Monday 2 December 2013

Oh My Ex - Husband! 8


Seronok sungguh aku malam ini. Pertama kali dapat menjejakkan kaki ke E – One CafĂ©, restoran milik cousin sahabatku Bella. Yang menjadikan suasana di kedai restoran ini lebih havoc dan happening, sudah tentunya live band yang pasti akan menghiburkan para pelanggan pada setiap malam Sabtu dan Ahad!

Alhamdulillah! Kenyang dapat makan chicken chop dan minum cranberry juice! Bella pula memesan mushroom soup bersama garlic bread. Sempat juga aku rembat makanan Bella sikit tadi. It tastes so good! Sepanjang kami di sini, kami dihiburkan dengan lagu – lagu yang didendangkan oleh vokalis band yang hanya dikenali sebagai Pa’an. Suaranya lunak sekali! Rasanya kalau dia jadi penyanyi, sekelip mata si Pa’an ni boleh jadi famous! Laris macam pisang goreng panas gitu! Tapi, sesedap – sedap suaranya, sedap lagi suara si HD! Eh kejap! Yang aku nak puji dia ni kenapa? Kenapa dia pula yang aku ingat? Dah buang tebiat ke aku ni? Tapi itulah hakikatnya! Macam mana nak aku nafikan lagi? Suara dia memang sedap! Noktah!

“ Haa.. Dari tadi lagi aku nak tanya.. Asal kau potong rambut?” tanya Bella seraya menyentuh hujung rambut aku yang original lurus dan lembut. Tak perlu buat rebonding atau relaxing. Guna jari pun boleh! Hehehee!

 “ Hehehee.. Saja! Sesekali ubah style apa salahnya?” aku melurut – lurut rambut yang dulunya panjang sampai ke pinggang, sekarang ini dah pendek paras bahu. Aku memang suka hairstylist dekat saloon yang selalu aku pergi ni. Kalau aku tak cakap nak buat style macam mana pun dia dah tahu. Aku paling suka potongan layered!

“ Tak salah! Bertambah cun okey! Nampak lain sikit bila kau ubah hairstyle kau macam ni.”

Aku tersengih panjang. “ Alaaa.. Tak payahlah puji – puji aku macam tu.. Dah kembang setaman dah ni!” kata aku sambil mata hanya fokus pada live band di atas pentas kecil di depan sana. Pelbagai jenis lagu yang dimainkan. Baik yang berentak rancak mahu pun perlahan, semuanya menghiburkan.

“ Betul apa? Bertambah cun! Kalau tak, takkanlah orang kat meja sana tu dari tadi usha kau je memanjang.. Live band kat depan sana, tapi mata dia tu kat sini jugak!”

Aku yang tadinya baru hendak suap kentang goreng ke dalam mulut, terbantut. Aku memandang Bella penuh hairan. Bella ni cakap pasal siapa sebenarnya?

“ Kau cakap apa ni? Siapa pulak usha aku?”

“ Tuuu.. Abang handsome kat meja sana tuuuu..” Bibirnya dijuihkan pada insan yang dimaksudkan.

Aku toleh pada gerangan itu. Melopong terus mulut aku saat sepasang mata milikku ini tertumpu pada lelaki yang duduk di meja di sebelah kanan kami. Tak terlalu jauh tak terlalu dekat. Hanya selang dua buah meja saja. Pandangan kami bertaut seketika.

“ Hei! Bila masa dia ada kat sini?” Aku masih tak percaya Harith Daniel ada di depan mata. Ya Allah! Punyalah aku syok bersembang dengan Bella, sampai langsung tak sedar yang mamat tu pun ada kat sini! Aku dan Harith masih saling berpandangan dari jauh. Lelaki itu tersenyum simpul. Dia tidak keseorangan malam ini. Ditemani lagi tiga orang lelaki yang tak aku kenal. Kawan – kawan dia agaknya.. Getus aku dalam hati.

Bella tertawa kelucuan. Geli hati melihat reaksi aku. “ Alaaa.. Dari tadi dah! Kau aje yang tak perasan!”

Aku mendengus bosan. “ Huh! Mana – mana pergi pun mesti dia ada jugak! Dah takde orang lain ke dalam dunia ni yang boleh terserempak dengan aku?” Bising mulut aku membebel. Nasib baiklah restoran ini bising. Kalau tak, orang yang duduk meja lain pun boleh dengar sama.

“ Habis tu kau nak terserempak dengan siapa? Saiful Apek?” kuat Bella ketawa.

Saiful Apek?! Huh!! Tak pasal – pasal Saiful Apek pula yang kena!

“ Ish kau ni! Aku tak minat Saiful Apek! Cuba bagi yang aku minat.. Contohnya macam Orlando Bloom ke, Chris Hemsworth ke, Johnny Depp ke? Berseleralah jugak aku nak tengok! Ini tak.. Harith Daniel juga yang aku jumpa!”

Chemistry kuatlah tuuuu..!” makin seronok pula Bella mengusik.

Aku cubit bahu Bella geram. Berkerut dahi Bella menahan sakit. Padan muka! Usik aku lagi!

“ Malam ini anda semua sangat bertuah ya. Kerana hari ini seorang pelanggan tetap kita yang bersuara lunak, mantap, lazat berkrim disukai ramai turut hadir pada malam ini…!” tutur Pa’an sebaik dia selesai mendendangkan dua buah lagu Inggeris, She Will Be Loved dan You Sang To Me.

Satu restoran ketawa terbahak – bahak dengan lawak spontan dari Pa’an. Tak sangka mamat ini suka bergurau juga orangnya. Nampak muka macam serius sangat. Rupanya pandai buat joke juga! Siapa agaknya orang yang dimaksudkan Pa’an tu? Aku tak tahu apa – apa memandangkan ini kali pertama aku ke sini. Bella juga jarang ke sini walaupun restoran ini pemiliknya adalah sepupu dia sendiri. Apa boleh buat. Keadaan tidak mengizinkan kami untuk sentiasa menghabiskan masa di sini. 24 hours asyik hadap kerja saja!

“ Rasanya saya tak perlu sebut namanya lagi.. Sebab saya yakin you guys semua dah tahu siapa orangnya, kan?”

“ Tahu….!!” Sahut beberapa suara serentak.

“ Siapa agaknya?” laung Pa’an.

“ Harith!!!” satu lagi suara kedengaran. Kuat dan lantang.

Terdiam terus aku. Harith? Harith mana? Harith Danielkah? Atau ada sesiapa lagi yang namanya Harith di sini?

Exactly! Tanpa berlengah lagi saya menjemput Harith untuk naik ke pentas!” Pa’an menggamit lelaki itu ke pentas.

Tepukan gemuruh dan sorakan bersilih – ganti kedengaran saat Harith Daniel berjalan menuju ke pentas kecil itu. Aku dan Bella saling berpandangan. Masing – masing sukar hendak percaya insan yang dimaksudkan oleh Pa’an sebentar tadi sebenarnya Harith Daniel!! Dialah regular customer yang bersuara mantap tu!!! Maksudnya, Harith dah selalu buat persembahan kat sini!

Saat Harith duduk di kerusi bulat yang digunakan oleh Pa’an tadi, terdengar beberapa jeritan dari gadis – gadis ayu dari satu meja, memanggil namanya. Oh my God!! Dah popular sangat si HD ni rupa – rupanya?! Aku pandang saja pada gadis – gadis itu. Lebar senyuman di bibir mereka dengan mata yang hanya dihalakan pada lelaki kacak itu. Wah, wah! Dia orang ni datang ke sini nak makan – makan ke, nak cuci mata sebenarnya? Tahulah Harith tu handsome! Sampai macam tu sekali reaksi mereka? Pa’an terus menyerahkan gitar pada Harith sebelum dia turun dari pentas itu.

Thank you, Pa’an.. Sebenarnya dia tak cakap dulu kat saya yang malam ni dia nak saya perform… Takpe nanti lepas nyanyi saya mintak bayaran dengan dia eh..” sempat lagi Harith bergurau dengan Pa’an yang sudah mengambil tempat di meja yang hampir dengan pentas.

Pa’an  dan yang lain – lain ketawa terbahak – bahak. Pa’an mengangkat ibu jarinya pada Harith tanda beres.

Pandangan aku saat ini hanya pada Harith seorang. Tiba – tiba rasa tak sabar nak tahu lagu apa yang bakal dia dendangkan sebentar nanti. Lelaki itu membetulkan duduk. Dia berdehem sedikit sebelum memulakan nyanyian.

“ Lagu yang akan saya nyanyikan nanti.. Saya tujukan khas buat seseorang yang amat saya sayangi. For you, Miss R. You will always be my only one...” Harith merenung aku lama. Aku tergamam. Miss R? Akukah yang dia maksudkan?

Masing - masing bertepuk tangan saat Harith memetik gitar. Syahdu dan mengasyikkan. Suasana hening seketika bila masing – masing menumpukan sepenuh perhatian pada Harith.



Seandainya kau ada di sini denganku

Mungkinku tak sendiri

Bayanganmu yang selalu menemaniku

Hiasi malam sepiku

Ku ingin bersama dirimu

Ku tak akan pernah berpaling darimu walau kini

Kau jauh dariku

Kan selalu ku nanti kerna ku sayang kamu



Aku juga seperti mereka. Kagum, terpegun, terkesima. Suaranya yang lunak sudah tentu memukau jiwa setiap yang mendengarnya. Harith Daniel sememangnya talented! Gitar dipetik tanpa perlu dia melihatnya. Sudah hafal semua chord. Saat ini mata Harith hanya memandang pada aku seorang. Matanya tu macam dah tak reti nak pandang ke tempat lain!



Hati ini selalu memanggil namamu

Dengarlah melatiku

Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku

Takkan pernah ada yang lain

Adakah rindu dihatimu seperti rindu yang ku rasa

Sanggupkah ku terus terlena tanpamu di sisiku

Ku kan selalu menantimu



Sekali lagi Harith mendapat tepukan gemuruh dari mereka yang ternyata begitu kagum dengan kemerduan suara Harith menyanyikan lagu Kerna Ku Sayang Kamu nyanyian Dygta. Lagu ini memang lagu favourite dia. Harith terus menyerahkan gitar pada Pa’an semula setelah Pa’an naik ke pentas. Pa’an membetul – betulkan mic stand di depannya.

“ Itu dia nyanyian yang cukup memikat dari Harith! Agak – agaknya siapalah Miss R yang abang handsome kita ni maksudkan ya? Bertuah sungguh Miss R tu…!” usik Pa’an disusuli ketawa kecil.

Harith yang baru hendak turun dari pentas juga sudah tergelak. Lantas dia melaung pada Pa’an. “ Biarlah rahsia!”

“ Biarlah rahsia ya? Ramailah gadis makan hati bila tahu Encik Harith kita ni dah berpunya!” Pa’an tak habis – habis menyakat. Satu restoran sorakkan si Harith. Sampai blushing Harith dibuatnya. Malulah tu! Nasib baiklah Harith jawab biarlah rahsia. Kalau tak, haruslah aku pun jadi bahan malam ni! Selamat!

Harith segera kembali ke tempat duduknya semula. Nampak sangat dia dah malas nak melayan si Pa’an tu. Aku berkalih pandang pada Harith. Lelaki itu macam tahu – tahu saja yang dirinya sedang diperhatikan. Dia pantas melirikkan matanya pada aku. Bibirnya mengoles senyuman manis yang memikat jiwa!

“ Aku tak tahu pulak ex kau selalu datang sini…!” ujar Bella.

“ Ermm.. Kita bukannya selalu ke sini, kan? So.. Logiklah kalau tak tahu apa – apa.”

By the way… Sedap suara dia! Kalau aku jadi kau, dah lama aku cair! Siap tuju lagu kat kau tu! So sweet!!

Aku menjuih bibir. “ Sweetlah sangat!!”

Bella ketawa mengekek – ngekek.

________________________________________

Masa aku hendak ke tempat parkir kereta, aku lihat Harith sedang bersembang dengan rakan – rakannya di luar restoran. Aku suruh Bella jalan di depan, aku di belakang.

“ Phewwiitt!”

Malas hendak melayan, aku mempercepatkan langkah. Telinga aku pekakkan dan pura – pura tidak melihat dia di situ. Dah tahu sangatlah siapa yang buat macam tu. Dah tentulah si Harith! Takkanlah kawan – kawan dia pula? Mahu kena pelangkung dengan si Harith nanti!

“ Alaaa.. Sombongnya dia! Nak berkenalan boleh?”

Aku memang nekad taknak layan Harith. Makin laju aku berjalan, rasa makin lambat nak sampai ke kereta. Langkah aku terbantut bila aku terasa belakang bahu aku dicuit seseorang. Erk!! Alamak! Siapa pulak main cuit – cuit aku ni?! Aku toleh ke belakang. Harith menayang sengihan panjang. Cepatnya dia kejar! Rasanya aku dah jauh tinggalkan dia tadi. Tapi dia dapat juga kejar aku. Eeee.. Sabar ajelah banyak – banyak! Tahulah kaki dia tu panjang.

“ Apa masalah awak ni, Encik Harith? Tak cukup awak kenakan saya tadi… Sekarang ni awak tak puas – puas lagi nak usik saya?” aku menggerutu, seraya menjelingnya tajam.

“ Laaa.. Rene cakap apa ni? Bila masanya abang kenakan Rene?” Harith yang memakai kemeja Banana Republic menggaru – garu kepala yang tidak gatal. Bingung.

“ Tadi tu apa?! Main tuju – tuju lagu pulak!!! Buang tebiat apa?” aku berpeluk tubuh dengan wajah cemberut. Aku nampak Harith kecik besar aje ni! Kalau ikut hati, nak saja aku pijak – pijak dia sampai lunyai! Err.. Jangan, Rene! Anak orang tu. Kesian mak ayah dia kalau kau buat dia macam tu.

Harith tayang muka selamba. “ Alaa… Apa salahnya, Rene. Bukannya abang buat benda tak elok. Dedicate lagu je.. Itu bukan buang tebiat.. Itu caranya abang luahkan isi hati abang pada Rene.”

Luahkan isi hati konon! Huh! Ada saja alasan dia tu! Cakap apa pun tak guna, dia tetap akan bagi bermacam alasan. Terus aku pandang ke tempat lain bila Harith pandang aku tanpa bekerdip matanya. Pandangan itulah yang selalu buat aku jadi tak tentu arah. Tapi kalau dengan Harith Daniel sajalah. Kalau dengan orang lain, aku boleh balas balik renungan mereka tu. Tak tahu kenapa. Tapi kalau dengan si HD ni, aku kalah!

“ Mana Amir?” Harith bersandar pada pintu kedai stationery yang sudah ditutup. Aku lihat jam. Dah pukul 11. Padanlah kalau kedai pun dah tutup. Bella sabar menanti di dalam kereta yang diparkir tidak jauh dari sini. Kesian Bella. Dah berapa kali menguap tadi. Katanya malam tadi dia tak boleh tidur. Lepas tu langsung tak ada masa nak take a nap. Sibuk uruskan itu dan ini walaupun hujung minggu. Hujung minggu atau tidak, tak ada bezanya bagi Nur Nabila!

“ Takde. Outstation.” Kata aku senada. Pagi tadi aku dapat mesej dari Amir, memberitahu yang dia akan ke Sarawak untuk tiga hari. Untunglahkan? Sambil menyelam minum air. Sambil bekerja, dapat juga kenal tempat orang. Aku ni yang selalu tertinggal kereta api. Orang lain dah merasa pergi ke Seoul, Paris, New York. Aku? Sabah dan Sarawak pun tak pernah pergi! Sadis!

“ Oooo… Patutlah.. Kalau tak 24 jam berkepit dengan dia, kan?”

Hai.. Lain macam saja bunyinya! I smell jealousy! Hahaa! Ada orang jealous ke? Uh – oh! Nasiblah kalau dia jealous pun! Aku tak boleh buat apa – apa! Hehehee!

“ Kejap… Did you cut your hair?”

Wah! Harith perasanlah aku potong rambut! Kalau sesetengah lelaki, dia orang bukannya alert sangat dengan benda macam ni. Tapi Harith, sekelip mata dia dapat kesan setiap perubahan pada diri aku. Contohnya kalau aku nampak tembam sikit ke, kurus sikit ke. Mesti dia akan tegur!

“ Habis tu? Nampak macam Rene sambung rambut ke?” sindir aku.

Harith tergelak kecil. “ Sayanglah Rene potong….. Elok – elok rambut tu panjang, dia potong pulak.” Kata Harith.

“ Habis tu kenapa? Tak cantik ke rambut pendek?” Tanya aku. Sajalah nak uji dia sebenarnya.

“ Cantik. Anak perempuan Puan Sofea dan Professor Madya Ir. Mohd Syahril ni kalau potong rambut style apa pun tetap cantik. Tapi… Kalau Rene pakai tudung, lagi cantik! Drop dead gorgeous!” jawapan Harith sebenarnya ada maksud yang tersirat.

Aku diam tanpa kata. Panas wajahku tatkala ditegur begitu. Ya, teguran yang mendalam. Aku tahu apa yang cuba Harith sampaikan. Dulu waktu dia jadi boyfriend aku, dia pernah tanya bila aku nak bertudung. Jawapan aku, aku masih degil untuk berubah jadi lebih baik.

“ Insya – Allah… Akan sampailah waktunya nanti.” Aku memilih jawapan selamat. Sebenarnya aku memang dah ada niat untuk berhijab. Tapi tak dinafikan iman aku ni tersangatlah lemah. Masih terlalu liat untuk berubah ke arah kebaikan. Tapi aku tetap cuba untuk berubah menjadi hamba Allah yang baik.

“ Insya – Allah.. Amin…” Harith senyum. “ Nak tanya lagi satu soalan boleh?”

“ Hmm.. Apa dia?”

“ Sejak bila Rene bebas sangat keluar malam ni?”

“ Sejak dua menjak nilah.” Jawab aku acuh tak acuh.

“ Dah tak ada rules balik sebelum Maghrib?”

“ Ada! Alaa.. Bukannya Rene selalu keluar malam. Kalau keluar pun, bila dapat green light dari big boss aje! Kalau tak, takdenya Rene nak keluar.”

“ Bagus….. Anak solehah.”

Anak solehah? Insya – Allah.. Mudah – mudahan… Tapi… Apahal mamat ni banyak tanya sangat malam ni? Dah mengalahkan FBI pulak! Haihh…!!

“ Yang abang ni nak berlagak macam warden ni kenapa?” aku kembali menyoal bila terasa sedikit rimas disoal itu dan ini bertubi – tubi.

Warden ni risaukan Rene. Sebab macam – macam benda boleh jadi dalam dunia zaman sekarang. Tak bagus untuk kaum perempuan macam korang ni keluar malam – malam.” Panjang lebar Harith menjawab. Menyeluk tangan ke dalam poket. Santai habis!

Bibir aku muncungkan sedikit. Macam tulah reaksi aku kalau ada rasa tak puas hati dengan Harith Daniel. Perangai memang tak matang langsung! Aku pun tak tahulah macam mana mamat ni boleh fall in love dengan aku yang keanak – anakan ni?

“ Elehh.. Pantang orang bebel sikit mulalah nak muncung sedepa! Cium kang!” Harith sengaja menggertak. Dia tersenyum nakal.

Maaakkk!! Seramnya aku dengar!! Harith Daniel memang melampau!

“ Buatlah kalau berani! Rene takut ada yang tak sempat balik rumah je nanti! Habis Rene buat gulai!” Dengan selambanya aku mencabar Harith. Berani sungguh kau ya, Rene? Kalau Harith betul – betul buat nanti baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah? Jangan berlagak sangat, Rene. Tadi Harith ugut nak cium pun kau dah cuak!

“ Amboi! Garangnya! Usik sikit pun tak boleh…. Sensitif sangat sekarang!”

Memang. Memang Rene Hannani bertambah sensitif sejak akhir – akhir ni. Tak tahu kenapa. Beberapa saat kemudian, lalu beberapa orang gadis di situ. Kalau tak silap aku, mereka ini yang dekat restoran tadi. Nama Harith dipanggil. Depan – depan aku Harith berbalas senyuman dengan mereka. Ewah, ewah! Ramainya peminat dia! Bukan main lagi! Aku buat – buat tak nampak semua itu. Lantak dialah kalau orang nak minat dia ke apa. Dia bukannya husband aku lagi. So, kalau ada orang nak sukakan dia pun biarkan aje!

“ Rene! Cepatlaaa… Kut ya pun nak dating tunggu lain kali la! Esok kerja oi!” laung Bella sebaik cermin tingkap kereta diturunkan. Kepalanya dijengahkan keluar sedikit.

Aku mencebik geram. Suka hati aja cakap kami dating. Mulalah tu nak provoke aku pulak! Boleh harap punya kawan!

“ Dahlah.. Pergi balik.. Ingat.. Terus balik rumah. Jangan melencong tempat lain pulak.” Pesan Harith lembut.

“ Tak. Kejap lagi Rene nak pergi clubbing. Abang nak ikut?” Ringan mulut aku memerli. Dah dia pesan macam – macam. Macamlah aku ni liar sangat nak merewang ke sana sini sampai tak ingat nak balik rumah.

“ Amboi, amboi! Bukan main lagi! Clubbing ya? Babab kangg..!” sekali lagi Harith menggertak.

“ Habis tu pesan macam orang ni budak kecik je! Come onlah! Rene dah besar. Rene tahu jaga diri.”

“ Yelah.. Abang cuma ingatkan aje… Okey okey. Taknaklah gaduh dengan Rene. You better go now.. It’s getting late..” jawab Harith sambil mengerling jam Tag Heuernya sebelum dia berpaling pada kawan – kawannya yang masih tidak berganjak dari tempat mereka berdiri.

Tanpa membantah, aku terus meluru ke kereta Bella yang sudah diundur keluar dari kotak parking. Buka saja pintu, aku terdengar nama aku dilaung Harith. Lambat – lambat aku menoleh. Pandang saja pada dia, terus dia bagi flying kiss! Eeee!! Harith Daniel memang gatal! Blueeekkk!! Aku jelirkan lidah padanya sebagai balasan. Mengekek – ngekek dia ketawa.

________________________________________

Sakan Amir ketawa setelah aku menceritakan tentang apa yang terjadi di restoran sepupu Bella tempoh hari. Tentang Harith nyanyikan lagu untuk aku dan macam – macam lagi.

“ You janganlah marah Harith hanya sebab dia tuju lagu kat you. Bukannya dia buat benda yang tak senonoh pun. Relakslah…!” tutur Amir. Cuba sejukkan hati aku yang sudah membara.

Aku menjuih bibir. Sikit – sikit nak back up kawan dia. Tahulah kawan baik! Tapi asyik Harith saja yang betul, mana adil? Aku ni semuanya salah! Stresslah macam ni!

 “ Oh ya! Sebelum I terlupa! I ada benda nak bagi pada you. Ole – ole dari Sarawak!” Amir mengeluarkan sesuatu dari poket kemejanya.

Aku tersengih lebar sebaik Amir menyerahkan rantai leher bertali hitam, siap dengan alphabet beads yang berbentuk cube dijadikan sebagai loket.


Aww… Cantiknya! Siap ada nama I lagi!” Ralit aku membelek alphabet beads berwarna silver itu. R.E.N.E. “ Thanks, Amir. Terharu I. Ingat juga you kat I, kan? Siap beli ole – ole lagi. So sweet!

“ Mestilah! Ini baru rantai leher je. Lepas ni I belikan you cincin tunanglah pulak!”

Erk?! Cincin tunang? Amir ni dah kenapa sampai dah masuk bab bertunang pulak? Heii.. Seram pulak aku!

“ You kenapa? Demam balik dari Sarawak hari tu ke? Tiba – tiba cakap pasal tunang.”

“ You ingat I buat lawak ya? I serius tau! Kan I dah cakap I sayang you? Tak percaya?”

Aku tergamam. “ Err.. Amir… Please… Dah banyak kali I cakap pada you.. I sebenarnya…”

“ Masih tak bersedia untuk terima orang lain dalam hidup you. Okey, I faham.” Amir memotong bicaraku. Ada kehampaan di wajahnya.

Sejenak, aku diam. Soal hati dan perasaan bukanlah perkara yang boleh dianggap remeh. Cinta itu bukannya boleh dipaksa. Harapnya Amir mengerti.

________________________________________

Tidur lenaku terjaga tatkala terdengar bunyi handphone berdering meminta diangkat. Aku mencebik geram. Siapalah yang call malam – malam buta ni? Tanpa membuka mata, aku menggagau fon di atas meja lampu di sisi katil.

Rene….” suara Harith kedengaran sebaik Iphone aku dekatkan ke telinga.

Hish! Dia ni nak kacau aku tak agak – agak! Tengah malam macam ni pun sibuk cari aku!

“ Hmm….” Sahut aku malas – malas. Langsung tak buka mata. Mengantuk sangat!

Sorry ganggu… Dah tidur ke?” tanya Harith. Dah tahu lagi mahu tanya!

“ Hmmmm…. Yelaaa… Abang call ni dah tak pasal – pasal Rene terjaga…” omel aku dengan suara ala – ala serak basah. Seksi gitu.

Sorry… Ingatkan belum tidur. Saja je abang call. Nak dengar suara Rene sebelum tidur. Okeylah.. Dah dapat dengar sekejap pun dah boleh tidur lena. Pergilah sambung tidur. Good night.”

“ Errmm.. Good night… I love you..” Tiga patah perkataan itu terlafaz di bibirku tanpa sengaja. Hilang terus mamai aku tadi! Aku memukul – mukul mulutku sendiri!!! Ya Allah! Rene!! Macam mana kau boleh luah macam tu pulak?! Kau mengigau ke apa? Bodohnya!! Bodohnya Rene Hannani!!!

Hah? Apa dia?! Ulang balik?!”

“ Hah?!! Ehh.. Tak… Takde apa – apa! Rene cakap good night to you too!” Lagi mau cover line!! Ah! Malunya!! Aku menyembamkan wajah ke bantal.

Eleleleleee…. Tu nak cover line la tu!! Abang dengar Rene cakap I love you tadi.. Kannn? Kaaaann? Kaaaannn??” Harith tergelak sakan di corong talian.

Eeeeii!! Salah sendiri!! Tak pasal – pasal mamat ni dah terlebih perasan pulak! Terlajak perahu boleh diundur, Rene! Lain kali mulut tu biar insurans sikit!

“ Eh tadi kata nak tidur! Dah, dah! Rene ngantuk! Selamat malam!” aku sudah malas hendak melayan Harith. Takut lepas ni terlepas cakap lagi! Sengal!

“ Comel sangat Rene ni. Hahahaa. Selamat malam. I love you too!!” luah Harith dengan selamba. Ini mengambil kesempatan namanya!

Talian segera dimatikan. Aku menampar – nampar pipi sendiri. Marah. Argh!! Rene! Kau dah jatuhkan air muka sendiri! Sengalnya kau, Rene Hannani! Moral of the story, jangan cakap fon masa mengantuk! Bahaya! Sangat berbahaya!

No comments:

Post a Comment