Aku puji main – main aje tadi tu… Kau pulak yang perasan lebih…” Sempat lagi aku mengenakan sahabat baikku itu.

Cehh!! Hampeh punya makcik!! Ingatkan puji ikhlas! Haa dah dah… Aku call kau ni sebab lusa nak ajak kau pergi Bukit Bintang. Kau free tak?”

Satu – satu Mr. Potato masuk ke mulutku. Makin lama makin tak boleh nak berhenti. Addictive sangat! Lama aku berfikir. Lusa hari Sabtu. Macam biasa duduk rumah tak ada buat apa – apa! So, ada baiknya aku keluar ikut Bella lepak kat Bukit Bintang!

“ Lusa aku free! Pukul berapa ek nak pergi?”

Tengahari. Nanti kita lunch kat sana je. Okey tak? Aku teringin nak makan pasta The Loaf.. Kita lepak kat Pavilion. Cun tak?”

“ Beres! Jumpa kau nanti! Aku pun ada benda nak cerita dengan kau ni! Cerita hot punya!”

Ye ke? Ni yang tak sabar nak jumpa kau ni! Alright! Bye!

Aku kembali menumpukan perhatian pada siri Filipina kegemaran setelah talian dimatikan. Tersengih aku saat wajah kacak Xian Lim terpampang di kaca TV. Kalau dalam Instagram dia, semua orang panggil dia Mr. Pogi. Mr. Pogi yang bermaksud Encik Tampan! Sesuai sangatlah gelaran tu dengan dia. Gelaran itu juga sesuai untuk Harith! Itulah nama yang aku setkan untuk dia dalam telefon sewaktu kami baru couple dulu. Aihh.. Cerita lama! Tak usah dikenang lagi! Sebut pasal Harith, terus aku teringat hal malam semalam. Aku tercakap I love you pada HD! Aduh!! Walaupun tak disengajakan, malu tetap malu!

________________________________________

Malam itu, Amir mengajak aku ke Rasta TTDI. Katanya nak tengok bola. Nasib baik papa sporting habis bagi lampu hijau bila dia ajak aku temankan dia ke sini. Tapi…. Dalam banyak – banyak restoran, ini juga yang dia pilih! Huh! Bikin jiwa kacau saja! Kenapa jiwa kacau? Sebabnya inilah tempat di mana kali pertama aku dan Harith Daniel bertemu. Waktu itu kami tidak saling mengenali. Aku ingat lagi, ketika itu aku sedang lepak dengan kawan – kawan seuniversiti aku yang lain.

Sedang aku leka bersembang dengan mereka, aku perasan dia asyik saja usha aku dari jauh. Aku perasan mata Harith tak lepas dari terus melihat aku dari meja yang di dudukinya dengan kawan – kawannya yang lain. Aku pula buat – buat biasa sajalah. Kononnya tak perasan yang dia pandang aku. Walhal, naik segan juga bila dia tenung aku macam tu! Yang paling best, waktu aku nak balik dan lalu tepi dia Harith tiba – tiba saja senyum padaku. Aku pun malaslah nak berlagak sombong. Dah orang senyum, aku senyumlah juga. Tak adalah nak menggatal ke apa. Tapi dalam hati terdetik juga… ‘Alahai, handsomenya mamat ni! Melayu atau Korea?’. Kembang semangkuk juga aku time tu, bila ada mamat kacak yang sudi juga senyum pada aku yang biasa – biasa saja ni.

Kisah kami tak berakhir di situ saja. Takdir menemukan kami sekali lagi di majlis perkahwinan pensyarah aku yang merupakan kenalan Harith Daniel juga. Bermula dari situlah, Harith memulakan langkah. Dia dulu yang tegur aku. Dari teguran biasa yang bermula dengan ‘Hi!’, terus bertukar – tukar nombor telefon. Ever since that day, kami jadi semakin akrab dan setahun selepas itu barulah kami declare sebagai pasangan kekasih. Sejak aku couple dengan dia, Harith kerap bawa aku ke sini. Sampailah kami dah kahwin pun, Rasta ini masih lagi tempat favourite kami berdua! Aduhai! Rindunya aku pada kenangan lalu!

“ Wah, wah! Syoknya berangan!” Amir memetik jarinya di depan mata aku.

Aku tersentak. Rasa macam baru terjaga dari mimpi yang panjang. Ya Allah! Lamanya aku berangan! Chop! Bukan berangan ya? Tapi flashback semula memori lalu! Hehehehee!

Sorry… I teringat kat anak buah I, Boboi..” aku berdalih. Tak pasal – pasal anak buah aku yang comel tu pula jadi mangsa. Mesti Boboi dah tersedak kat rumah sebab makciknya dah sebut – sebut nama dia pulak tadi! Boboi, maafkan Mama Rene. Mama Rene terpaksa, sayang!

Amir sudah tergeleng – geleng sendiri. Pening kepala dengan sikap aku malam ni agaknya!

“ You.. Dalam banyak -  banyak restoran, kenapa kat sini juga you pilih?” tanya aku seraya menopang dagu di meja. Merenung Amir yang sesekali matanya melilau melihat ke arah customer di sekeliling yang memenuhi kedai makan ini.

“ Sebab I suka tempat ni. Kenapa? You tak suka?” soal Amir kembali.

Aku sengih. Gila tak suka? Ini tempat banyak memori manis aku dan Harith tau! Kalaulah Harith ada kat sini sekarang, adakah dia juga seperti aku? Mengimbas kembali kisah yang lalu. Kisah cinta yang boleh dinovelkan juga aku rasa! Yalah tu jadi novel. Entah – entah, jadi cerpen je kut? Haha!

“ Takdelah. I saja je tanya. Hmmm.. Kenapa tak pakai jersi favourite you tu? Malam ni team kesayangan you main, kan?” Aku sudah tahu jadual perlawanan bola team kegemaran si Amirullah ni. Memang dia dan si HD tu sesuai jadi best buddy. Banyak persamaan. Minat pada sukan yang sama, perangai pun lebih kurang! Kepala otak pun gila – gila semacam!

“ Memanglah. Masalahnya I basuh jersi tu. Tak kering lagi. So, nak tak nak terpaksalah pakai t – shirt biasa je.” Kata Amir sambil menayangkan t – shirt GAP yang dipakainya malam ini. Selalunya Amir kalau keluar tengok bola, mesti pakai jersi Manchester United kesayangan dia tu!

“ Biasa? GAP ni you cakap biasa? GAP okey! Bukan calang – calang jenama ni!”

“ Alaa… Ni bukan I belilah… Orang bagi hadiah.”

“ Siapa? Girlfriend?” Spontan aku menyerkap jarang. Apalah jawapan si Amir ni agaknya ya?

Amir membetulkan duduknya. Wajah aku ditatap lama. “ Cuba you fikir balik. Sepanjang kita kenal, you pernah kasi I baju tak?”

“ Hah? Apa pulak ni? Tak faham!” aku menyoal dengan wajah blur. Ini yang lemah ni. Kita tanya dia, alih – alih dia yang tanya kita balik! Pula tu soalan pelik – pelik dia tanya! Apa kaitannya girlfriend dia dengan aku?

“ Yelaa.. Tadi you tanya girlfriend ke bagi? You tahu siapa girlfriend I. Rene Hannanilah!” jawab Amir dengan wajah selamba.

Aku terdiam sejenak. Barulah aku faham apa yang dimaksudkan oleh Amir tadi. Dia maksudkan aku rupanya….! Adui!! Kenapalah aku ni lampi (lambat pick up) sangat?

“ Haaa.. Mula dah nak merapu!” Nak cover line punya pasal, sanggup aku kata Amir merapu. Tapi, bagi aku memang Amir merapu! Aku tak pernah beri kata putus pun pasal tu. Suka hati dia saja nak kata aku ni girlfriend dia. Kejap lagi kalau kena reject, diri sendiri yang merana! Jangan kata aku tak pernah bagi amaran! Tapi dia yang degil nak juga tunggu aku! Lantak dialah!

Amir menyedut sedikit teh tarik ais kegemarannya. “ Tak adanya I nak merapu, sayangku Rene Hannani. Kita memang dah sayang sangat dekat awak. Awak je yang ego taknak terima cinta kita. Sebab dalam hati tu masih ada orang lain. Tak gitu?”

Nonsense! Dalam hati Rene Hannani cuma ada Allah SWT.”

Amir sengih. “ Okey. I tak boleh cakap apa dah. Takut nanti kena panah petir.”

“ Ish! Mulut! Nauzubillah!” Aku menjelingnya tajam. Ada pula cakap macam tu Amirullah ni! Dia tak tahu ke kata – kata tu doa? Nak sangat ke kena panah petir? Cili mulut tu baru tau!

By the way… Cantik rantai! Siapa bagi?” pandangan Amir jatuh ke leher aku.

Aku memegang rantai leher made in Sarawak pemberian Amirullah. Bibir mengoles sengihan kerang busuk. Buat – buat tanya pula dia. Sah – sah dia yang bagi! Mengada – ngada!

“ Entah…! Adalah mamat tu.. Dia tengah gila bayang dengan I! Siap bagi rantai lagi!” Spontan aku dapat idea ingin mengenakan Amirullah. Mengekek – ngekek aku ketawa.

“ Ye ke? Siapa eh? I kenal ke?” Amir pun tak mahu kalah.

“ Entah… Dia tu anak Pak Rahim. You kenal ke?”

“ Oh.. Yang handsome.. Kulit sawo matang.. Muka ada manis macam Fahrin Ahmad tu kan?”

“ Euwww.. Perasannya!! Sabo ajelah!”


Pecah tawa Amir. Teh tarik ais disedut sampai habis.

“ Jom!” ajak Amir.

“ Eh? Nak ke mana?” aku mengerut dahi.

“ Baliklah, Cik Rene Hannani yang cantik manis! Dah pukul berapa dah ni…” Amir menjeling jam tangannya sesaat.

“ Tapi you kata nak tengok bola, kan?” Soal aku kehairanan. Tadi kata nak lepak sini sebab ada bola. Tapi ni tak sampai dua jam dah ajak balik! Pelik tapi benar!

“ I boleh balik tengok kat rumah. I lupa bola tu habis lambat. Taknaklah bawak you keluar sampai lewat malam sangat.. Nanti apa pulak parents you fikir pasal I. Tak pasal – pasal markah I kena potong dengan they all sebab bawak tuan puteri ni keluar sampai tengah malam.”

Cehh! Ada udang di sebalik batu. Takut markah kena potong katanya! Dia ingat ni carry mark macam belajar dekat U dulu ke?

“ Ooo.. Takut sangat rupanya dengan papa mama I… Tahu pun…”

“ Takutlah… Nanti dia orang ingat I ni jenis tak bertanggungjawab macam mana nak lulus exam untuk kahwin dengan you pulak. Lagi satu… I takut ada orang mengamuk satu KL kalau tahu I bawak you balik pukul 1 – 2 pagi.”

“ Haa? Siapa?”

“ Harith Daniellah!! Siapa lagi?” Amir menjungkit keningnya berkali – kali bersama senyuman nakal di bibir.

Erkk!! Balik – balik nama itu juga yang dia sebut! Tapi memang betul kata Amir. Kalau si HD tu tahu aku keluar malam dan balik lambat macam ni, mahu mengamuk dia! Tapi kalau tak ada yang cakap, dia takkan tahu! Hehehehee!

________________________________________

Turun saja dari kereta Amir, aku nampak kereta Adam Khalid elok terparkir di depan pagar. Tak tahu pulak yang dia nak datang malam ni. Selalunya dia akan cakap. Tapi ni tiba – tiba je datang. Ada hal apa agaknya?

“ Okey Amir. Thanks for tonight.. Nanti kita jumpa lagi. Drive safely…!” pesan aku pada Amir sebelum pintu kereta ditutup.

Amir mengangguk. “ Okey, insya – Allah. Kirim salam dekat bakal mertua I..” ujar Amir sambil tersenyum penuh makna.

Aku mendengus perlahan. “ Ada je you ni, kan? Insya – Allah salam akan disampaikan.”

Lelaki itu tersengih lagi. Setelah aku masuk ke dalam, barulah kereta Amir meluncur keluar dari perkarangan rumah ini. Sempat aku menegur Adam yang sedang menghisap rokok dekat gazebo di laman rumah.

“ Angah datang sorang je..?” tanya aku seraya mengambil tempat duduk di sebelahnya.

Adam geleng kepala. “ Tak.. Dengan ibu..”

Laa.. Mak long pun ada sekali! Mama pun tak cakap yang dia orang nak datang. Agaknya mak long tak plan kut datang sini? Aku membuat telahan sendiri.

“ Kalau macam tu jomlah lepak dalam rumah.. Rene nak masuk jumpa mak long kejap..” kata aku. Wrislet Coach di tangan aku pegang kemas. Aku bangkit semula dan sudah ingin melangkah masuk ke dalam rumah.

“ Rene pergi mana tadi?”

Langkahku terhenti. Menoleh ke arah Adam semula. “ Keluar makan…”

“ Dengan siapa?” serius semacam nada Adam. Seserius wajahnya juga. Putung rokok dicampak ke tanah lalu dipijak – pijak dengan kasut. Degil sungguhlah dia ni. Dah cakap yang merokok tu bahaya untuk kesihatan. Tapi ada ke dia nak dengar nasihat orang? Ikut kepala dia je! Eleh! Aku ni bebelkan Adam. Tapi diri sendiri pun dua kali lima jugak! Papa marah makan junk food, aku makan jugak! Eloklah kami jadi sepupu! Sama – sama keras kepala!

“ Dengan kawan. Kenapa?”

Jam tangannya dikerling. “ Pukul 10 lebih baru nak balik? Sejak bila dah pandai keluar malam ni?” Riak wajah Adam masih juga begitu. Serius dan tegang.

Aku mengerut dahi. Kenapa pulak dia ni tiba – tiba macam marah sangat dengan aku? Tak ada angin tak ada ribut terus jadi macam ni! Takkan sebab aku balik lambat kut? Kalau ya pun apa hak dia nak kontrol aku sampai macam ni sekali? Papa dengan mama pun tak ada nak bebelkan aku ke apa. Tapi dia….?

“ Bukannya selalu, angah… Lagipun kawan Rene ajak keluar makan je kejap… Tu je… Lepas makan kami terus balik..”

Adam berjalan menghala ke arah aku. Bau asap rokok yang melekat pada bajunya menusuk ke hidung saat dia berdiri hampir dengan aku. Adeh..! Nilah sebabnya aku tak suka duduk dekat heavy smoker macam ni! Bau dia…! Masya – Allah! Sakit hidung aku ni ha!

“ Cakap dekat kawan Rene tu, lepas ni jangan memandai – mandai nak ajak Rene keluar malam lagi. Angah tak suka.” kata Adam yang langsung tidak ada senyuman di wajahnya.

Tak sempat aku hendak bersuara, Adam terlebih dulu masuk ke dalam meninggalkan aku sendiri termangu di luar. Bingung aku dibuatnya. Kenapa Adam bersikap seperti ini? Seriously…! Aku tak suka dia buat aku macam ni! Aku bukannya budak kecik lagi! Aku tahu jaga diri!

4 comments: