Sunday 1 December 2013

Oh My Ex - Husband! 4


Makan malam kali ini cukup meriah sekali! Kunjungan dari mak long sekeluarga benar – benar menggembirakan aku. Hilang semua stress yang ada. Apa lagi bila sudah lama tidak bertemu dengan mereka. Bila berjumpa, riuh macam pasar ikan! Terubat juga kerinduan aku terhadap mak long, pak long dan sepupu – sepapat aku yang lain.

“ Raihana mana? Tak join kita ke malam ni?”  mak long mengajukan soalan bila tersedar yang kelibat kakak sulungku itu masih tidak kelihatan walau sudah hampir sejam mereka di sini.

“ Kak Ana tak dapat datang, mak long. Dia kirim salam semua. Boboi si hero kecik tu kena cirit – birit. Abang Firdaus pulak outstation 3 hari. Sebab tu dia tak datang..”  jelas aku panjang lebar. Memang itulah apa yang diberitahu oleh Kak Ana dalam pesanan ringkas yang dihantar olehnya tadi, bila aku memaklumkan tentang kehadiran tetamu istimewa malam ini. Sebut pasal Boboi, baru aku ingat nak pergi jenguk dia besok. Kesian Boboi.. Entah apa yang dia makan sampai terkena cirit – birit pulak.

“ Waalaikumussalam.. Dia duduk dekat KL jugak, kan?”  tanya mak long lagi.

Aku angguk. “ A’ah. Dia stay kat Damansara je mak long…”  jawab aku bersama senyuman di bibir.

“ Rene! Sedap betul pavlova ni! Siapa yang buat?”  tanya Aleesya, anak bongsu mak long.

“ Akulah yang buat. Sedap ke? Alhamdulillah! Takut jugak tak menjadi tadi.. Tapi kalau kau dah kata sedap tu.. Kira okeylah…”  ujar aku lega. Maklumlah, ini pertama kali aku buat selepas berkali – kali berguru dengan Kak Ana tapi semuanya failed. Buat pavlova ini rumit sebenarnya. Nampak senang, tapi sebenarnya cerewet! Nampaknya kali ini aku berjaya! Suka!

“ Pandai juga rupanya Rene ni dalam masak – memasak ye? Sebiji macam mama dia jugak!”  puji pak long yang duduk di sebelah papa.

Pujian pak long membuatkan aku tersipu – sipu malu. Papa dan mama hanya tersenyum mendengarnya. Mereka berdua tadi pun dah berkali – kali puji pavlova aku. Katanya kalah yang Alexis punya!

“ Alhamdulillah.. Biasa – biasa je pak long. Rene belajar dengan Kak Ana.. Dialah yang ajar Rene. Tak sia – sia berguru dengan dia banyak kali.”  Cerita aku. Aku ni memang jenis yang suka mencuba sesuatu yang baru. Buktinya inilah dia!

“ Rajin betul anak – anak Sofea dengan Syahril ni. Dahlah cantik.. Rajin menolong di dapur. Bukan macam anak – anak mak long ni. Lebih – lebih lagi si Aleesya ni ha.. Satu apa pun tak reti. Suruh masak nasi pun asyik failed aje!”  sempat lagi mak long bebelkan anak daranya yang seorang ini.

Aleesya mencebik tak puas hati. Yang lain pula hanya tergelak mendengar omelan si ibu pada anaknya. Sebiji macam mama bebelkan aku juga.

“ Entahnya Aleesya.. Nak jadi orang perempuan ni kena rajin tau.. Jangan malas – malas. Nanti mak mertua reject!”  sampuk Aiman. Abang sulung Aleesya.

Makinlah panjang muncung Aleesya bila semua orang dah mula bebelkan dia. Aku hanya tersengih. Malas hendak menyampuk. Saat ini baru aku perasan, dari tadi aku tak nampak – nampak bayang Adam. Anak kedua mak long yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran di Australia. Patutlah kalau mama kata ada kejutan. Rupa – rupanya inilah kejutannya! Kepulangan Adam ke Malaysia seminggu lalu langsung tak dikhabarkan pada aku. Kata mama, sengaja mak long nak surprisekan aku! Maklumlah, antara mereka bertiga, aku paling rapat dengan Adam.

“ Angah mana mak long?”  tanya aku pelik. Angah itu panggilan dalam keluarga Adam. Sebab dia anak yang tengah. Dengan aku – aku terikut sama. Panggilan itu lekat sampai sekarang. Tambahan pula, Adam ini usianya 3 tahun lebih tua dari aku. Jadi lebih sopan bila panggil dia dengan panggilan angah.

“ Ada kat luar tu ha.. Tengah buat apa entah. Smoking kut?”  Aleesya menjawab bagi pihak mak long.

Sikap Adam yang satu ini memang aku sudah tahu sejak dari kecil lagi. Suka menyendiri dan tak mesra alam orangnya. Cuma dengan aku saja dia rapat. Tu pun sebab waktu kecil dulu dialah peneman aku ke kelas fardhu ain. Kiranya Adam ni macam bodyguard akulah. Cuma yang menghairankan aku, sejak bila Adam dah pandai hisap rokok? Setahu aku Adam tak suka sentuh benda – benda macam tu!

 “ Takpelah.. Rene nak pergi lepak dengan dia kejap.”  

Aku pantas berjalan menuju ke halaman rumah. Dari jauh sudah nampak Adam yang sedang duduk di atas buaian yang diperbuat dari kayu jati. Dia mengerling ke arah aku sekilas, kemudian dia pandang ke tempat lain semula.

“ Kenapa duduk sini sorang – sorang?”  aku terus melabuhkan duduk di sebelah Adam.

Buaian berayun perlahan. Adam bagaikan tidak mendengar soalan tadi. Kotak rokok di tangan bersama lighter disimpan ke dalam poket jeans. Putung rokok yang sudah tinggal suku dibuang jauh – jauh ke luar pagar. Kuat betul bau asap. Aku memang pantang orang smoking. Tapi nak buat macam mana. Takkan nak belasah Adam hanya kerana itu?

“ Ambil angin..”  jawab Adam ringkas.

Inilah Adam Khalid. Sepatah orang tanya, sepatahlah dia jawab. Kalau orang yang tak kenal perangai dia ni seperti apa, pasti dia akan dianggap sombong. Aku saja yang faham dia selain keluarganya sendiri.

“ So.. Now you’re back for good. Dah apply kerja ke belum?”

“ Dalam proses. Tak sabar nak ada duit sendiri.”  Adam senyum.

Aku senyum. Rindu sungguh pada Adam. Rindu nak lepak macam ni dengan dia. 5 tahun Adam menetap di sana, hanya dua kali Aidilfitri saja sempat jumpa dia. Sudahlah masa aku kahwin pun dia tak balik. Sedih sangat..! Tapi aku rasa aku tahu kenapa Adam tak balik ke Malaysia waktu itu. Itu semua gara – gara cintanya ditolak. Lalu dia membuat keputusan untuk pergi membawa hatinya yang luka. Ya… Adam menaruh hati terhadap adik sepupunya ini dalam diam. Namun segala – galanya sudah terlambat. Ketika itu aku sedang hangat dilamun cinta dengan Harith Daniel. Jadi, mana mungkin aku serahkan hati aku pada yang lain pula? Apatah lagi bila dia hanya aku anggap tidak lebih dari seorang abang. Mungkin sebab itulah Adam jauh hati dengan aku.

“ Sejak bila angah pandai merokok?”  aku sedikit tak puas hati.

“ Sejak angah duduk Australia. Kenapa?”

“ Tahukan benda tu membahayakan kesihatan? Kenapa angah buat jugak?”

“ Angah dah besarlah Rene…”  jawab Adam acuh tak acuh.

Terdiam sekejap. Rasanya Adam tak suka aku bebelkan dia pasal tu. Aku pandang dia lama – lama. Dia pula hanya melemparkan pandangannya ke dada langit yang terbentang luas. Adam nampak lain sangat sekarang. Kacak dan matang. Berbeza dengan Adam yang aku lihat 5 tahun lalu.

“ Angah masih marahkan Rene?”  laju saja soalan itu keluar dari bibirku.

Adam melepaskan keluhan kecil. Dia menggeleng lemah.

“ Angah mengaku 5 tahun yang lepas angah kecewa bila cinta angah ditolak. Angah kecewa bila dapat tahu Rene cintakan orang lain. Tapi sekarang angah dah boleh terima yang kita tak ada jodoh. Jadi tak ada sebab kenapa perlu angah simpan rasa marah dan benci pada Rene..”  

Sedikit lega mendengar jawapannya. Ternyata hubungan kami masih baik. Aku tersenyum lega. Namun senyumanku itu tidak berpanjangan bila Adam tiba – tiba saja mengungkit tentang sesuatu.

“ Angah baru dapat tahu pasal apa yang dah jadi pada Rene dan Harith. I’m sorry to hear that.. ujar Adam.

Aku menelan air liur. “ It’s okay… Nak buat macam mana.. Jodoh kami tak panjang,”

“ Mungkin Rene akan dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik selepas ni. Who knows…

“ Entahlah, angah. Rene masih belum bersedia untuk fikir ke arah itu. Bagi Rene.. Rene dah serik. Hati Rene terluka. Jadi Rene tak mahu fikir soal cinta buat masa ni. Rene lebih bahagia hidup menyendiri. Melainkan Allah dah tetapkan yang satu hari nanti Rene akan bertemu dengan cinta baru pula.. Rene tak tolak. Cuma buat masa sekarang, Rene selesa macam ni…”

Sebenarnya aku takut Adam juga seperti Amir. Akan terus mengasak aku dengan soalan – soalan yang tak mahu aku dengari. Namun ternyata Adam bukan seperti itu. Dia seorang yang memahami sebenarnya. Dia juga seorang pendengar yang baik! Sebab itulah aku rapat dengan dia!

“ Rene nak angah belasah dia?”  Adam pandang aku.

Kening aku terjungkit. “ Siapa?!”

“ Harith.”

Aku tergelak kecil. “ Apa pulak sebabnya angah nak belasah dia?”

“ Sebab dia dah sakitkan hati Rene. Angah pantang kalau ada sesiapa usik  atau sakiti Rene.”  Kata Adam serius.

Ya, memang betul tu. Adam memang dari dulu selalu saja utamakan aku dalam apa – apa hal. Sebab dia sayang aku dan sangat ambil berat tentang aku. Sebab itulah mama dan papa amanahkan Adam untuk teman aku pergi ke kelas fardhu ain setiap petang lepas sekolah. Sebab mereka tahu Adam boleh jaga aku dengan baik. Pula tu Adam ni pandai bersilat. Dia belajar silat dari atuk kami. Pernah sekali Adam belasah salah seorang classmate aku waktu di sekolah rendah dulu bila dia dapat tahu classmate aku tu tak sudah – sudah buli aku dan kacau aku. Sudahnya bila tak tahan kena buli, aku mengadu pada angah! Silap percaturan bila angah bertindak pergi ke kelas aku dan cari budak tu.. Belasah dia sampai budak tu berdarah hidung! Tapi sejak insiden tu, budak tu memang dah tak berani kacau aku lagi!

“ Tak payahlah. Kalau korang gaduh, Rene takut ada yang bercerai nyawa dari badan.”

“ Kenapa pulak?”

“ Angah tak tahu Harith tu pandai taekwando!” kata aku. Memang si HD tu pun tak kurang hebatnya!

Adam tergelak. “ Tak hairanlah!! Taekwando lawan silat. Tengok siapa lagi terror! Angah ke dia? Biar angah patah – patahkan tulang dia tu!”  ujar Adam dengan riak bangga.

“ Kalau Rene kata tak payah, tak payahlah! Degil betul angah ni!”  aku pura – pura marah.

“ Eleh!! Takutlah tu angah belasah Harith! Takut Harith cedera parah ya? Oooo.. Sayang lagi rupanya dekat Harith…”  sempat lagi Adam mengusik dengan senyuman nakalnya.

Erkk!! Aku terdiam. Ke situ pula perginya Adam Khalid ni! Sabar ajelah! Punyalah syok kami bersembang, sampaikan tak sedar malam sudah semakin larut. Tahu – tahu saja mak long dan pak long dah ajak anak – anaknya balik.

“ Okeylah.. Nanti senang – senang kita jumpa lagi ya?”  ujar mak long.

“ Insya – Allah mak long.. Pak long.. Lain kali datang lagi.. Rindu nak lepak ramai – ramai macam ni,”  balas aku. Bersalaman dengan mereka semua.

“ Boleh.. Kita pun bukannya duduk jauh. Mak long dekat Shah Alam tu aje.. Datanglah ke rumah…”

Aku angguk. Papa dan mama juga.

“ Insya – Allah..”  balas kami serentak.

Kami hantar mereka sampai ke kereta. Pak long, mak long dan dua orang lagi anaknya sudah masuk ke kereta. Adam saja yang masih tidak berganjak di tepi kereta.

“ Rene.. Angah balik dulu…”

Aku angguk.

“ Rene.. Ingat.. If you need someone to talk.. I’m always here for you.. ujar Adam seraya merenung aku lembut.

Tidak dinafikan sesungguhnya hati ini amat tersentuh mendengarkan tutur bicara Adam Khalid. Dia terlalu prihatin dan senantiasa mengambil berat tentang aku. Walaupun hatinya pernah dikecewakan, namun dia masih Adam Khalid yang ku kenali dulu. Lebar senyuman di bibir yang aku ukirkan buat Adam saat ini. Thank you, angah. You’re beyond the best!

________________________________________

Lepas saja berjumpa dengan sahabat baikku, Bella, aku terus meminta dia hantarkan aku ke taman permainan. Di sinilah tempat aku melepaskan stress. Telatah anak – anak kecil yang sedang bermain basikal dan buaian menarik perhatianku. Sesekali aku tertawa kecil melihat kerenah mereka yang mencuit hati. Selalu jugalah aku ke sini. Mereka bagaikan pengubat duka di hati ini. Ya, duka yang ditinggalkan oleh Harith setelah aku curahkan cinta dan kasih sayang buatnya tanpa sempadan.

Bahagia yang hadir rupa – rupanya sekejap cuma. Segalanya mulai berubah selepas 5 bulan pernikahan kami. Mahligai cinta yang kami bina goyah bila Harith berubah menjadi seorang yang gila kerja. Tumpuan dan kasih sayangnya kian menghilang. Apa yang dia tahu hanyalah kerja, kerja dan kerja! Aku dia buat tak ubah seperti tunggul kayu di dalam rumah ini. Bingung aku melihatkan perubahannya itu. Mana perginya Harith Daniel yang aku kenal dulu?

“ Malam tadi abang balik pukul berapa?”  soal aku pada Harith yang sedang menyisir rambut di depan cermin. Aku tak sedar pukul berapa Harith balik malam tadi. Yang aku ingat, aku tunggu dia sampai pukul 9 malam tapi batang hidung Harith masih juga tak kelihatan. Sudahnya aku tertidur begitu saja. Celik saja mata, Harith dah pun siap untuk ke pejabat. Sejak kebelakangan ini, kami jarang benar dapat meluangkan waktu bersama – sama.

“ Pukul 1. Banyak sangat kerja… Sebab tu balik lambat..”  jawab Harith sambil mengikat tali lehernya.

Aku tersenyum tawar. Telinga ini sudah lali dengan jawapan sebegitu. Apa tidaknya, sudah 6 bulan hal ini berlanjutan. Aku pun tak tahu apa akan jadi pada rumahtangga kami ni nanti kalau Harith masih juga begini. Aku membantu Harith mengikat tali lehernya.

“ Hari ni balik awal boleh? Nanti Rene masak yang sedap – sedap untuk abang..”  kata aku cuba memujuk.

“ Tengoklah macam mana.. Tak boleh janji…”  Harith segera mencapai briefcasenya. “ Abang pergi dulu…”  sambung Harith.

“ Tak breakfast dulu?”  aku sedikit hampa. Punyalah berharap dapat sarapan pagi dengan dia hari ni.

“ Sorry but I can’t. Dah lambat.. dahi aku dikucup lembut setelah aku menyalaminya.

“ Hati – hati…”  itu saja yang sempat aku berpesan. Harith sudah hilang dari pandangan. Aku melepaskan keluhan berat. Entah bila semua ini akan berakhir. Soal aku di dalam hati.

Harith buat perangai lagi. Malahan makin menjadi – jadi! Tepat jam 12.30 pagi, aku terjaga dari tidur. Dengan mata yang terpisat – pisat, aku lihat ke tempat tidur Harith. Kosong. Hmm.. Kali ini pukul berapa pula baru dia akan pulang? Terus aku capai telefon bimbit di bawah bantal. Nombor Harith dicari.

“ Hello… Abang kat office lagi…?”  tanya aku yang masih dalam keadaan mamai.

“ A’ah.. Tengah siapkan kerja lagi. Jangan tunggu abang. Tak tahu pukul berapa baru boleh balik..”

Balik lambat lagi.. Rungutan itu hanya bergema di hati. Kalau aku luahkan, alamatnya itu hanya akan mencetuskan perbalahan. Sebelum ni pernah juga aku merungut di depan Harith. Sudahnya Harith kata cuba faham dengan situasi dia sekarang. Okey fine.. Demi tidak mengeruhkan lagi keadaan, biarlah aku beralah. Walaupun dalam hati cuma Tuhan yang tahu. Sakit diperlakukan sebegini.

“ Okeylah… Sorry ganggu… Good night.. aku terus mematikan talian. Merajuk. Tapi aku tahu Harith takkan pujuk. Sia – sia saja. Kenapa Harith jadi macam ni? Kehendak hati dia sajakah yang perlu aku turutkan? Bagaimana pula dengan kehendak hati aku? Tak sikit pun Harith ambil peduli!

Hari berganti hari. Masih mengharap agar satu hari nanti Harith yang dulu akan kembali semula. Kadang – kadang, hanya air mata yang menemani. Namun di depan Harith, aku masih mampu tersenyum, even though just a fake smile. Rajuk di hati aku pujuk sendiri. Kalau orang lain boleh jadi tabah dan kuat, kenapa tidak aku? Petang itu aku mengirim pesanan ringkas padanya. Mengajak dia menonton wayang bersama – sama di KLCC. Esok hari minggu. Jadinya tak ada hal kalau ajak Harith keluar lewat malam pun.

Abang.. Malam ni kita pergi tengok wayang ya? Ada cerita best! Kita pergi ya? – Rene

Mesej itu aku hantar pada Harith dengan harapan yang menggunung agar permintaan sekecil ini tidak akan ditolak. 10 minit menanti, barulah mesej aku dibalas. Sibuk sangat agaknya. Desis hati kecilku.

Okey. Pukul berapa? – Harith

Aku bersorak kegirangan. Misi sudah tercapai! Malam ni boleh luangkan masa dengan encik suami yang tercinta! Senyuman sudah melebar di bibir.

Pukul 8.30. Jumpa nanti! I love you! – Rene

Mesej aku yang terakhir aku itu tidak pula Harith reply. Biarlah.. Dia sibuk agaknya! Janji Harith setuju untuk keluar dating dengan aku malam ni itu sudah mencukupi! Malam itu seawal jam 8 malam aku sudah siap untuk keluar. Sabar menanti kepulangan Harith. Namun sudah 45 minit berlalu, Harith masih belum tiba. Wayang dah start dah pun! Harith ni mana? Malas hendak bersabar lagi, aku terus menghubunginya. Lebih 3 kali aku call, tapi asyik masuk voice mail saja. Kesabaran teruji. Tak mungkin dia lupa temu janji kami malam ni! Tunggu punya tunggu sampai pukul 10.30 malam. Wayang dah habis dah pun! Aku jadi geram. Sudahlah tak jawab call. Janji tinggal janji! Sakitnya hati aku dengan Harith!! Setengah jam kemudian baru Harith pulang. Bila dia lihat aku hanya diam tidak berkutik di ruang tamu, dia menepuk dahinya kuat. Sepertinya dia baru teringatkan sesuatu.

“ Ya Allah! Sayang!! Abang lupa!”  ujar Harith kesal.

Sengaja aku tayang wajah cemberut. Silang tangan ke badan. Bengang yang amat!

“ Rene call tak dapat – dapat. Where have you been?”  soal aku dingin.

“ Bateri abang low. Tengok – tengok handphone dah mati. Sorry.. Harith segera mendekati aku. Baru saja dia ingin duduk di sebelah, aku terus bangkit. Harith terpempan dengan reaksiku.

You and your excuses. Rene penatlah macam ni! Senang cerita abang tidur jelah kat office tu. Jangan balik langsung!”  bentak aku lalu terus naik ke bilik tidur tanpa mempedulikan Harith lagi. Maafkan Rene, abang. Rene tak ada niat nak berkasar dengan abang. Tapi kesabaran Rene juga ada batasnya.

Dua hari aku tak bercakap dengan Harith. Merajuk lagi. Silent treatment. Harith ego. Pujuk sekali. Lepas tu dia give up. Ternyata Harith dah banyak berubah. Dia dah tak peduli kalau aku merajuk sampai berbulan lamanya pun. Pada dia, kerja lebih utama! Kalau dulu selagi tak dengar aku ketawa, selagi itulah dia tak putus asa. Buat lawak bodoh sampai rajuk aku hilang. Tapi sekarang…?

Entah kenapa hari itu aku sangat – sangat lemah. Kepala pening, tekak juga loya. Masuk tengahari aku muntah – muntah. Sampai lembik jadinya. Langsung tak maklumkan pada Harith yang aku tak sihat. Kalau beritahu pun belum tentu Harith boleh balik dan temankan aku di sini. Tergerak hati aku mahu check apa yang tak kenanya pada aku. Pregnancy test di tangan aku renung dengan rasa tidak percaya. Dua jalur melintang. Positive! Syukur Ya Allah! Inilah sebabnya kenapa aku rasa tak sedap badan tadi. Alhamdulillah! Impian sudah menjadi kenyataan. Aku kini hamil! Aku bergegas ke klinik. Hendak buat double confirm. Pada Harith aku tak maklumkan apa – apa kerana aku ingin membuat kejutan untuknya nanti!

Selesai solat Isyak, aku terus mendapatkan Harith yang sedang tekun membuat kerja di bilik bacaan. Hari ini gembiranya aku bukan kepalang bila suamiku itu juga pulang lebih awal dari biasa. Alat ujian kehamilan di tangan aku sorok ke belakang. Dengan senyuman lebar aku menghampiri Harith yang tidak menyedari kehadiran aku di sini.

“ Abang.. Rene ada benda nak cakap dengan abang…”  beritahu aku lembut. Aku lupakan semua yang terjadi dua hari lepas. Berita ini lebih penting! Aku tak mahu bersedih. Bimbang menjejaskan si kecil di dalam rahimku ini.

“ Kejap lagi boleh? Abang nak siapkan kerja sikit ni..”  balas Harith tanpa menoleh ke arah aku. Begitu leka dengan kerja yang tak pernah habis dan tak akan habis. Aku lihat wajah Harith kusut yang amat. Berkerut – kerut dahinya merenung kertas pelan yang terbentang di atas meja kerjanya. Timbul rasa kasihan padanya.

“ Alaa… Kejap je.. Please… Rene janji lepas Rene cakap ni Rene ni tak kacau abang… Please… rayu aku tanpa mempedulikan cakap Harith. Keterujaan mengatasi segala – galanya. Tak sabar nak kongsi dengan Harith kegembiraan yang aku rasakan kini. Doktor sudah mengesahkan aku hamil sebulan. Syukur, Ya Allah!

“ Rene.. Janganlah kacau abang… Kerja ni abang kena siapkan sebelum esok. Tolonglah faham…” Harith bernada rimas.

“ Tapi.. Ni penting…”  aku menarik – narik lengan Harith lembut. Tak putus asa!

“ Apa benda yang penting sangat?! Rene tahu tak? Dalam keadaan sekarang ni, kerja abang yang lebih penting! Tak boleh ke Rene cuba faham situasi abang sekarang ni? Abang yang penat keluar cari nafkah kat luar sana! Keluar pagi balik malam! Tapi Rene? Rene sibuk nak suruh fikir pasal diri Rene saja!!” tempik Harith sekuat hati. Pen di tangannya juga dicampak ke lantai. Matanya mencerlung merenung aku tajam. Nafasnya sudah tidak menentu. Pasti saja kemarahannya memuncak.

Ya Allah! Kenapa sampai begitu sekali lelaki ini berubah? Adakah aku ini bukan lagi keutamaan Harith Daniel?

“ Apa maksud abang? Kerja saja yang jadi keutamaan abang? Habis Rene? Rene ni apa?! Tunggul? Patung tak bernyawa?!” Entah dari mana aku mendapat keberanian meninggikan suara pada Harith. Terlupa betapa perlunya seorang isteri menghormati suaminya sendiri. Namun Harith benar – benar melampau! Layakkah dia dihormati lagi?

“ Diam, Rene!! Diam!!!” suara Harith mengalahkan guruh di langit.

“ Rene taknak diam!!! Rene nak abang tahu yang abang sangat – sangat pentingkan diri!! Abang tak pernah fikirkan pasal Rene pun!! Abang kejam!!!! Rene benci abang! Rene benci!!!!” Bagaikan dirasuk iblis, aku memekik macam orang tak ada iman.

Panggggg!! Kuat tamparan itu melayang ke pipi aku. Terlalu kuat menyebabkan hujung bibirku pecah, sedikit berdarah. Aku memegang pipi yang terasa pijar, lantas aku mengundur selangkah dua ke belakang. Tidak sanggup lagi mahu terus dekat dengan lelaki itu. Antara percaya dan tidak. Dia yang dulunya aku kenal bukanlah lelaki yang panas baran. Usahkan pukul, marah jauh sekali! Iblis mana yang telah merasuk suamiku ini? Suasana sepi seketika bila kami masing – masing kelu lidah mahu berkata – kata. Tindakan Harith yang di luar jangkaan menguatkan lagi rasa benci dan sakit hati terhadap lelaki itu. Harith yang bagaikan baru tersedar dengan ketelanjurannya tadi, segera merapati aku.

“ Rene..! Ma… Maafkan ab.. Abang…! Abang…. Tak.. Se…ngaja..!” ujar Harith tersekat – sekat, lantas cuba meraih tanganku namun gagal bila aku lebih pantas menepis tangannya.

“ Jangan sentuh Rene!!!!! Abang tak layak sentuh Rene!!!!” air mata sudah membasahi pipiku tiada henti. Tangan kananku masih melekap di pipi yang sudah berbekas merah.

Aku lihat mata Harith juga sudah merah dan basah. Pasti dia menyesali dengan perbuatannya itu. Dia cuba menyentuh pipi aku yang berbirat, namun sekali lagi aku menepisnya. Aku tak akan biarkan tangan itu menyentuh aku lagi. Tak akan!!!

“ Rene benci abang!!!!” aku menjerit kuat, tersedu – sedu menahan tangis. Tanpa menanti walau sesaat, aku segera bangkit untuk beredar pergi. Malang tidak berbau. Sewaktu aku hendak berlari keluar dari situ, kaki aku terpijak pen yang dicampak Harith tadi. Lantaran itu aku gagal mengimbangi tubuhku dan akhirnya aku terjatuh, punggungku pula terhentak kuat ke lantai.

“Ya Allah! Sayang!!!” Harith segera menerpa ke arah aku yang sudah mengerang kesakitan. Dengan penuh hati – hati dia cuba untuk memangku aku yang sudah tidak berupaya berdiri lagi. Sakit pada perut, punggung dan pinggang akibat hentakan kuat tadi buat aku rasa macam hendak mati! Tiba – tiba aku terasa darah pekat mengalir di celah pehaku. Membasahi seluar pyjama yang aku pakai. Ya Allah! Selamatkan bayiku, Ya Allah!! Selamatkan bayiku!! Janganlah Kau ambil bayiku, Ya Allah!

“ Ya Allah!!! Banyaknya darah!!!” Harith menjerit panik. Kaget melihat darah begitu banyak mengalir tiada henti. Pandangan aku tiba – tiba jadi kelam. Aku akhirnya terkulai lemah di dalam pangkuan Harith. Suara Harith yang memanggil – manggil namaku juga semakin lama semakin tidak kedengaran. Dan selepas itu, apa yang terjadi aku sendiri tidak pasti.

Disebabkan peristiwa pahit itulah, aku nekad mahu berpisah. Biar beribu sesalan yang Harith rasakan, itu tidak akan mampu mengubah fikiranku lagi. Cukuplah sampai di sini. Sudah terlalu banyak peluang yang aku berikan namun tak satu pun yang dihargai. Aku tak akan biarkan hati ini terus disakiti. Inilah takdir hidupku. Semuanya sudah ditentukan olehNya. Bahagia tidak berpihak kepadaku lagi!

“ Assalamualaikum..”  Lembut suara yang memberi salam.

“ Waalaikumussalam..”  jawab aku sebaik tersedar dari lamunan panjang. Aku pantas menyeka air mata yang mengalir ke pipi sebelum berpaling ke arah insan yang menegur. Perlahan – lahan aku menoleh dan……… Aku tergamam.

No comments:

Post a Comment