Monday 2 December 2013

Oh My Ex - Husband! 6


Pagi itu memang aku tak senang duduk. Runsing tentang dua perkara. Satu, pasal handphone yang dah lesap! Dua, tak tahu macam mana caranya harus aku menghubungi Harith Daniel sedangkan nombornya langsung aku tak hafal. Aku nak pastikan yang handphone aku itu ada dengan dia atau tidak? Untung mama masih simpan nombor bekas menantunya itu. Saat ini, telefon bimbit mama sudah berada di tangan. Hanya menanti waktu yang sesuai untuk telefon Harith saja. Tapi.. Nak tunggu sampai bila, Rene? Makin kau tunggu, makinlah tak senang duduk! Terkumat – kamit aku membaca Bismillah saat nombor Harith hendak aku dial. Nak call Harith macam nak bercakap dengan Perdana Menteri! Nervous semacam! Aci nak tekan butang call, terdengar bunyi hon kuat dari luar rumah.
Entah siapalah yang suka sangat main hon depan rumah orang ni? Aku mengomel di dalam hati. Aku memanjangkan leher ke luar rumah. Saat itu jugalah jantung aku seakan mahu tercampak ke luar. Terpandangkan BMW Z4 yang berhenti di hadapan pagar membuatkan aku jadi tak tentu arah. Panjang betul umur si HD ni! Baru ingat nak call dia, dia dah muncul! 
ihsan encik google :)


“ Abang… Ada apa datang sini?”  Aku menapak ke pagar perlahan – lahan. Membukakan pagar untuk Harith menggunakan. Bagus juga Harith datang. Aku nak tanya pasal fon kesayangan aku tu. Nyawa tu beb! Ibaratnya aku tanpa handphone sama macam jasad tanpa roh. Gitu!
Sorry kalau abang ganggu.. Abang datang ni sebab nak pulangkan something..” Harith pantas menanggalkan kaca mata hitamnya.
What is it?”  tanya aku.
Harith mengeluarkan sesuatu dari poket jeans. Aku menanti dengan penuh debaran di dada. Mungkinkah sesuatu yang dimaksudkan itu ialah fon aku?
“ You left this at the playground yesterday..” ujar Harith.
Mata aku sudah bersinar – sinar! Handphone aku!! Alhamdulillah!!! Jumpa jugak akhirnya!! Memang betullah aku tercicir kat sana dan nasib baik Harith tolong simpan! Bibir menarik senyum lega saat Harith menyerahkan fon itu ke tangan aku.

Thank you. Mati – mati Rene ingat Rene takkan dapat balik fon ni..…”  balas aku. 
“ Yup! Nasib baik sangat! Kalau tak dah ada orang yang rembat fon Rene ni..”
Huih! Syukur alhamdulillah! Fon aku ni ibarat kembar akulah! Ke mana saja aku pergi, fon aku pasti aku bawa bersama! Kecuali time mandilah! Heheh! Tapi.. Kenapa Harith ambil masa untuk pulangkan pada aku?
“ Err.. Thank you once again… Tapi kenapa baru pagi ni abang hantar? Kenapa tak semalam?”
“ Memang abang ingat nak hantar terus semalam. Tapi tiba – tiba ada hal.. Langsung terlupa. Bila dah nak tidur baru ingat pasal fon Rene.. Maaflah…”
“ Abang tak tengok apa – apa dalam handphone Rene ni kan?”  spontan soalan itu terpacul di bibirku. Memang aku takut sangat kalau Harith curi – curi baca mesej aku ke apa. Yelah kan.. Senang – senang je dia boleh pegang handphone aku ni. Mestilah dia guna kesempatan ni untuk tengok apa yang patut! Itu pun kalau Harith buatlah…!
Harith tersengih dengan mata yang mengecil menahan silau matahari. Dia menggeleng. “ Jangan risau… Abang tak tengok apa – apa pun dalam tu.. Sebab abang tahu Rene tak suka kalau abang buat macam tu,”
Fuhh!! Selamat! Lega!! Nasib baik Harith ni jenis yang reti bahasa jugak! Kalau tak, memang hari ni dia makan pelempanglah jawabnya! Baru adil! Dulu aku dapat pelempang dia, sekarang biar dia pula yang rasa pelempang aku ni!
“ Baguslah….”  Balas aku.
Next time Rene kena hati – hati. Kalau tercicir dekat tempat lain memang fon ni takkan dapat kat Rene balik.”  Pesan Harith.
Aku angguk. Beberapa saat berselang, kedengaran suara papa menegur kami berdua.
“ Laa..! Harith rupanya! Kenapa tak cakap nak datang?”  papa menghampiri kami yang masih berdiri di tepi pagar.
Baik betul Rene Hannani. Langsung tak pelawa Harith masuk ke rumah. Walhal Harith dah pulangkan telefon tu dah kira baik. Tapi aku? Masih juga tak bagi muka! Harith menyalami tangan papa penuh hormat. Papa tersenyum mesra. Masih seperti dulu. Layanannya pada Harith Daniel tetap sama walaupun lelaki itu bukan lagi menantunya. Mama juga begitu. Cuma aku saja yang sengaja mencipta jurang di antara kami. Kerana hati ini masih belum sembuh lukanya.
“ Harith tak plan pun, papa. Datang ni sebab nak pulangkan telefon Rene.”  Cerita Harith sambil memandang aku sejenak.
Aku hanya mendiamkan diri. Malas menyampuk apa – apa.
“ Oh!! Itulah..! Punyalah Rene menggelabah semalam bila tengok fon dia tak ada. Macam mana Harith jumpa?”
“ Rene tertinggal dekat playground, papa. Nasib baik Harith perasan… Kalau tak…”
Papa tersengih mesra. “ Terima kasih banyaklah Harith sebab pulangkan telefon Rene ni balik. Haa Rene.. Kenapa tak ajak Harith masuk? Takkan nak sembang dekat luar ni je? Panas kat sini ni…”
Riak wajah aku berubah serta – merta. Papa suruh ajak masuklah pulak!
“ Hah? Err.. Rene… Rene..”  Gagap sudah! Dah kenapa dengan kau ni Rene?
Harith yang mungkin sudah faham dengan perubahan riak wajah aku hanya tersenyum nipis. Mungkin dia sudah mengerti apa yang tersirat di hati aku. Dah tahu yang aku sememangnya tak mahu dia berlama – lama di sini.
“ Takpelah, papa.. Harith nak cepat ni. Nak kena hantar daddy ke KLIA… Next time ajelah insya – Allah…” kata Harith berbahasa. Walaupun ayahnya sudah tidak serumah dengannya lagi, namun hubungan mereka tetap rapat. Bila ada masa terluang, Harith pasti akan pulang ke kediaman daddynya di Ampang. Aku tahu Harith tak mahu ayahnya itu kesunyian, memandangkan dia tak punya sesiapa selain anak – anaknya sendiri. Ya, ayah Harith tak pernah berkahwin lain selepas perceraiannya dengan Puan Nadira, mommy Harith.
“ Oh.. Daddy kamu nak ke mana?”
“ London, papa… Ada urusan kerja kat sana.. Sebab tu Harith rushing sikit ni… Takut terlepas flight pulak..”
Papa mengangguk faham.  Tak lama selepas itu, Harith terus meminta diri untuk beredar. Akulah manusia yang paling lega sekali! Papa pula hanya pandang saja aku sambil menggeleng – gelengkan kepala.
“ Rene ni.. Harith tu dah cukup baik datang hantar telefon tu. Tapi Rene buat dia macam tu pulak..”
Aku tak mengerti maksud papa. “ What do you mean, papa?”
“ Papa tahu Rene sengaja tak ajak dia singgah.. Sebab Rene taknak dia stay lama – lama kat sini kan?”  Telah papa.
Sudahnya, hanya sengihan kerang busuk yang aku ukirkan untuk papa. Soalannya sepi tanpa jawapan. Wajah serius papa aku renung lembut. Aku tahu papa tak suka dengan apa yang aku buat. Anaknya ini tak sudah – sudah menyimpan marah dan benci terhadap lelaki itu. Macam yang aku cakaplah.. Mereka tidak berada di tempat aku sekarang. Jadi.. Mereka takkan mengerti apa yang aku alami.
________________________________________
Petang itu aku berjaya juga pujuk Amir keluar dengan aku. Alasan aku, nak tengok wayang tapi takut nak keluar sendirian. Tak sangkalah pula alasan aku itu berjaya meraih simpati Amirullah! Masih dalam mode merajuk, tapi kerana tak mahukan aku seorang diri akhirnya dia mengalah. Selesai menonton wayang, aku ajak Amir pergi makan Nando’s. Teringin sangat nak makan Nando’s. Dari minggu lepas lagi! Sambil makan – makan, sempatlah aku bercerita pada Amir tentang punca perceraian aku dan Harith seperti yang diminta oleh Amir. Nampaknya dia masih juga tak lupa tentang tu. Mulanya memang aku tak mahu buka mulut. Namun Amir tetap juga mengasak aku tanpa henti. Naik rimas aku dibuatnya! Sudahnya aku ceritalah juga demi memuaskan hati Amirullah.
So… You still sayangkan dia?”  tanya Amir sambil menopang dagu. Ribs ayam sudah licin dimakan. Hanya tinggal iced chocolate suku gelas.
Pantas aku menggeleng sambil memandang ke tempat lain. Mulut mengemam ais. Sejuk! Ngilu gigi dibuatnya!
“ Semudah tu you buang perasaan cinta you pada dia?”
“ Apa yang dia dah buat pada I tu terlalu kejam, Amir. Sebab itulah I nekad tak mahu simpan apa – apa rasa lagi terhadap dia. Bagi I cukuplah setakat itu I cinta dan sayangkan insan bergelar lelaki. Sekarang I dah serik.”  Ujar aku perlahan.
“ Sebab tu ke you play hard to get dengan I?”  soalan Amir benar – benar memeranjatkan aku.
“ Maksud you?”   
Amir tersenyum sinis. “ You sengaja buat – buat tak faham ke apa? I dah selalu sangat bagi hint dekat you.. I sukakan you.. You je yang tak nampak kut…”
Aku bungkam. Yup! Memang sebelum ni aku ada perasan yang Amir macam cuba – cuba untuk usha line. Tapi aku sengaja buat tak hirau. Kan aku dah kata aku serik? Jadi ada baiknya dari awal lagi aku jangan bagi apa – apa harapan pada Amir. Aku takkan sesekali mempermainkan hati dan perasaan Amir atau sesiapa pun! Senang ceritalah.. Kalau aku kata aku taknak, taknaklah!
“ You.. Boleh tak lepas ni pergi Baskin Robbins? Kalau dapat makan ais krim pun best kan?”  Sengaja aku tukar topik. Malaslah nak cakap pasal hal – hal yang melibatkan tentang hati dan perasaan ni. Bosan!
Amir mencebik tak puas hati. “ Tengok.. Orang nak cakap pasal kita… Dia cakap pasal ais krim pulak…”  cemberut wajah Amir. Merajuk lagi ke? Ish! Manja betul!
Tawa kecil meletus di bibirku. Aku melemparkan pandangan ke luar Nando’s. Tiba – tiba mataku seperti menangkap kelibat seseorang yang berdiri di luar Nando’s.  Seseorang yang sangat aku kenal! Namun dalam sekelip mata.. Dia hilang dari pandangan!
“ Tengok siapa?”  tanya Amir. Pelik melihat aku yang seakan terpaku saat ini.
“ Tak… I… Macam nampak.. Harith je tadi….”  Jawab aku tersekat – sekat. Mata masih lihat ke tempat tadi. Masih tercari – cari bayangnya. Betul ke tadi tu Harith? Tak mungkin aku salah orang! Ke aku ni dah gila sampaikan aku nampak Harith di mana – mana? Tapi memang confirm aku nampak dia tadi! Tinggi lampai orangnya! Rambut pacak – pacak! Tapi dalam dunia ni bukannya Harith seorang saja macam tu!
Amir turut berpaling ke belakang. Tercari – cari kelibat Harith Daniel.
 “ Mana? Mana dia? Takde pun?”
“ Entah… I tersilap kut…”
“ You rindu dia eh?”  Amir sudah tersenyum mengusik.
Pantas aku mencubit lengan Amir. Terjerit Amir dibuatnya. Jeritannya itu mengundang perhatian beberapa orang pelanggan yang duduk tidak jauh dari kami.
“ Jangan main gilalah!”  aku menjelingnya geram.
Amir ketawa mengekek – ngekek. “ Gila tak gila. Kalau sampai you dah nampak Harith di mana – mana.. Itu tandanya you rindukan dia!”
“ Amirrrrr…!!”  
Makin galak Amir ketawa. Bukan main seronok lagi dia bahankan aku! Nasib baiklah orang ramai kat sini. Kalau tak dah lama aku karate Amir sampai patah – riuk! Geramnya aku dengan Amir ni! Rene Hannani rindukan Harith Daniel? That is impossible! Jangan harap!
________________________________________
Aku berlari anak masuk ke bilik sebaik terdengar bunyi nada dering dari Iphone 5 yang aku letak di atas katil. Dahi berkerut seribu saat melihat nombor misteri yang tertera di skrin sesentuh itu. Aik? Siapa pula yang call aku ni? Malas mahu terus berteka – teki, aku terus menjawab panggilan dari pemanggil misteri itu.
“ Hello….”  Aku memulakan bicara. Nak bagi salam, tak tahu pula orang di sana Islam ke tidak?
“ Hello.. Boleh cakap dengan Rene Hannani?”  macho suara yang bertanya.
Yes.. Rene bercakap. Siapa ni?”  aku sudah melabuhkan duduk pada birai katil.
“ Rene.. Takkan tak kenal kut? Ini abanglah..”
Erk! Abang? Si HD ke?
“ Abang? Harith Daniel? Kenapa lain sangat suara ni?”  tanya aku lagi. Memang lain sikit suara Harith malam ni. Sebab itulah aku tak kenal tadi! Sudahlah nombor dia pun aku tak simpan.
Gelak tawa Harith kedengaran. “ Entah.. Maybe sebab dalam phone that’s why jadi lain…”
Ye tak ye kan? Maybe sebab dalam fon suara jadi lain. Tapi.. Kejap!! Mana Harith dapat nombor telefon aku ya?
“ Err.. Kejap! Nak tanya sikit…! Mana abang dapat nombor Rene?”
“ Hurmm.. Kalau abang cakap janji jangan marah tau?”
“ Ya. Janji.”
“ Sebenarnya masa jumpa fon Rene tu abang terus missed call kat handphone abang sendiri. Sebab abang tahu… Kalau abang mintak dengan Rene, sampai bila – bila takkan dapat. So… I have no choice.. Ni je caranya untuk abang dapat nombor baru Rene… Sorry…”  panjang berjela – jela penjelasan Harith.
Aku terpana. Ya Allah! Patutlah! Aku lupa pasal tu! Alahai..! Ingatkan bila dah tukar nombor tak adalah yang mengacau! Nampaknya aku tak boleh lari dari si HD ni! Adui!
Hello? Rene? Are you still there? tanya Harith setelah aku membisu sejenak.
“ Eh.. A’ah. Yup.. Still here… jawab aku lemah. Tak sukanya! Harith dah dapat nombor aku pulak!
“ Rene marah ke? Maaflah kalau Rene tak suka.. Tapi abang tak boleh tahan diri abanglah, Rene. Abang tahu cara ni saja untuk abang lepaskan rindu abang pada Rene…”
Aku mengeluh kecil. Lantas menghenyakkan tubuh ke tilam empuk, sambil memeluk bantal Garfield.
“ Nak marah buat apa lagi? Abang dah dapat pun nombor Rene…”  nada aku seakan pasrah. Ya! Pasrah saja!  
“ Hmm.. Jangan tukar nombor lagi lepas ni.. Please….”  Lembut suara Harith merayu.
Diam. Tak tahu apa lagi yang hendak dikata. Sumpah aku marahkan diri sendiri sekarang ni kerana aku terlalu cuai sampai boleh tertinggal fon. Dan disebabkan itu juga Harith dah dapat nombor aku pulak! Gerak hati aku kuat mengatakan yang Harith Daniel takkan berhenti hanya setakat ini saja. Lepas ini makin mudah dan makin keraplah dia cari aku.
“ Abang call Rene sebenarnya ni ada apa?”  tanya aku sedikit tidak senang. Mood terganggu.
“ Ada benda yang abang nak tanya Rene..”
“ Apa dia?”
“ Rene dengan Amir tu ada apa – apa ke?”
“ Kenapa tanya pasal Amir pulak?”
Kali ini Harith pula yang sepi tak bersuara. Aku ingatkan talian terputus. Tapi rupanya tidak.. Sebab aku dapat dengar dengan jelas bunyi televisyen di sana.
“ Abang nampak Rene dengan dia dekat Mid Valley tadi…”  jawab Harith antara dengar dan tidak.
What?! Maksudnya memang betullah orang yang aku nampak di Nando’s tadi tu adalah Harith Daniel! Sah! Mata aku masih elok! Aku tak rabun lagi! Memang betul tadi tu Harith!
“ Habis tu kalau nampak kami kenapa tak datang tegur tadi?”  aku masih tak mahu jawab soalan Harith yang mula – mula tadi. Sengaja biarkan dia ternanti – nanti. Pasal yang aku nampak dia tu pun aku sengaja diamkan. Malas nak cakap apa – apa.
“ Abang taknak ganggu. Rene dahlah tak suka abang… Kalau abang ganggu, makinlah Rene benci.. Kan?”
Aku diam. Harith ni sengaja nak raih simpati aku atau apa? Sedih semacam suaranya tu!
“ Answer me, Rene.. Rene memang ada apa – apa dengan dia? Rene couple dengan dia atau sekadar kawan biasa?”
“ Kenapa nak tahu sangat?”  aku sedikit bengang. Busybody pula Harith Daniel ni! Dah berjangkit perangai Amir la ni!
“ Salah ke kalau abang nak tahu? I’m just asking.. That’s all..”
“ Kalau ya pun Rene ada apa – apa dengan dia tak salah, kan? Sekurang – kurangnya.. Amir tahu jaga hati Rene. Pandai ambil hati Rene. Bukannya macam orang tu.. Sebelum dapat bukan main berjanji sehidup semati.. Bahagia sampai syurga.. Tapi bila dah dapat habis madu sepah dibuang!”  tempelak aku tanpa memikirkan yang semua itu mungkin hanya akan menyinggung hati dan perasaan Harith. Bagi aku, aku puas dapat menyindirnya begitu. Puas dapat melepaskan apa yang terbuku di hati.
Ada keluhan halus terlepas dari bibir Harith. Emosi aku semakin tidak menentu. Memang.. Memang kemarahan aku masih belum reda. Aku masih belum lupa apa yang pernah Harith lakukan dulu. He took me for granted! Diri ini tak ubah seperti tunggul. Harith tak pandai hargai kasih sayang yang aku berikan padanya! Semuanya hanyalah sia – sia!
“ Rene jangan cakap macam tu.. Tolonglah… Sedih hati abang ni Rene…”  lirih nada Harith saat ini. “ Rene tak tahu abang pun menderita dengan apa yang jadi pada kita...”
Aku senyum sinis. “ Dahlah abang. I’m so sick of all this… Hati Rene masih belum pulih sepenuhnya… Tolonglah… Rene tak mahu diganggu…” pujuk rayu Harith tak aku pedulikan.
“ Fine… Maafkan abang sekali lagi sebab ganggu Rene. Assalamualaikum…”  hampa nada Harith.
“ Waalaikumussalam…”
Talian dimatikan. Seketika, aku termangu di atas katil. Sekali lagi minda diterjah sejarah lalu. Kenapalah begitu sukar untuk aku melupakan semuanya? Aku cuma ingin hidup aman dan bahagia walaupun tanpa Harith Daniel di sisi!
Lamunan aku tersentap sebaik terdengar bunyi message alert. Mesej entah dari siapa. Butang read ditekan.
Rene.. Walaupun you cakap you dah serik untuk bercinta lagi.. Tapi itu tak mematahkan semangat I untuk terus mengharapkan you.. I akan tunggu you, Rene.  Good night. – Amir
Allahuakhbar! Masalah bertimpa – timpa! Aku meraup – raup wajah perlahan. Harith dengan cara Harith. Amir pun sama! Tak habis – habis dengan ayat – ayat cinta dia tu! Ah! Lelaki semua sama! Hanya tahu menabur janji namun akhirnya semua itu akan dimungkiri!

No comments:

Post a Comment